...Remaja dikau harapan Rasulullah s.a.w...
Adik,
Rebutlah masa muda ini,
Zaman remaja adalah zaman yang terindah,
Masa tidak akan berulang,
Mantapkan iman didada dengan ketaatan,
Rebuti ilmu Allah sebanyak-banyaknya,
Elakkan BGR(boys n girls relationship),
Kerana ia adalah penghalang besar buat adik untuk mendapat kemanisan ilmu,
Penghalang besar buat mereka yang ingin menyimpan AlQuran di dada,
Percayalah...
Sudah menjadi Fitrah Manusia,
Manusia itu ingin dicintai dan mencintai,
Tapi cara itu tidak menghalalkan,
Cara yang halal hanya dengan Perkahwinan...
DIA ada simpankan Pasangan yang terbaik buat KITA,
Tidak yakinkah KITA akan JanjiNya?
BukanKah Dia sudah janjikan,
Wanita2 yang baik itu bersama dengan lelaki2 yg baik....
Jangan kita terlalu murah untuk memberikan cinta kita,
Pada insan yang tidak pasti lagi menjadi milik kita,
Kita ada harga diri...
Cukuplah dengan kelalaian yg telah kita lakukan,
Apa lagi yang kita mahu dengan Dunia ini,
Cukuplah dengan perbuatan2 kita yang menyedihkan hati Rasulullah,
Tergamakkah kita,
Insan yg saat akhirnya,
Menangis kerana risau akan diri KITA,
Tapi KITA,
Mengambil sikap tidak peduli akan perasaanya,
Dimanakah letaknya sifat seorang insani KITA?
Sayang adik2 semua!!!Jangan sedihkan hati Rasulullah ye?
Ya Allah,Hawwilna ila ahsanil hal....
Friday, April 25, 2008
Friday, April 18, 2008
...Kekasih yang Dirindui...
Rasulullah sangat rindukan kita semua....
Dia tunggu kita semua di telaga khaudnya...
Kita bagaimana?
Adakah mempunyai perasaan yang sama terhadapnya???
Ya Allah,
Kurniakan kami kecintaan kepadanya sebagaimana para sahabat mencintainya,
Dan kerinduan sebagaimana Dia merindui kami semua...
~Kami merinduimu Ya Rasulullah s.a.w~
Monday, April 14, 2008
Ku rindukan tarbiyahnya
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Allhumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi…
Mungkin dah lama kan ana tak luahkan perasaan di blog.Sebenarnya,blog ana ini bukannya blog tentang hal2 peribadi ana.ana jadikannya sbg medan dakwah ana...Masing2 kan ade cara mereka tersendiri dalam dakwah??Moga2 Allah luruskan niat2 ana...
Haiz..kali ini ana tak tertahan lagi…Tak pasti lagi samada dipanggil semula atau tidak utk kesana. Cume dalam process utk menjadikan panggilan itu suatu kenyataan.Masih terngiang-ngiang lagi kenangan sewaktu Dawrah 2007(Summer course) kelmarin..Kalau datang saja bulan2 gini…mulalah rindu ni berbunga.Satu saja!ana rindukan tarbiyah habib.Ana teramat perlu utk pergi kesana!Boleh saja dengar melalui internet secara live.Tapi adakah sama orang yg hadiri sendiri majlis ilmu itu dgn hadir melalui internet?Ana nak lihat habib secara LIVE.
Mereka tidak faham perasaan ini.kalau mereka itu perlu keluar bekerja untuk memenuhi keperluan seharian mereka…aku perlu ke sana utk keperluan ruhku.alhmdulillah…di mesr ini banyak yg tersangat majlis2 ilmu dan para masyayikh.Itu adalah factor utama kenapa ana berat untuk meninggalkan mesir.
Dalam masa yg sama,ana maseh lagi rase sesuatu yang kurang.Ana belum jumpa lagi di mesir ini, seorang murabbi seperti Al Habib Umar dan Majlis ilmu seperti rowhahnya habib.Yang mungkin atas kecuaian diri sendiri…namun diri ini tetap menanamkan terus niat2 agar ditemukan suatu hari nanti.
Ada pepatah arab mengatakan:
'lau sadaqul Murid lawajadus Syaikh ‘alal Abwab’
(Kalau murid itu benar2 sungguh,maka dia akan mudah ditemukan dengan para Syuyukh).

Rowhah(majlis ilmu) habib itu begitu istimewa.Terlalu istimewa.Mana dgn doanya di setiap akhir majlis itu.Kalau betul2 diperhatikan,setiap kali doanya itu,kita akan dapati kelainan.Doanya tidak sama dgn hari atau majlis sebelumnya.Itulah doa Seorang yg ‘Alim Rabbani.Dicurahkan ilham yg melimpah ruah dibibirnya dalam berdoa.Apabila berkata…terus ke hati..Habib bile menyampaikan ilmu,diri yg mendengar ini,rasa bersemangat untuk mengamalkan ilmu tersebut.Habib banyak mengingatkan kami tentang adab2 dan mengamalkan sunnah2 Rasulullah s.a.w.Dialah yg ikatkan hati kami dgn Rasulullah s.a.w.Tiada lain kecuali beliau mahu kami ini,menjadi seorang tolibul ‘ilm yg menyejukkan hati Rasulullah s.a.w.
Kata Imam Syafie:
'Jadikan ilmu kamu itu sbg garam dan adab kamu itu sbg tepung'.
Maksudnya:belajar sedikit tetapi mempunyai adab yg tinggi.Itulah kepuasan ilmu yg sebenarnya.
kekadang itu rasa…'Haiz...banyak betul belajar kat sini(mesir)…tapi adab,amal tiada beza,tiada peningkatan'.Tak buat langkah pun utk amalkan ilmu.Kelmarin,selepas dawrah itu,sehingga letakkan niat n azam,takkan keluar dari Daruz Zahra’ ini kecuali dapatlah beramal sedikit dari kitab yg dipelajari semasa dawrah tersebut.Siap buat l note book khas utk menyenaraikan apa2 yg mampu diamalkan.
Tetapi sekarang??Rasanya,kene muhasabah semula niat2 selama ini kenapa kita menuntut ilmu.Ana rindukan nasihat2 habib,nasihat2 yg membersihkan hati yg mendengar....
Habib...
Tarbiyahmu,
Mengingatkan kami pada Rasulullah,
Yang,
Senikmat-nikmat tarbiyah itu,
Adalah Tarbiyahnya Rasulullah...
Ya Allah,izinkan aku ketemu semula dengannya....
Sambung...
Wednesday, April 09, 2008
Dia terlalu Istimewa (3)...

Ketika Nabi Ibrahim 'alahissalam memohon kepada Allah:
{ وَلاَ تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ }
-Surah As-Syura :87
Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula
Tapi...
Allah berkata kepada Penyejuk hati kita,Rasulullah s.a.w:
يَوْمَ لاَ يُخْزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِيَّ وَٱلَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ
-Surah At-Tahrim:8
Pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi(Muhammad) dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya....
*Dipetik dari blog AhlulquranPTS
Kami merinduimu Ya Rasulullah...

Ketika Nabi Ibrahim 'alahissalam memohon kepada Allah:
{ وَلاَ تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ }
-Surah As-Syura :87
Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula
Tapi...
Allah berkata kepada Penyejuk hati kita,Rasulullah s.a.w:
يَوْمَ لاَ يُخْزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِيَّ وَٱلَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ
-Surah At-Tahrim:8
Pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi(Muhammad) dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya....
*Dipetik dari blog AhlulquranPTS
Kami merinduimu Ya Rasulullah...
Friday, April 04, 2008
Syarahan Maulid Di Darul Mustafa Tarim Hadramaut Yaman 31/3/08

Kilmah(syarahan) Para Ulama Tarim Hadramaut atas urutan berikut:
1)Habib Masyhur Ibn Hafidz (Abang kepada Habib Umar Ibn Hafidz)
2)Habib Abdullah Ibn Syihab
3)Habib ...(Tak cam suara habib mana,bagi sesiapa yg tahu,blh beritahu ana)
4)Murabbina Habib Umar Ibn Hafidz
*P/S:Boleh ikuti secara LIVE melalui internet,setiap khamis 6.30 pm(Mekkah),12.30 am(S'pore) di lelaman berikut: Sila klik Disini!
Ya Allah,izinkan kami kesana lagi...
~Rindu pada Yang mengenalkan ku pada Rasulullah s.a.w~

Kilmah(syarahan) Para Ulama Tarim Hadramaut atas urutan berikut:
1)Habib Masyhur Ibn Hafidz (Abang kepada Habib Umar Ibn Hafidz)
2)Habib Abdullah Ibn Syihab
3)Habib ...(Tak cam suara habib mana,bagi sesiapa yg tahu,blh beritahu ana)
4)Murabbina Habib Umar Ibn Hafidz
*P/S:Boleh ikuti secara LIVE melalui internet,setiap khamis 6.30 pm(Mekkah),12.30 am(S'pore) di lelaman berikut: Sila klik Disini!
Ya Allah,izinkan kami kesana lagi...
~Rindu pada Yang mengenalkan ku pada Rasulullah s.a.w~
Subscribe to:
Posts (Atom)










