Saya mahu jadi Ulama jika....
Firman Allah ta'ala:
إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَاءُ
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.~Surah AlFatir:28
Bila di Mesir...
Diri sering terlupa akan tujuan sebenar KITA menuntut ilmu.Yang kita disibukkan adalah memenuhi hajat manusia hingga terlupa akan keperluan diri.Dari situlah,perlunya ilmu pembersihan hati dan Murabbi yang mengingatkan KITA akan TUJUAN SEBENAR KITA.
Niat KITA itu akan terzahir apabila kita diuji dengan sesuatu.
Contoh:Sebagai seorang wanita,kita tahu bahawa wanita yang haid dilarang duduk di masjid.Dan pengajian kita pula diadakan di dalam masjid.Lagi-lagilah jika pengajian tersebut membuatkan kita rasa 'tak boleh miss' ,kalau tak datang tu memang rugi yang teramatlah.Maka,dari situlah kita teruji...
Sebenarnya,hukum itu dah tahu dan jelas.Tapi tetap nak cari keringanan dan pendapat yang lain untuk menghalalkan apa yang dibuat kerana ikutkan perasaan terlalu dahagakan ilmu.
(Contoh itu hanya 1 gambaran saja tapi ada banyak lagi gambaran yang boleh dikiaskan dari contoh tersebut.Fikir2 sendiri...)
Dari situ,baru termuhasabah semula niat ini...
Sebenarnya apa tujuan engkau menuntut ilmu?
Bukankah tujuan dari menuntut ilmu untuk menjadikan engkau seorang Hamba yang semakin takut kepadaNYA?!
Semakin tunduk atas perintah dan laranganNYA?!
Kenapa semakin tinggi belajar semakin tidak patuhi akan hukum-ahkamNYA?
Engkau belajar kerana apa?
Ternyata...
Engkau belajar kerana Nafsu...
Kerana Keinginanmu ingin memperolehi ilmu yang banyak...
Hingga terlupa bahawa ilmu itu Allah yang mengajarkannya.
Terlupa akan janji Allah 'wattaqullah wa yu'allimukumullah'
(Bertaqwalah kepada Allah nescaya Allah akan mengajarkan kamu)
Terlupa bahawa ilmu itu bukan lafaz2 yang tertulis di kitab2...
Tapi adalah NUR yang Allah lemparkan ke dalam hatimu...
Engkau lupa akan apa yang dia ajarkan selama ini...
Bahwa tujuan dari ilmu itu adalah 'khosyah'...
Sepatutnya yang terkeluar dari mulutmu adalah...
Sami'na wa ato'na...
(Kami dengar dan kami patuh)
Tapi apa yang berlaku ke atas dirimu...
Sami'na wa 'asoina...
(kami dengar dan kami derhakai)
Hasil dari sesi bermuhasabah diri ...
Akhirnya Ya Allah...
Aku tinggalkannya kerana MU....
Muhasabah diri...
Berapa banyak majlis ilmu yang engkau hadir dapat melembutkan hatimu dan menitiskan airmatamu?
Sheikh Yusri Kata:
Berapa banyak orang yang hadir majlis ilmu tapi Allah tidak berkati ilmu yang dipelajarinya?
Maka...
Hendaklah dalam tempoh KITA menuntut ilmu ini,Kita menjalankan syariat ALLAH sesempurna mungkin dengan patuhi segala suruhanNYA dan suruhan Rasulullah serta tinggalkan segala maksiat zahir dan batin.
Berkat! Berkat!
p/s:Saya rindukan guru saya yang mengajarkan saya ilmu 'khosyah'.
Ya Allah,jadikan 'kedahagaan' ini satu rahmat buat hambaMU ini...
No comments:
Post a Comment