Saturday, May 08, 2010

Syurga Dunia

Last Update on 9/5/2010!






Habib Umar Ibn Hafidz pernah menyebut akan pepatah ini dalam sebuah ceramahnya:

شوارع تريم مشيخة من لا له شيخ

"Jalan2 Tarim adalah tempat para guru(pembimbing) bagi sesiapa yg tidak ada guru."

Kemudian beliau memberi 1 kisah sebagai contoh....

Ada seorang Dr.lecturer datang ke tarim untuk membuat lawatan,beliau didapati minum berdiri di tepi2 jalan di Tarim oleh seorang anak kecil,kemudia anak itu pun menegurnya 'pakcik ini bukan cara orang Islam minum'.

Subhanallah...


Disana...KITA belajar ILMU melalui peribadi ahlinya.Cukuplah keperibadian mereka itu menterjemahkan seribu kitab.


Saya rindu tempat itu dan para ahlinya.
Biarlah saya menahan perasaan ini hingga ke akhir hayat saya sehingga Allah mempertemukan saya bersama Mereka DISANA nanti...


Kata Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz:

أعلى الشهداء عند الله شهداء المحبة الذين محبتهم لله

Maksud :Setinggi-tinggi syuhada' adalah syuhada' cinta iaitu dia mati dalam keadaan menahan rindu dan cintannya kerana Allah.

Dan Insan yang paling agung yang dikurniakan Syahadah Cinta itu adalah Rasulullah.

Apabila beliau diberi pilihan oleh Jibrail samada untuk memperpanjangkan ajalnya atau bertemu Tuhannya,Rasulullah memilih untuk bertemu Tuhannya kerana CINTA dan RINDU.

Begitu juga kisah Sayyidah Fatimah Zahra',beliau wafat 6 bulan selepas pemergian Rasulullah,Ulama berpendapat bahawa disebalik tempoh yang pendek antara kewafatan beliau dan Rasulullah adalah kerna beliau tidak sabar dan rindu untuk bersama dengan ayahnya Rasulullah.

Dan Sayyina Abu Bakar As-Siddiq pula,setelah pemergian Rasulullah di setiap malam, beliau menangis sendirian dengan berkata:'Wa Syauqoh Ya Rasulullah...Wa Syauqoh Ya Rasulullah...Wa Syauqoh Ya Rasulullah!(Rindu Ya Rasulullah).Dan Pemergian beliau berlaku 2 tahun selepas pemergian Rasulullah.

*Nukilan cerita dari Ceramah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz.

Moga rindu dan cinta INI yang mengingatkan kami kepada rindu dan cinta ITU,Engkau kurniakan kami ٍSyahadah Cinta ITU.

No comments: