Monday, April 14, 2008


Ku rindukan tarbiyahnya

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Allhumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi…

Mungkin dah lama kan ana tak luahkan perasaan di blog.Sebenarnya,blog ana ini bukannya blog tentang hal2 peribadi ana.ana jadikannya sbg medan dakwah ana...Masing2 kan ade cara mereka tersendiri dalam dakwah??Moga2 Allah luruskan niat2 ana...

Haiz..kali ini ana tak tertahan lagi…Tak pasti lagi samada dipanggil semula atau tidak utk kesana. Cume dalam process utk menjadikan panggilan itu suatu kenyataan.Masih terngiang-ngiang lagi kenangan sewaktu Dawrah 2007(Summer course) kelmarin..Kalau datang saja bulan2 gini…mulalah rindu ni berbunga.Satu saja!ana rindukan tarbiyah habib.Ana teramat perlu utk pergi kesana!Boleh saja dengar melalui internet secara live.Tapi adakah sama orang yg hadiri sendiri majlis ilmu itu dgn hadir melalui internet?Ana nak lihat habib secara LIVE.

Mereka tidak faham perasaan ini.kalau mereka itu perlu keluar bekerja untuk memenuhi keperluan seharian mereka…aku perlu ke sana utk keperluan ruhku.alhmdulillah…di mesr ini banyak yg tersangat majlis2 ilmu dan para masyayikh.Itu adalah factor utama kenapa ana berat untuk meninggalkan mesir.

Dalam masa yg sama,ana maseh lagi rase sesuatu yang kurang.Ana belum jumpa lagi di mesir ini, seorang murabbi seperti Al Habib Umar dan Majlis ilmu seperti rowhahnya habib.Yang mungkin atas kecuaian diri sendiri…namun diri ini tetap menanamkan terus niat2 agar ditemukan suatu hari nanti.


Ada pepatah arab mengatakan:

'lau sadaqul Murid lawajadus Syaikh ‘alal Abwab’
(Kalau murid itu benar2 sungguh,maka dia akan mudah ditemukan dengan para Syuyukh).



Rowhah(majlis ilmu) habib itu begitu istimewa.Terlalu istimewa.Mana dgn doanya di setiap akhir majlis itu.Kalau betul2 diperhatikan,setiap kali doanya itu,kita akan dapati kelainan.Doanya tidak sama dgn hari atau majlis sebelumnya.Itulah doa Seorang yg ‘Alim Rabbani.Dicurahkan ilham yg melimpah ruah dibibirnya dalam berdoa.Apabila berkata…terus ke hati..Habib bile menyampaikan ilmu,diri yg mendengar ini,rasa bersemangat untuk mengamalkan ilmu tersebut.Habib banyak mengingatkan kami tentang adab2 dan mengamalkan sunnah2 Rasulullah s.a.w.Dialah yg ikatkan hati kami dgn Rasulullah s.a.w.Tiada lain kecuali beliau mahu kami ini,menjadi seorang tolibul ‘ilm yg menyejukkan hati Rasulullah s.a.w.

Kata Imam Syafie:

'Jadikan ilmu kamu itu sbg garam dan adab kamu itu sbg tepung
'.
Maksudnya:belajar sedikit tetapi mempunyai adab yg tinggi.Itulah kepuasan ilmu yg sebenarnya.

kekadang itu rasa…'Haiz...banyak betul belajar kat sini(mesir)…tapi adab,amal tiada beza,tiada peningkatan'.Tak buat langkah pun utk amalkan ilmu.Kelmarin,selepas dawrah itu,sehingga letakkan niat n azam,takkan keluar dari Daruz Zahra’ ini kecuali dapatlah beramal sedikit dari kitab yg dipelajari semasa dawrah tersebut.Siap buat l note book khas utk menyenaraikan apa2 yg mampu diamalkan.

Tetapi sekarang??Rasanya,kene muhasabah semula niat2 selama ini kenapa kita menuntut ilmu.Ana rindukan nasihat2 habib,nasihat2 yg membersihkan hati yg mendengar....

Habib...
Tarbiyahmu,
Mengingatkan kami pada Rasulullah,
Yang,
Senikmat-nikmat tarbiyah itu,
Adalah Tarbiyahnya Rasulullah...

Ya Allah,izinkan aku ketemu semula dengannya....


Sambung...

No comments: