Dari kiri:Sheikh Rohimuddin Nawawi,Sheikh Fadhil Al-Jailani dan Moderator.
TERBUKA UTK UMUM!!!
Insya Allah akan dibacakan kitab TAFSIR SYEIKH ABD AL QADIR AL JILANI RA. dengan sanad yang bersambung oleh: Syeikh Rohimuddin Nawawi.
Bila?
Akan dimulai pada hari Isnin 22 Februari 2010.
Setiap hari Isnin, Selasa ,Rabu dan Khamis pagi @ 8.00-10.00 AM.
Dimana?
Di Rumah Negeri Terengganu @ Hay Asyir.
Perkara yang perlu INGAT sebelum mempelajari Tafsir Kalamullah!!!
Kata Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz:(bermaksud)
'Kibr'(merasai diri 'lebih' dari orang lain) itu adalah penghalang untuk kamu memahami rahsia Al-Quran.
Dan kemudian beliau membacakan ayat ini...
Firman Allah yang bermaksud:
'Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya'.[7:146]
Sheikh Ali Gum'ah menceritakan kepada kami tentang perbincangannya dengan seorang Saintis yang bukan Islam tentang Ilmu sains dan AlQuran dalam Pengajian Tafsir @ Masjid Al-Azhar ....
Akhir sekali sheikh memberikan conclusion kepada saintis tersebut:
'Bagi saya,apa yang membuatkan kamu tidak dapat menerima kebenaran adalah kerana merasakan diri kamu adalah TUHAN,merasa diri berkuasa (Kibr).Jadi,apabila kamu menghadapi satu kuasa yg tiada penghujungnya,kamu tidak boleh menerima kebenaran dariNYA.Cuba kamu merasakan diri kamu itu lemah,nescaya kamu akan menerimanya....'
Ya Allah,Jadikan ilmu yang dipelajari semakin menambahkan rasa kehinaan diri...
No comments:
Post a Comment