Sabda Rasulullah:
من رآني في المنام فسيراني في اليقظة
ولا يتمثل الشيطان بي
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
'Siapa yang melihatku dalam mimpi,maka beliau akan melihatku secara yaqozoh (dalam keadaan sedar) dan syaitan itu tidak menyerupai aku.'
~Riwayat Imam Bukhari :Hadis Sohih.
Sejak kebelakang ini asyik mendengar cerita2 para solihin mimpi Rasulullah dari mulut para masyayikh kami.Bila dengar saja,berguguran airmata...terasa 'Ya Allah,bila aku akan dikurniakan kurniaan sebegitu?'
Sememangnya kurniaan itu terlalu besar.
Bagaimana engkau ingin perolehinya sedang matamu sendiri maseh melihat perkara2 yang DIA tidak redhai.
Usahamu terlalu kerdil dan kecil untuk mendapatkannya...
Tahu tidak engkau mahu melihat siapa???
Siapa??
Insan yang paling istimewa disisi Allah.
Habib Husain As-Saqqaf menceritakan dalam pengajian online kitab Bidayah Al-Hidayah:
Ada salah seorang dari masyayikh(guru) kami,setiap hari beliau akan mimpi Rasulullah.Pada suatu hari, setelah beliau duduk menonton berita bersama keluarga dan tidak disengajakan pembaca berita itu merupakan seorang perempuan yang tidak memakai tudung...kemudian pada malamnya,beliau tidak melihat Rasulullah dalam mimpinya dan berlarutan hingga beberapa hari.Beliau menangis2 hingga 1 hari Rasulullah datang dalam mimpinnya dan menegur:'Aku tidak hadir dalam mimpimu kerana pada malam itu matamu melihat pembaca berita itu.'
Ya Allah...bagaimanalah mata ini tidak dihijabkan dari melihatnya...
Kita akan dapati bahawa ada diantara ulama yang tidak mahu melihat wanita secara direct walau dalam jemaah besar.Kekadang kita ingat mereka buat sedemikian untuk 'menjaga'...bagi alfaqir bukan itu saja...mungkin juga kerana mereka itu ingin menjaga mata mereka yang pernah melihat Rasulullah agar tetap terus tidak diharamkan untuk melihat Rasulullah.
Habib Umar pernah menceritakan kepada kami dalam sebuah pengajian:
Cerita (1):
Kire2 dalam 20 tahun yang lalu,kami bertemu sendiri seorang lelaki menangis-nangis bagaikan kehilangan anak2 dan keluarga.
Jadi kami pun bertanya kepadanya...
'Apa yang membuatkan engkau menangis sebegini?'
Lelaki itu pun berkata:
'Sudah 3 hari,aku tidak lihat Rasulullah.'
Kemudian ditanya semula...
'Jadi,engkau hari2 mimpi Rasulullah?!'
Beliau pun berkata: 'Setiap hari Rasulullah hadir dalam mimpi aku.Setiap hari aku akan berselawat sebanyak 12,000 kali tapi sejak dari hari yang aku tidak mimpi Rasulullah,aku menambahnya hingga 15,000 kali.'.
Ya Allah...Bagaimana mereka boleh berselawat hingga mencapai ratusan ribu dalam sehari???Lalainya aku dalam mengingatinya...
Amat menyedihkan lagi...
Bila disebut Rasulullah,sama sekali tidak menggerakkan hati dan mulut kita pun untuk menyambut sebutan itu dengan selawat.Kedekutnya KITA!Kita fikir menyebutnya seperti menyebut orang lain.
Cerita(2):
Pada suatu hari,seorang lelaki soleh mentarbiyah anaknya dengan menahan anaknya dari mendapatkan air.kesana kemari untuk mendapatkan air,tetap tidak berjaya.Untuk beberapa hari beliau hidup dalam kehausan.kemudian,pada satu ketika sedang beliau bangun dari tidurnya...ayahnya melihatnya dia melakukan sesuatu yg seolah-olah beliau itu memegang bekas air dan meminumnya sepuas-puasnya (mcm mengigau).
Tanya si Ayah:'wahai anakku,apa yang engkau buat ini?'
Si anak berkata:'Aku ternampak seolah-olah didepanku bekas air yang besar,jadi aku meminumnya.'
Kata si Ayah:'Begitulah keadaannya jika engkau mahu melihat Rasulullah(samada secara mimpi/yaqozoh).'
Kesimpulan:
kalau kita mahu mimpi Rasulullah...maka hati kita perlu ta'alluq (terpaut) yang tersangat kepada Rasulullah sepertimana budak itu begitu dasyat memerlukan air,tiada lain di fikirannya kecuali air sehinggakan terbawa-bawa dalam sedarnya.
Cerita (3):
Dari Habib Muhammad Al-Haddar (guru habib Umar),Al-Habib Ismail Al-Hami berkata:
'Setiap minggu tak lihat(samada mimpi atau yaqozoh) Rasulullah?Tolibul 'ilm (penuntut ilmu) tak lihat Rasulullah setiap minggu?!Pelik!'
Ya Allah...jauhnya kami dari Rasulullah...
Tadi,Sheikh Yusri Al-Hasani menceritakan kami dalam pengajian kitab Muwatto':
Ade seorang ulama Al-Azhar (alfaqir tak ingat namanya) menjadikan wirid sehariannya selawat ke atas Rasulullah sebanyak 300,000 kali.Beliau setiap hari berjumpa Rasulullah secara yaqazoh (dalam keadaan sedar).
Allah...
Pada beberapa hari yang lalu pula...
Sheikh Ahmad Hajin menceritakan dalam pengajian syarah kitab Syamail Muhammdiyah .
Seorang alim murabbi ini tahu akan seorang anak didiknya yang setiap hari mimpi Rasulullah...jadi,setiap kali jika sheikh ini berjumpa anak didiknya itu...beliau akan bertanya: 'Kaifa Hal Rasulillah alyaum?'(Bagaimana keadaan Rasulullah hari ini).
Sheikh Usamah Al-Azhari pula menceritakan kami dalam pengajian Sirahnya:
'Sheikh Ali Jumaah membaca lebih dari 40 kitab tentang Rasulullah hingga beliau dikurniakan mimpi Rasulullah.'
Tanya diri...
'Berapa banyak kitab tentang Rasulullah yang engkau telah baca???'
Sungguh lain peribadi seseorang yang telah berjumpa Rasulullah...
Perhatian!!!
Cerita2 ini bukan rekaan semata.Jangan kerana kita merasa pelik atau merasakan suatu yang tidak boleh terima akal,kita menolak terus dan menginkarinya.Pemberian Allah itu tiada batasnya dan melampaui jangkauan akal kita.DIA Maha Berkuasa.Siapa kita untuk menghadkan pemberianNYA terhadap hamba-hambaNya yang soleh?!Ingat,KITA hanya HAMBANYA!!!Dia memberi kelebihanNYA kepada sesiapa saja yang DIA kehendaki.
Ya Allah,dengan segala kelemahan yang ada pada diri kami,kurniakan kami kurniaan itu walau saat2 akhir hayat kami didunia ini...
1 comment:
YAA ALLOOH...
YAA RASUULALLOOH...
SALLIMNII...WA DZURRIYYATII...MIN SYURUURI NAFSII... WA MIN SAYYIATI A'MAALII...
LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH...
Post a Comment