Kullu sanah wa anta Ya Rasulullah atyab!
12 Rabi'ul Awal...
Engkau dimuliakan kerana Rasulullah,
Dikau dinantikan oleh Ummah kerana Rasulullah...
Muhasabah kembali....
Sempena hari kelahirannya ini,
Muhasabah semula hubungan kita dgn Penyejuk hati kita Rasulullah s.a.w,
Dimana kita letakkan Rasulullah itu di sabubari kita?
Berapa kali kita berselawat ke atasnya?
Apa yang telah kita lakukan untuk mengenali dan mencintainya?
Sungguh tidak adil...
Jika Rasulullah itu menangis kerana Ummahnya,
Tapi kita sering melupakannya,
Kita tidak pernah menangis kerana nya?
Kita dimuliakan sebab Rasulullah...
Kita didahulukan dalam setiap perkara disisi Allah kerana nya...
Tidak cukupkah Rasulullah buat kita?
Tahu tidak ??
Yang Rasulullah itu sangat rindu untuk bertemu kita semua?
Kita ini bagaimana??
Rindunya beliau terhadap kita,
Sehinggakan beliau mengatakan 'inni muntazirukum 'ala AlKhaud'
'Aku tunggu kamu semua di telaga khaud'...
Kalau kita merindui Rasulullah....
Rasulullah itu lebih2 lagi merindui kita...
Kasihnya beliau,
Melebihi kasihnya beliau dari ibu kita.
Allah...
Apa yang telah kita lakukan untuknya?
Apa khidmat yang kita telah lakukan buatnya?
Cuba bayangkan Rasulullah bersama-sama kita secara jasadi?
Mesti Beliau sedihkan dengan perihal kita?
Ya Rasulullah...
Kami cuai terhadap haq2 mu...
Maafkan kami...
Kami cuba sedaya upaya utk menjadi seorang yg menyejukkan hatimu...
Ya Allah,
Sampaikan segala suatu yg menggembirakan hatinya dari kami,
Jangan Engkau sampaikan padanya,
Segala sesuatu yang menyedihkan hatinya....
Sanah hilwah ya Rasulullah!
Sollu 'alaihi!
Allahumma solli 'alahi wa 'ala alihi....
No comments:
Post a Comment