Saturday, August 30, 2008

~Siri Penziarahan:Sketsa Hati~




Sering apabila ditanya atau diajak untuk berjumpa dengan seorang ustaz ini:

'Kenapa tak jumpe ust?'

'Nak datang tak kelas nahu ust?'

Jawapan yg sering didengar di telinga :


'seram ah...ust nanti sergah tanya i'rab!'

'tak bersedia ah nak jawab soalan ust..'

'takut ah kang kene tengking(sergah)...'

'Malu ah...dah belajar kat AlAzhar tak tahu jawab 'irab ust'

Memang Ust ini, beliau seorang yang disegani ilmunya dan digeruni oleh para pelajar.Oleh kerana itu,Ramai yang ingin belajar nahu dengannya tapi terbantot nak teruskan sebab sergahannya dgn soalan i'rab(Suatu ilmu tentang kedudukan kalimah dalam ayat).

Ana juga sebelum menziarahi ust agak samalah perasaannya.Sering terlintas dalam hati 'macam mana ni nak jumpe ust...nih i'rab dia yg beliau berikan ketika belajar dgn dia dahulu,tak hafal2 lagi'.Sehinggakan letak suatu keazaman 'nak hafallah i'rab2nya sblm datang ke rumah ust'.Tapi tu sume hanya angan2 kosong belaka....nak tunggu hafal..memang tak ziarah.

Pengajaran:


Apabila setelah belajar suatu ilmu itu,jika kita ade niat utk hafal atau amalkan,terus buat.jangan lengah2.jangan nak tunggu kitab khatam baru nak amal/hafal.Itu yang akhirnya tak terbuat langsung.

Apa yg membuat ana agak mcm 'berani' untuk berjumpa walau dgn tiada apa2 persediaan (selain kerana faktor kerinduan terhadap guru)ialah
apabila difikirkan semula dan sering dibisikkan ke dalam hati....

'Kenapa nak malu dengan ust kalau tak dapat jwb,kita kan maseh belajar?yang walaupun pada namanya kita ini pelajar universiti AlAzhar,tidak bermakna kita tahu segala-galanya.'

'Bagus kalau tak dapat jawab.sekurang-kurangnya engkau ade perasaan inkisar AlQalb(kerendahan hati).Yang tidak bermakna engkau belajar di AlAzhar,engkau tahu segalanya.Biar engkau rasa yang semakin engkau belajar itu,semakin engkau rasa jahil,bukan semakin rase 'gah' dgn engkau belajar di AlAzhar'.

'Siapa aku,tidak boleh ditegur oleh seorang guru???Buang ego itu!!!Ingat kata habib Umar: 'Engkau sbg tolibul 'ilm itu sangat faqir,jadi...beradablah(wahai hati)!'

'Ilmu tidak diperolehi oleh mereka yang sombong dan pemalu!!!'

Dan Pada suatu Hari...

Tiba juga ana ke rumahnya.Memang sebelum datang,ana sudah expect beliau akan bertanya kpd ana i'rab.ana letakkan dlm mindset 'get ready ah dgn soalan ust' walau tak sedia dari sudut jawapan bagi soalannya tapi sekurang-kurangnya terselit suatu ketenangan tika menjwb walau main hembus saja.hehe.

Baru beberapa minit,mengambil tempat(ketika itu kelas nahu ust sedang berlangsung).Ditembakkan pada ana 'hah..apa makna ni?'(Yang ust tanya itu dari kitab Nahu 'Arabiy,kitab ini digunakan sejak tingkatan darjah 4 hingga menengah).apalagi,ana pun tergaruk-garuk di kepala...'hmmmm(part ni dah start malu),ana tak tahu ust'.

Hati ini mula memujuk :

'Jangan malu...Cakap sajalah tak tahu.apa nak dimalukan?Imam Malik apabila ditanya kpdnya soalan dan tiada padanya jawapan,beliau tidak agak2 utk menjwb tidak tahu.Engkau siapa???'

Sambil itu,marahkan diri sendiri jgk...

'astarfirullah!engkau tak tahu makna ni selama engkau belajar kitab ini?Macam mana boleh tak tahu sdg kitab itu dah berkali-kali khatam???Barulah termuhasabah dgn niat sendiri...'Engkau belajar kerana apa?'


'Tulah...padan muka.tak buat persediaan kan sebelum datang kelas?!'

Teringat pula ketika itu,Imam Syafie,beliau telah hafal terdahulu kitab muwatto'(kumpulan hadis2 Rasulullah yang dikumpulkan oleh Imam Malik) sebelum belajar dgn Imam Malik.

Barulah terasa...
'Ya Allah jauhnya aku dari sifat2 tolibul 'ilm(penuntut ilmu yang sebenar),aku tidak tunaikan haq ilmu lagi'

Akhirnya kata hati lagi:
'
Terima kasih ust...ust dah ajarkan saya satu ilmu yang tidak dapat dimana-mana kitab
'.


Nasihat pada yang pernah belajar dgn ust walau sekali:

Datanglah...jumpe ust...belajar dengan ust lagi walau sudah selesai pengajian.Cara ust itu akan mengajar kalian ilmu yang tidak akan dapat dimana-mana kitab.Seperti kata Ct Nur Haliza:'Percayalah...'.

No comments: