Tuesday, March 31, 2009

Bersama Ulama' (2) : Sheikh 'Ali Jumaah


Alhamdulillah...

Sejak kebelakangan Kami berpeluang duduk,mendengar pengajian ringkas Sheikh 'Ali Jumaah (Mufti Mesir) di Masjid Al-Azhar As-Syarif.

Subhanallah...satu ayat Al-Quran mengambil hingga beberapa hari untuk mentafsirkannya.Setiap halaqah berbeza perbahasan.Dalam satu ayat dapat mengupas Hukum Feqh,Tasauf,Mu'jizat Rasulullah,sorof,tajwid dan etc.Masya Allah!
I'm fall in love with sheikh 'Ali Jumaah!!!

Apalagi yang lebih bahagia buat seorang tolibul 'ilm itu kalau tidak melihat wajah para ulama' Rabbani yang bercahaya,akhlak mereka yang indah.

Pernah guru kami Sheikh Ahmad Hajin sebut dalam pengajiannya:
(ketika itu sedang belajar tentang cara jalannya Rasulullah)

'Sheikh kami,Sheikh 'Ali Jumaah,jalan seperti Rasulullah s.a.w...'

Diantara Keisitimewaan beliau:

Walau didatangi orang VIP mana pun,walau sedang berbincang hal yang terpenting sekalipun,tapi jika beliau sudah mendengar azan,terus beliau putuskan segala hubungan dengan manusia dan urusan-urusannya yang penting demi menjawab seruan ALLAH iaitu mengerjakan solat.Allah...

Mari sama-sama kita mengikut jejak Para Ulama Rabbani kita!!!

Kalau mahu ikuti perkembangan Sheikh Ali Jumaah,sila lungsuri...

http://alimamalallama.com/


ATAU

Join Facebook Sheikh 'Ali Juma'ah(Click!)

P/s:Disana akan diberitahu bila dan dimana sheikh akan turun untuk beri pengajian.Check it out!

Biasanya Sheikh akan turun di Masjid AlAzhar pada hari Sabtu dan Selasa @ 5 PM (Mesir).


Bagaimanalah alfaqir tidak jatuh cinta dengan Mesir...

Ya Allah,Engkau kekalkan nikmat yang Engkau berikan kepada Kami ini..
Hiasi penglihatan kami dengan melihat wajah2 mereka yang bercahaya...

Tuesday, March 24, 2009

~Ayat-ayat Cinta Buat Rasulullah~


Ayat2 cinta yang ditujukan buat Rasulullah - Sheikh Sulaiman

P/s:Qari tersebut menbaca ayat2 yang ditujukan buat Rasulullah dengan bacaan qiraat yang pelbagai.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi

Ingin mengajak semua untuk merenungkan ayat2 ini...


Firman Allah S.W.T:

إِنَّآ أَنزَلْنَا ٱلتَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسْلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّانِيُّونَ


'Surely We revealed the TORAH, wherein is guidance, from error, and light, that is, an exposition of the rulings, by which the prophets, from the Children of Israel, who had submitted, [who] had been compliant before God, JUDGED FOR those of Jewry, as did the rabbis, the scholars among them, and the priests... '[5:44]

Itu ditujukan pada Para Anbiya' terdahulu...

TAPI ....

Jika Rasulullah....

Firman Allah S.W.T:

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِيۤ أَنْفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
[4:65]

'
But no, (fa-lā, the lā is extra) by your Lord! They will not believe until they make YOU JUDGE OVER what has broken out, has become mixed up, between them and find in themselves no inhibition, [no] constraint or doubt, regarding what YOU DECIDE, but submit, [but] comply with YOUR RULING, in full submission, without objection.
'


Kalau kita perhatikan 2 ayat yang diatas...

Kita akan dapati bahawa para anbiya' dahulu menetapkan hukum buat ummatnya dengan kitab Taurah.

Tapi Rasulullah...

DIA diberi HAQ untuk membuat keputusan dan menetapkan hukum buat Ummatnya!!!
Sollahu 'alaihi wa Sallam....

Terlalu banyak ayat2 yang menunjukkan Keistimewaan-keistimewaan khas buat Rasul Junjungan KITA,cuma hanya KITA sahaja yang perlu membuka hati KITA untuk mentadabbur ayat2NYA...

Firman Allah S.W.T:

أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ

'Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?'(47:24)

*Kalam Mutiara ini diambil dari Al-Fadhil Sheikh Yusry Rusdi Al-Hasani dalam Pengajian Sohih Bukhari di Masjid Al-Azhar As-Syarif.

Ya Allah,cukuplah Dia sebagai hadiah teragung buat KAMI ummatnya....
Luv n Miss U Rasulullah (sollahu alaihi wasallam)!

Ya Allah,bila dapat jumpa DIA???Kami merinduinya...

*Dipetik dari blog:Ahlulquranpts

Tuesday, March 17, 2009

Rabi'ul Awal's Special:

Sambutan Maulidur Rasul @ Masjid Al-Azhar As-Syarif bersama Sheikh 'Ali Jumaah
(Mufti Mesir)



P/s:Boleh dapatkan sambungan Video tersebut @ YouTube.Just double click.

Bagaimana untuk menjadikan Rasulullah itu seolah-olah di depan mata KITA?


Dijawab oleh Sheikh Usamah As-Sayyid Al-Azhari:

1)Sentiasa membaca kalam Rasulullah sollahu 'alahi wasallam iaitu Hadis2nya dan Sirah Baginda.Jadikan ia rutin harian
.

Tambahan sheikh lagi:

'Sheikh 'Ali Jumaah(Mufti Mesir) membaca 40 kitab mengenai Rasulullah hingga beliau dapat mimpi Rasulullah s.a.w.'

Rasulullah s.a.w bersabda:

من رآني في المنام فقد رآني فإن الشيطان لا يتمثل بي
~Riwayat Imam Muslim

(Maksud)Siapa melihat aku dalam mimpi,maka dia telah melihatku,kerana sesungguhnya syaitan tidak menyerupaiku.

2)Sentiasa membersihkan hati agar apa yang dibaca tentang Rasulullah itu memberi kesan.

3)Penuhi hati kamu dengan rasa keagungan dan hormat terhadap Rasulullah.

4)Menghilangkan hijab yang ada dalam hati iaitu Kibr(Sombong) sehingga kita ini menyerahkan diri kita kepadanya dengan mengikut segala suruhannya secara total.

Belajar tentang Rasulullah!!!



Bagi mereka yang berada di Mesir...

Khaskan setiap Rabu selepas Asar untuk baca Al-Mawahib Al-ladunnia syarah Syamail Muhammadiyah @ Masjid Al-Azhar dibimbing oleh sheikh Ahmad Hajin.Khaskan masa itu buat Rasulullah.

P/s:Kalau duduk bersama ulama,jangan diambil ilmunya saja,tapi perhatikan akhlak dan tingkah lakunya.Insafi akan diri sendiri yang terlalu jauh dari adab2 Rasulullah s.a.w.

Friday, March 13, 2009

~Warisan Rasulullah sollahu 'alaihi wa sallam~


Dalam Zaman yang terlalu moden ini,ramai yg terlepas pandang akan 'Sohbah Ulama' iaitu Duduk dengan Ulama.

Orang kata:'Berkat berkat datang majlis ilmu!'

Berkat itu suatu perkara ma'nawi.Saat-saat kita bersama mereka,itulah yang banyak memainkan peranan dalam membentuk akhlak rabbani.Walau berjuta kitab yang dibaca dan dikhatam,tapi jika tidak bersama ulama,tetap kurang keberhasilannya.Kerana apa yang kita baca itu,selalu kita lupa dan kekadang tidak dapat tergambarkan.Akan tetapi,apabila kita melihat sendiri ulama',yang dari peribadinya sendiri sudah dapat mentafsirkan segala kitab2 yang dibaca,ia lebih terkesan dalam diri.Dan kesannya amat mendalam.

Dengar seorang makcik berkata pada teman2nya:

'Buat apa salam2 sheikh2 ni.Orang yang salam sheikh2 ni kata berkat berkat.mana ade berkat!besar-besarkan sheikh sedangkan Rasulullah punca segala keberkahan!'

Inilah diantara hasil apabila orang yang ingin sampai kepada Rasulullah tetapi tidak berguru.Kalau kita berguru,kita tidak akan timbulkan kenyataan2 seperti itu.Bukankah Rasulullah sendiri mengajarkan menghormati orang yg lebih tua,tidak kirelah dari sudut apa pun.Dan cara penghormatan kan ade pelbagai.Berapa banyak riwayat2 yang menunjukkan bahawa bersalaman mencium tangan adalah dari amalan para salafussoleh.Kalau orang Islam sendiri tidak menghormati ulama',Mahu tunggu agama lain menghormati para ulama kita?!Kalau BUKAN KITA,siapa lagi???

Firman Allah s.w.t:

ذٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى ٱلْقُلُوبِ

Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.
~Surah Al-Haj:32

Dan para ulama itu adalah diantara syiar-syiar Allah.

Dan tidak bererti,apabila kita membesarkan guru kita,kita meremehkan Rasulullah.Rasulullah itu insan yang paling agung secara mutlak dan tak perlu dipertikaikan lagi tentang keagungannya.

Akhirnya,kerana tanpa guru,apa yang diucapkan hanya dibibir saja tetapi tidak dapat menzahirkan kecintaan itu pada perbuatan.Sehingga menimbulkan pertanyaan pada diri:'bagaimana boleh berlaku percanggahan antara perbuatan dan perkataan ?'Bila dikaji-kaji,rupanya mereka tiada seseorang yang boleh menunjukkan bagaimana Rasulullah itu sebenarnya.

Bagaimana kita nak tahu Rasulullah begini begitu tanpa seorang guru?!

Jangan kita cuba melanggar sunnatullah.Allah sudah tetapkan untuk mendapatkan ilmu itu perlu berguru.Lihat saja kisah sayyidina khidir dengan Nabi Musa.Nabi Musa yang sudah jelas kedudukannya sebagai Rasul,kedudukan yang tertinggi,kenapa Allah minta beliau untuk bertemu Sayidina khidir untuk mengajarkan ilmu?Boleh saja,Allah sendiri berikan terus.Tetapi,Allah ingin mengajarkan sesuatu.Rasulullah juga mendapat Wahyu melalui Malaikat Jibril.

Kata seorang Sheikh (dipanggil sidi Mustasyar) :'Kalau Rasulullah itu mencerminkan AlQuran,Ahli beitnya pula mencerminkan Rasulullah'

Jadi,kalau mahu tahu rahsia2 berkenaan dengan Rasulullah adalah melalui ahli beitnya.Merekalah yang mewarisi khazanah2 Rasulullah s.a.w.Kalau diperhatikan dari para sheikh(ulama) yang berketurunan Rasulullah s.a.w,terdapat suatu kelainan dari yang lain.

Ini alfaqir sendiri merasai.Alhamdulillah,diberi kesempatan pada alfaqir merasa cebisan dari tarbiyah Al-Habib Umar Ibn Hafiz.Bila sudah melalui sendiri hadis2 Rasulullah dan segala apa yang berkaitan dengannya,Kita akan teringatkan guru yang mengajar kita itu semua...'Ya Allah,ini semua apa yang habib ajarkan pada kami dan ini semua apa yang habib buat.'Itu sebab perlu belajar dan banyak membaca serta berguru.

Dalam situasi apa pun dihadapi,Orang yang pertama yang alfaqir tergambar di fikiran adalah wajah Al-Habib Umar dan dengan sendirinya terdengar kalamnya yang penah disebut-sebutkan di pengajian.Kenapa beliau yang pertama di fikiran?Kerana kita sudah melihat atau dengar sendiri perbuatan seorang ulama' Rabbani yang mencerminkan peribadi Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.

Contoh...

Kalau orang memarahi kita dengan menuduh berbagai tuduhan,biasalah sebagai insan biasa,pasti kita akan membalas semula kemarahan itu.Tetapi selepas itu,apabila sudah redha kemarahan ini,terfikir semula(apa yg dilalui sendiri) 'kalau habib dalam situasi itu,habib akan senyum dan biarkan orang itu memarahinya tanpa perlu menjawab'.Wajah serta senyuman guru kita itu dulu yg akan tergambar dan secara automatik kita dapat rasakan bagaimana pula Rasulullah menghadapi dalam situasi seperti itu ketika beliau mencaci oleh kaum musyrikin...

Bila mengenangkan itu semua...mengalir airmata ini 'Ya Allah indahnya akhlak Rasulullah...kenapa hal yang kecil pun aku tidak mampu sabar?'

Dalam saat yg sama,teringat pula kalam Rasulullah :'la taghdob la taghdob la taghdob'(jangan marah 3x)
Ya Rasulullah,aku sudah kalah dengan kemarahanku sendiri.Aku mohom maaf kerana menyakiti salah seorang dari ummatmu.

Dan dari kesedaran itu,menimbulkan rasa hinanya diri dan ingin memulakan huluran maaf kerana dalam setiap apa pun,Rasulullah akan mulakan dulu.Rasulullah lah yang menghidupkan konsep ALQuran 'izillatin 'alal mu'minin aizzatin 'alal kafirin'(merendahkan diri pada orang Mukmin,membesarkan diri pada orang Kafir).Tapi KITA,terbalik pula 'azillatin alal kafirin aizzatin alal mu'minin'(merendahkan diri pada orang kafir,membesarkan diri pada orang mukmin).Allah...

Kalau kita tidak mampu mengkhususkan masa kita untuk membaca secara bersendirian,Kita pergi kelas2.Tidak mengapalah jika selepas dari kepulangan kita dari kelas2 itu meletihkan badan kita hingga kita tidak berkesempatan untuk membaca bacaan tambahan.Ia lebih baik dari anda mempunyai banyak masa untuk bacaan tambahan tapi tanpa berguru.

Kesempatan kita bersama ulama di Mesir adalah satu kesempatan yang tidak akan perolehi di tanahair kita.Kalau baca kitab kerana inginkan maklumat tambahan,baca sendiri pun boleh.Tetapi,Ada TUJUAN yang lebih BESAR kenapa kita perlu talaqi kitab dengan ulama iaitu kita ingin 'Menyelongkari RAHSIA yang Rasulullah wariskan pada para ulama'nya'.

Kalau nak tahu rahsianya...perlu duduk bersama mereka!

Ya Allah,
Ku rindukan tarbiyahnya,
Jangan Engkau haramkan aku untuk menghdiri majlis Ilmunya...

Sunday, March 08, 2009

~Kullu sanah wa Anta ya Rasulullah Atyab~

12 Rabi'ul Awal's SPECIAL!!!


Kilmah Sempena Maulidur Rasul - Al-Habib Tohir Al-Haddar

Kata Al-Habib Tohir Al-Haddar:

'

'...Irtibat(Keterikatan)dengan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam, sepertimana yang kami dengar dari guru2 kami:'Jika hilang Rasulullah dari diriku walau sekelip mata,tidak ku kira diriku ini dari golongan muwahhidin...'


'...Jika Allah ingin mengazab seseorang,maka Allah akan menarik dari hatinya CINTA RASULULLAH sepertimana yang disebut dalam ayat suci AlQuran:
فَإِمَّا نَذْهَبَنَّ بِكَ فَإِنَّا مِنْهُم مُّنتَقِمُونَ

(Surah Al-Zukhruf:41)...'


'...Keterikatan kami dengan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam adalah dengan kita melihat Dia itu di depan mata kita di setiap saat.Apabila kita solat,seolah-olah dia di hadapan kita mengimamkan solat kita seperti sabda Rasulullah : 'sollu kama ra aitumuuni usolli',Apabila kita melaksanakan haji,seolah-olah dia di hadapan kita memimpin kita seperti sabda Rasulullah : 'Khuzu 'anni manasikakum' dan Apabila kita membaca AlQuran pada waktu apapun,kita teringatkan Dia.Allah telah berfirman:
فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لِتُبَشِّرَ بِهِ ٱلْمُتَّقِينَ وَتُنْذِرَ بِهِ قَوْماً لُّدّاً
(Surah Maryam:97),kalau tidak dengan lisannya Rasulullah,maka tiada seorang pun yang mampu membacanya.

Maka Dialah Imam KITA,Contoh Ikutan KITA dan Semangat KITA....
'



~Tadabbur Ayat!!~

Firman Allah s.w.t:

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأْتِيَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِ وَٱللَّهُ لاَ يَهْدِي ٱلْقَوْمَ ٱلْفَاسِقِينَ

~Surah Al-Taubah:24

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang KAMU CINTAI LEBIH daripada ALLAH dan RASULNYA dan (daripada) BERJIHAD DALAM AGAMANYA, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Cinta perlu dibuktikan !!!

Ya Allah,jadikan Rasulullah itu lebih kami cintai dari diri kami sendiri...

Sunday, March 01, 2009

~Beruntunglah Ghuraba'~



Zaman fitnah...

Apabila yang haq itu sudah menjadi samar2 dan yang batil pula seolah-olah itu adalah tindakan yang betul.Sehinggakan membuatkan kita tidak pasti samada tindakan yang diambil adalah haq atau batil.

Firman Allah s.w.t:

أَفَمَن زُيِّنَ لَهُ سُوۤءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَناً فَإِنَّ ٱللَّهَ يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِي مَن يَشَآءُ


Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya...~Surah Al-Fater:8


Pada saat itu...bukan lagi pendapat 'orang ramai' sebagai neraca kebenaran tapi perlu pada HATI yang disirami dgn iman,ilmu dan taqwa.Allah dan Rasulullah sebagai rujukan utama BUKAN manusia selainnya.


عن وا بصة بن معبد رضى الله عنه ، قال : أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقال :( جئت تسأل عن البر و الإثم ؟) قلت : نعم ؛ قال : ( استفت قلبك ؛ البر ما اطمأنت إليه النفس واطمأن اليه القلب ، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر ، وإن أفتاك الناس وأفتوك )

رواه أحمد والدارميُّ بسندٍ حسن


Contoh...

Sering jadi kekeliruan definasi 'ikhtilat' yang berlaku antara perempuan dan lelaki.Bagaimana kita ingin mengetahui bahawa dalam satu majlis atau program itu etc. berlakunya ikhtilat atau tidak mengikut kehendak syara'?

Cuba bayangkan...

'Kalau Rasulullah ada pada ketika itu,bagaimana reaksi KITA dan reaksi Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam sendiri ?'

Kita sendiri akan mendapat jawapannya apabila kita cuba bayangkan kehadiran Rasulullah pada saat itu.

Ataupun...

Jika tidak dapat membayangkan kehadiran Rasulullah s.a.w,Cuba hadirkan seorang ulama' yg paling disegani.Contoh,seorang mufti datang dan melihat perbuatan kita,bagaimana agaknya reaksi beliau?Adakah kita akan lakukan perbuatan yang sama pada saat kedatangannya itu dengan sebelumnya?

Jika kita merasa MALU dan terhenti seketika dengan apa yang dilakukan ketika itu,bermakna ia tidak mengikut syara'.

'Pada akhir zaman,berpegang pada ugama itu bagaikan menggengam bara api'


Jika kita dalam kebenaran,walau sesuatu tindakan atau pendapat itu menyalahi orang ramai,hendaklah kita berpendirian teguh,jangan mudah goyah.Dalam saat2 kita ingin menegakkan yang haq,sedang orang ramai tidak menyetujui pendapat atau tindakan kita,Kita kembalikan hal tersebut kepadaNYA.Kerana Dialah yang mengolak balikkan hati manusia.


Kita selalu terikut dengan suasana yang salah kerana 'TAKUT DENGAN MANUSIA'.Takut manusia kata begini begitu.Kalau mahu ikut redha atau kehendak manusia,memang TIADA PENGHUJUNGNYA!!!Sememangnya kita akan merasa lemah dengan keputusan 'asing' yang diambil tetapi TIDAK apabila kita membuatnya dengan mengembalikan diri kepadaNYA.

Masalahnya kita ini sering bergantung pada diri sendiri tanpa bergantung padaNYA.Dalam situasi yang terdesak dgn suasana,akhirnya kita terpaksa juga terikut dengan suasana yang salah itu.

Kalau kita bergantung kepadaNYA...

Dalam kita membuat keputusan itu,Kita akan pulang kepadaNYA,hati kita akan berbisik denganNYA:

'Ya Allah...Jika tindakan yang aku ambil ini adalah kerana Mu,kerana ingin menegakkan yang haq dan ingin menunjukkan bahawa perkara yang dibuat itu adalah salah,maka engkau teguhkan hatiku atas keputusan yang aku ambil walau orang ramai tidak menyutujuiku'.

Allah Berfirman:

يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُوۤاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu
'.
[47:7]

Jika kita benar2 jujur dalam apa yang dilakukan...

Orang akan ikut keputusan kita BUKAN kita ikut keputusan orang,walau pada awalnya mereka tidak menyutujui,kerana yang mengolak-balikkan hati bukankah DIA?Jadi,Kenapa kita selalu merujuk selainNYA???

Firman Allah:

وَٱلَّذِينَ جَاهَدُواْ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ


Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
[29:69]

Sebenarnya urusan dengan Manusia ini MUDAH jika kita balikkan segala urusan itu kepadaNYA...


Kita ini sering risau atau fikir 'APA CAKAP ORANG' hingga terlupa 'APA CAKAP RASULULLAH' jika kita berbuat begini.



Muhasabah kembali...
'Dimanakah kita letakkan Rasulullah dihati KITA?'