~Mutiara Kalam Oleh Sheikh Yusuf~
Alhamdulillah,Pada Kali ini Sheikh Yusuf Muhiyiddin AlBakhur AlHasani duduk lama di Mesir berbanding dengan tahun2 sebelumnya.Dapat kami baca dan khatam beberapa kitab bersamanya(Moga dapat diamalkan).
Diantaranya Kitab 'ADAB AN-NUFUUS' oleh Imam Al-Muhasibi iaitu kitab yg digunakan oleh Habib Umar Bin Hafidz pada Dowrah Soifiyyah yg lalu.Setiap apa yg diterangkan oleh sheikh Yusuf,teringatkan pula penerangan yg diberikan oleh Habib Umar.Mcm replay semula segala Rohah habib yg lalu di fikiran.
(Status AlFaqir:Rindu Rohah Habib!).
hmmm...Kitab ini hakikatnya susah utk diamal...tapi kita ada ALLAH bukan?Terasa Semakin belajar kitab itu semakin terasa betapa 'sakit' nya hati ini.Moga Allah mengurniakan taufiqNYA utk mengamalkannya.
Ingin berkongsi mutiara yang amat bermakna buat diri Al-Faqir....
Sheikh kata:'...Wallahi (3x) dan saya bertanggungjawab keatas kekata saya ini dan ia benar2 berlaku.Jika kamu ingin berda'wah kepada orang,hendaklah kamu mempunyai kejujuran dalam niat kamu itu.Allah akan aturkan kepada kamu kebaikan dengan jalanNYA sendiri bukan melalui jalan hambanya.Hendaklah kamu berhati2 dari keinginan kamu utk bersegera.Sabarlah dalam meminta.'
Selalunya Kita akan berfikir bahawa bile kita ingin berdakwah,kita perlukan suatu jawatan di salah sebuah pertubuhan atau masjid atau sebagainya utk bergerak memainkan peranan kita.Dan biasanya,jika kita dibawah 'orang',kita akan tiada satu kuasa utk memperjuangkan sesuatu perkara yang haq.Perjuangan kita terbatas.Cakap itu tidak boleh,cakap gini tidak boleh.Salah cakap saja dibuang kerja atau sebagainya.
Dengan itu,Sheikh memberikan satu penyelesaian agar Pekerjaan/Jawatan itu tidak memFITNAH diri kita sendiri khususnya bagi mereka yg bekerja dalam Kerja Da'wah.
Thabbits Aqdamana Ya Rabb...
Bi Jahi Sayyidin Nabiy...
No comments:
Post a Comment