Sunday, November 14, 2010

Semakin dengar,Semakin Haus


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.



Firman Allah ta'ala:

ما أصابك من حسنة فمن الله
Apa yang ditimpa kepada dirimu dari kebaikan,maka dari ALLAH.

~Surah An-Nisa:79


Alhamdulillah segala pujian bagi Allah s.w.t kerana masih lagi mengekalkan keberadaan alfaqir di Mesir sehingga dapat menghadiri majlis pengkhataman kitab Riyadussolihin (kumpulan hadis-hadis yang dikumpulkan oleh Imam Nawawi) dan kitab
الجامع لأخلاق الراوي وآداب السامع. Kitab
الجامع لأخلاق الراوي وآداب السامع dibaca dari tahun 2007 iaitu tahun 1 alfaqir disini dan kini barulah kitab itu dikhatam pada tahun ini.Insya Allah selepas ini akan dibaca kitab Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi.

Ada pepatah arab mengatakan:

الأذكار قبل الدار
Miliki kitab Al-Azkar sebelum memiliki rumah.

Kekata itu bukan bermaksud lebih baik merempat sebelum memiliki kitab itu.Itu hanya untuk menunjukkan betapa tingginya nilai kitab tersebut.Rumah itu merupakan harta duniawi yang tiada nilai disisi Allah tapi jika kitab Al-Azkar,ia mengandungi segala warisan Rasulullah kerana Rasulullah tidak mewariskan harta tapi ilmu.

Alfaqir sangat suka membaca kitab2 hadis seperti Riyadussolihin,Al-Azkar,Al-Adab Al-Mufrad dan sebagainya kerana hadis2 itu semua berkaitan dengan kehidupan seharian kita yang perlu diamalkan sebagai seorang yang mencintai Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.

Pernah di lubuk hati ingin baca kitab Al-Azkar ini bersama teman2 dan berazam untuk menghafal bersama doa2 yang warid dari Rasulullah tetapi tidak diizinkan lagi.Alhamdulillah...rupanya Allah menggantikan jauh lebih baik lagi iaitu berpeluang mendengar hadis2 tersebut dari seorang guru.Terima kasih ya Allah....

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

إذا تواجه المسلمان بسيفيهما فالقاتل والمقتول في النار " قالوا : يا رسول الله ، هذا القاتل ، فما بال المقتول إنه كان حريصا على قتل صاحبه
Apabila 2 orang islam saling mahu bertemu dengan pedang masing2 (untuk membunuh),maka pembunuh dan di bunuh di neraka.Mereka berkata:Wahai Rasulullah itu bagi pembunuh,kenapa pula bagi yang dibunuh?Dia sangat bersungguh-sungguh untuk membunuh temannya itu.

~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Habib Umar Ibn Hafidz pernah menyebut bahawa berdasarkan hadis itu sebenarnya semangat dan kesungguhan kita juga, walau tidak dapat melaksanakan,termasuk dalam timbanganNya.Jadi berhati-hati dengan kesungguhan kita dalam melakukan sesuatu.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

ومن همّ بحسنة فلم يعملها فعلِم الله أنه قد أشعرها قلبه وحرص عليها، كُتبت له حسنة. ومن همّ بسيئة لم تُكتب عليه ومن عملها كُتبت واحدة ولم تُضاعف عليه. ومن عمل حسنة كانت عليه بعشر أمثاله

Siapa yang berazam untuk melakukan kebaikan tetapi tidak membuatnya,maka Allah telah mengetahui bahwasanya hatinya sudah merasai (untuk melakukan kebaikan itu) dan sangat bersungguh-sungguh/semangat keatasnya (kebaikan tersebut),ditulis baginya 1 kebaikan dan Siapa yang berazam untuk melakukan kejahatan akan tetapi tidak melakukannya,tidak ditulis keatas dirinya dan siapa yang melakukannya (kejahatan),ditulis keatas drinya 1 kejahatan tanpa digandakannya(dosa).dan siapa yang melakukan 1 kebaikan,baginya 10 kali ganda.

~Riwayat Imam At-Tirmizi dan An-Nasai.


Oleh itu...

Saya berniat untuk membaca kitab2 sunan yang enam iaitu Sohih Bukhari,Sohih Muslim,Sunan At-Tirmizi,Sunan Abi Daud,Sunan Ibn Majah,Sunan An-Nasai,dan mengkhatamkannya sebelum Allah mencabut nyawa saya.Ya Allah,mudahkan hasrat alfaqir ini....

Allah...Sheikh Yusri Rushdi membaca kitab Al-Musnad (kumpulan Hadis2 yang diriwayatkan) Imam Ibn Hanbal selama 11 tahun untuk mengkhatamkannya.

Imam Malik berkata:

العلم ليس بكثرة الرواية وإنما نور يقذفه الله في قلب العبد

Ilmu itu bukan dengan banyaknya riwayat tapi adalah cahaya yang Allah lempakan ke dalam hati seorang hamba.

Kata2 itu bukan ingin mengatakan tidak penting riwayat tapi ia adalah peringatan buat yang sibuk dengan riwayat,sanad,ijazah akan tetapi tidak menghayati ilmu itu.Sibuk mengumpul itu semua tanpa mahu duduk bertalaqi dengan guru.Dan akhirnya,yang diperolehi olehnya adalah kebanggaan dengan sanad2 yang diperolehi.

Para ulama mengatakan bahawa ilmu itu jika ia idak menambahkan petunjuk,maka ia akan menambahkan kejauhan dariNya.Sebab apabila kita sudah ada perasaan hebat,sombong,merasa diri lebih dari yang lain dengan ilmu itu,mengakibatkan diri kita jauh daripadaNya.

Ya Allah,engkau selamatkan hati kami dari segala penyakit2 itu yang menjauhkan kami dariMu...

Dan bagaimana ilmu itu menjadi cahaya buat tuannya adalah apabila dia mengamalkannya.

Tidak salah mengumpul ijazah,sanad selagi duduk bersama ulama bertalaqi kerana itu sebagai tabarruk (ambil barakah) dengan sanad tersebut.Yang SALAH adalah tidak mahu menadah kitab di hadapan guru kemudian sangat sibuk mengumpulkan ijazah dan sanad.


Al-Habib Ali Al-Jufri berkata @ Majlis penutup kutub Sittah 2010:

"Sanad yang diberikan dari para syuyukh nanti bukan untuk dibangga-banggakan bahwa aku punyai sanad sekian sekian tapi jadikan sanad itu sebagai permulaan untuk membuat halaqah kecil,membaca kalam2 Rasulullah,mula dari rumah kita."


Kitab sudah dikhatam...Dia minta haqnya supaya diamalkan!

قال صاحب الزبد:

فاعمل ولو بالعشر كالزكاة * تخرج بنور العلم من ظلمات

Beramallah walau 1/10 seperti zakat,Kamu keluar dari kegelapan dengan cahaya ilmu itu.


Ya Allah,Engkau bantu kami untuk mengamalkannya,
Sesungguhnya tiada daya kecuali denganMu,
Bantu kami untuk mengikut Rasulullah secara total,
Engkau jadikan majlis pengkhataman itu,
Kegembiraan buat hati Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam...

No comments: