Saturday, November 29, 2008

~Mutiara (2) @ Dowrah Soifiyyah '08'~



Kata2 Seorang Habib dalam Pengajian DAKWAH kami:

'Apabila kita menjadi seorang pendaie (pendakwah),kita akan terdedah dengan seribu satu macam penyakit hati...'


Kata2 ini bagaikan satu ubat pahit yg perlu ditelani...


Namun,


Setelah teringatkan kata2 Habib Umar Ibn Hafidz kepada Kami,terasa satu kelegaan...


Kata Habib Umar dalam Rohahnya:


'Segala was-was(bisikan2)syaitan itu lemah.Segala itu tidak akan menguasai diri kamu dengan kebesaran dan keagungan Allah S.W.T,tetapi engkau tidak betul2 bergantung kepadaNYA,engkau tidak betul2 meminta perlindungan daripadaNYA,engkau tidak pulang kepadaNYA,engkau tidak meminta Dia dengan rasa kehinaan diri,engkau tidak datang kepadaNYA dengan sepenuh hatimu,Itu yg membuatkan kamu lemah.Tidak bersamamu kekuatan (utk melawan).Tiada daya dan upaya kecuali denganNYA.

Firman Allah yg bermaksud:' Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'[7:201]


Ya Allah,Perbaiki kefasadan yang berlaku pada hati kami...

Sunday, November 23, 2008



~Adab Ilmu~


Kata Sheikh Yusuf AlQardawi :

'....Ilmu mesti diambil dari ahlinya.Setiap ilmu itu ade keahliannya.Ulama terdahulu mengingatkan kami:'la ta'khuzul ilm min suhufiy wa la qur'anan min mushafiy'
(jangan ambil ilmu di kitab2 dan AlQuran di mushaf).Mengambilnya dari orang yg alim dari yg alim dan orang yg alim itu mengambil dari yg alim dan begitu seterusnya.Mesti bersambung nasab.

Apa makna 'suhufiy'?Seorang yg belajar suatu ilmu itu dari kitab2 tidak dari masyayikh ilm(guru) dan tidak dari seorang yang dipecayai dari sudut keilmuannya.Kerana itu,kemungkinan seseorang itu salah memahami masalah dan tiada siapa yg memperbetulkannya.

Ulama terdahulu seperti Imam Ibn Hajar AlHaitumi..Beliau baca kitab karangannya at-Tuhfah dihadapan 300 penuntut ilmu dan mereka adalah para ulama'.Beliau baca perenggan demi perenggan dan mereka yang mendengar (iaitu dari golongan para ulama') memperbetulkannya.Dan ini adalah ilmu yang hakiki.

Manakala skrg ini,kita dapati sebahgian diantara mereka membaca kitab hadis kemudian menyangka mereka telah menjadi seorang yang berilmu.....'


Boleh lihat petikan kata2nya ini di Video Klip berikut:


Ya Allah,Kurniakan ilmu yang semakin banyak kami pelajari,semakin rasa kejahilan dan kehinaan diri...

Saturday, November 15, 2008


~Sheikh Redha @ Syubra,Mesir~

Sekadar Perkongsian...

Pada Tarikh 7/11/08 ziarah kami ke rumah sheikh Redha kerana meraikan majlis Khatam AlQuran teman seperjuagan kami.Sheikh diminta untuk memberi nasihat sebelum kami pulang.

Sheikh Kata:

'Aku menasihati kalian dan diriku agar bertaqwa kepada Allah S.W.T.Jadikan AlQuran itu yang utama.Jangan tinggalkan murajaah AlQuran.Setiap hari sebelum mula kuliah atau mengulangkaji pelajaran baca 1 hizib AlQuran supaya Allah memberi kamu kefahaman yg luas (futuh).Kuatkan hubungan kamu dengan Allah...'


Terima Kasih Sheikh....

P/s:Jika bertemu dengan Para Ahli Quran...rebuti nasihat mereka.Kerana nasihat mereka itu sesuai dengan apa yang kita sedang hadapi dan lalui seolah-olah mereka itu tahu keadaan kita.

Ya Allah,Kurniakan kami mujalasah dengan Para Auliya' dan ulama....

Sunday, November 09, 2008

~Puasa di Bulan2 Haram~


حديث أبي عوانة عن أبي بشر عن حميد بن عبدالرحمن الحميري عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل.

أخرجه مسلم~


~Maksud Hadis~

Rasulullah S.A.W bersabda:

'Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan,bulan2 Haram (ZulKaedah,Zulhijjah,Muharram,Rejab) dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat Malam' ~Riwayat Imam Muslim.

Ya Allah,bantu kami untuk mengagungkan bulan2 ini sepertimana yang Rasulullah mengagungkannya...