~Awal Muharram's SPECIAL bersama Ulama' (1)~
Tajuk Perbincangan: '
Hikmah..dan Bagaimana mempelajarinya
Tetamu Jemputan:
Sheikh Abd. Fattah Al Bazm (Mufti Syria)
Diantara soalan2 yang dikemukakan....
Apakah Maksud hikmah dalam AlQuran 'wa man yu'til hikmata faqad utiya khoiron kasiran'?
Adakah Hikmah itu di khaskan pada para Anbiya'?Bolehkah orang yang bukan Islam memperolehinya?
Bagaimana untuk memperolehi hikmah?
Bagaimana Hikmah it diajarkan?
Dimanakah hikmah itu mengambil peranan?
Bagaimana hikmah dalam berdakwah itu dipraktikkan?
Apakah tanda2 yang menunjukkan seseorang itu berhikmah?
Sheikh Abd. Fattah berkata:
'...Berkembangnya hikmah seseorang itu dengan duduk bersama hukama',dan para ulama,sepertimana hujan itu menghidupkan tanah yg gersang.Maka dengan itu,Duduk bersama para ulama menimbulkan kekuatan dan mengajarnya berbagai cara dan diperolehi hikmah ini dengan cara bertalaqi (dengan Para ulama) serta bersamanya,kejujuran dalam meminta(ilmu) dan kejujuran niatnya dalam bersama gurunya....'
'....Mustahil hikmah itu diperolehi oleh orang yang jahil.Oleh itu,perlu seseorang itu untuk memperolehi hikmah dengan mempelajari ilmu dengan lebih mendalam...'
'...Semakin Dekatnya kita dengan manhaj nabawi(cara yang Rasulullah bawa),menunjukkan semakin dekatnya kita pada hikmah...'
Ya Allah,Kurniakan kami hikmah para kekasihMu....
Sunday, December 28, 2008
Saturday, December 20, 2008
~Mutiara Kalam Oleh Sheikh Yusuf~

Alhamdulillah,Pada Kali ini Sheikh Yusuf Muhiyiddin AlBakhur AlHasani duduk lama di Mesir berbanding dengan tahun2 sebelumnya.Dapat kami baca dan khatam beberapa kitab bersamanya(Moga dapat diamalkan).
Diantaranya Kitab 'ADAB AN-NUFUUS' oleh Imam Al-Muhasibi iaitu kitab yg digunakan oleh Habib Umar Bin Hafidz pada Dowrah Soifiyyah yg lalu.Setiap apa yg diterangkan oleh sheikh Yusuf,teringatkan pula penerangan yg diberikan oleh Habib Umar.Mcm replay semula segala Rohah habib yg lalu di fikiran.
(Status AlFaqir:Rindu Rohah Habib!).
hmmm...Kitab ini hakikatnya susah utk diamal...tapi kita ada ALLAH bukan?Terasa Semakin belajar kitab itu semakin terasa betapa 'sakit' nya hati ini.Moga Allah mengurniakan taufiqNYA utk mengamalkannya.
Ingin berkongsi mutiara yang amat bermakna buat diri Al-Faqir....
Sheikh kata:'...Wallahi (3x) dan saya bertanggungjawab keatas kekata saya ini dan ia benar2 berlaku.Jika kamu ingin berda'wah kepada orang,hendaklah kamu mempunyai kejujuran dalam niat kamu itu.Allah akan aturkan kepada kamu kebaikan dengan jalanNYA sendiri bukan melalui jalan hambanya.Hendaklah kamu berhati2 dari keinginan kamu utk bersegera.Sabarlah dalam meminta.'
Selalunya Kita akan berfikir bahawa bile kita ingin berdakwah,kita perlukan suatu jawatan di salah sebuah pertubuhan atau masjid atau sebagainya utk bergerak memainkan peranan kita.Dan biasanya,jika kita dibawah 'orang',kita akan tiada satu kuasa utk memperjuangkan sesuatu perkara yang haq.Perjuangan kita terbatas.Cakap itu tidak boleh,cakap gini tidak boleh.Salah cakap saja dibuang kerja atau sebagainya.
Dengan itu,Sheikh memberikan satu penyelesaian agar Pekerjaan/Jawatan itu tidak memFITNAH diri kita sendiri khususnya bagi mereka yg bekerja dalam Kerja Da'wah.
Thabbits Aqdamana Ya Rabb...
Bi Jahi Sayyidin Nabiy...

Saturday, December 13, 2008
~Siri Penziarahan (3)~
Alhamdulillah,pada 12/12/09 berkesempatan AlFaqir dengan teman2 untuk menziarahi Ust Afandi(Guru AlQuran al-Faqir di Madrasah AlJunied).Ustaz ke Mesir untuk menyambung talaqi Al-Quran bersama Sheikh Redha.
Seperti telah dikatakan,jika bertemu dgn Ahli Quran,rebuti nasihat mrk krn nasihat mrk itu sesuai dgn apa yg kita sedang hadapi sebab Mereka itu berkata dengan nur Allah.
Wasiat sebelum kami pulang....
Ustaz kata:
Nak dekat imtihan ini...tido mlm,bangun siang.jgn kita cuba tukar sunnatullah.Allah berfirman :'wa ja'alnalaila ilbasa wa ja'alna nahara ma'asyah'(Surah An-Naba').Ade orang...tido siang bangun mlm.kalau tidak,beliau akan pening.Tapi itu kes yg jarang,itu tidak mengapa.Tolibul ilm itu sepatutnya tido kul 9 mlm kemudian bangun siang(kul 2 am),menghidupkan mlm dgn qiyamullail.Puasa Isnin khamis jgn tinggal.kalau dah berpersatuan,jgn sampai mengorbankan kuliah.Kuliah wajib,berpersatuan sunnat(tambahan).Jgn kejarkan tambahan hingga mengorbankan kuliah.Dah meeting..terus pulang buat ulangkaji,jgn duduk2 berbual2(drag).Kemudian,Hati dengan guru kene jaga.jgn kita mengumpat guru dengan hati kita.Terima apa yg guru kuliah itu berikan.Insya Allah berkah.
Allahummaj 'alna minallazina yastami'unal Qaula fayattabi'una ahsanah....
Saturday, December 06, 2008
~~~Hari Arafah's SPECIAL~~~

Kata2 ini dipetik dari kalam Sayyidi AlHabib Umar Bin Hafidz dalam Majlis penutup Dowrah soifiyyah 08
'....Keteguhan kita dengan melaksanakan manhaj nabawiy (cara yang Rasulullah s.a.w bawa).Dan cara itulah yg menghilangkan segala manhaj(cara)yg tidak baik,dan segala kejahatan yg berbagai bentuk dan pelbagai golongan tanpa perlu dengan banyaknya berjidal dengannya.KITA AMAL SAJA!!!(habib mengeraskan suaranya).Itu semua akan jatuh,akan terhalang,itu semua akan lari kebelakang jika kita buat kewajipan kita dan ikut cara Rasulullah s.a.w ...'
Bila Habib Umar tekankan perkara tersebut sambil mengeraskan suaranya(utk menunjukkan betapa penting hal tersebut),terasa gegaran dihati yg mendengarnya.Itulah yg habib terapkan pada kami AMAL AMAL AMAL.Beliau bukan seorang yg banyak syarahannya.Bila berkata,katanya yg paling mudah dan dapat lihat sendiri peribadinya,yg hidup dgn sunnah2 Rasulullah s.a.w.Itu yg memikat hati orang yg melihat dan mendengar utk beramal.Ini baru orang yang menghidupkan Sunnah2nya...kalau dapat jumpe Rasulullah s.a.w agaknya bagaimana perasaan ini.Ya Allah,jangan Engkau haramkan aku utk ketemunya...
Ternyata,Kita ini tidak henti2 berjidal dengan masalah2 furu' yg berlaku khilaf diantara para ulama,memperjuangkan fikrah masing2 dengan menyimpan berbagai perasaan yang tidak baik sesama saudara seislam,banyak menghabiskan masa dengan bincang2 masalah furu'yg tiada kesudahan tanpa kita memperbincangkan bagaimana untuk kita beramal dengan Sunnah2 Rasulullah s.a.w yang sudah pasti kesahihannya.Banyak lagi hal2 ummah yg lebih penting dan lebih perlu untuk dibincangkan dan diselesaikan.
Dalam mengajak masyarakat ke arah kebaikan,pastikan kita BUAT terdahulu agar natijah dari ajakan itu memperolehi buahnya.
Kita ini banyak kalamnya dari amal bukan?Itu yg buat orang tidak mahu beramal krn peribadi2 kita sendiri...
Ya Allah,hawwilna ila ahsanil hal...

Subscribe to:
Posts (Atom)