Tuesday, February 05, 2008


(TODAY'S SPECIAL sempena meyambut kehadiran Habib ke tanahair)


~Rahsia Tarbiyah Habib Umar Ibn Hafidz~

Bismillah
Allhumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi...

Sebelum dimulakan,ingin panjatkan penuh kesyukuran kepadaNYA kerana memberi peluang pada hamba2NYA yang Dhoif ini merasakan cebisan tarbiyah habib.

Dari apa yang dapat kami rasai...

Pertama sekali,sebelum beliau sibukkan kami dengan amalan2 zahir,beliau tanamkan terdahulu benih2 cinta terhadap Rasulullah s.a.w ke setiap jiwa anak didiknya.Kalamnya itu takkan terlepas menyebut tentang Rasulullah s.a.w.Kalau akhir majlis ilmunya(rowhah),Doa yg dibacakan juga pasti ada kaitan antara hubungan kami dan Rasulullah s.a.w .Ini supaya,beliau hendak kami rasakan that we only belong to Allah n Rasulullah s.a.w.Tiada lain selain itu.

Bila sudah tumbuh benih2 cinta tersebut,Habib tidak perlu banyak kalam dalam menyuruh kami melakukan amalan sekian sekian.Cukup beliau katakan...'Rasulullah buat sekian sekian','Rasulullah tidak pernah tinggalkan perkara tersebut'...
Hanya dengan kekata-kata tersebut...dapat menggerakkan hati yang mendengar untuk mengamalkan apa yang ditunjukkan.Subhanallah!

Tarbiyahnya Rasulullah s.a.w terhadap para sahabatnya...

Bagaimanakah terungkap kekata ini dari mulut para sahabat?
'bi abi anta wa ummi '~Sayidina Abi Bakar As-Siddiq

'nafsi fida aka Ya Rasulallah'

'Ya Rasulallah,Engkau lebih ku cintai dari diriku sendiri'~maksud dari kalam Sayyidina Umar AlkHattab


Keluarnya kalimah2 Cinta ini,tidak lain kecuali setelah mereka mengenali dan bersama dengan Rasulullah s.a.w.Cuba lihat Sayyidina Umar...pada zaman jahiliyahnya,Beliau terkenal sbg seorang yang paling keras menentang Islam.Tetapi bagaimana Setelah beliau bersama Rasulullah s.a.w???Sekeras-keras hatinya dan nafsunya...bagaimana beliau tundukkan dan serahkan penuh buat Rasulullah s.a.w??Ini tiada lain kecuali sbb CINTA bukan???
ada kekata ini 'lau arafuhu lahabbuhu'(jika kamu mengenalinya,kamu pasti akan mencintainya)Sollu alaihi!

Dan begitulah Tarbiyahnya Rasulullah...Rasulullah tanamkan CINTA itu dihati para sahabatnya dgn akhlaqnya terdahulu tanpa perlu banyak berkata dan kesannya...para sahabatnya sangat berlumba-lumba untuk mengikuti setiap apa yang Rasulullah lakukan.Seperti kisah sayyidina Abdullah Ibn Umar AlkKhattab,beliau itu tidak jalan ke sebuah jalan itu kecuali jalan tersebut telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w.Allah...

Dan kita,sbg pendaie,Kita jangan sibukkan orang2 yang ingin kita seru itu dgn amalan2 zahir terdahulu.Malah,pupukkan kecintaan kepada Rasulullah di setiap hati yang kita temui.

Panduan buat Seorang yang bergelar IBU

Kalau sbg ibu,sejak kecil lagi,tarbiyah anak dgn cara sedemikian.Jangan memaksa anak melakukan sesuatu dengan mengancamnya,memarahinya atau memukulnya dan sbgnya.Ceritakan padanya dahulu kisah2 Rasulullah s.a.w,tunjukkan padanya betapa sayangnya Rasulullah kepadanya dan ummahnya.Bile rasa anak kita itu sudah ke tahap peringkat 'kenal Rasulullah',Baru mulakan MISI dalam memperlengkapkan anak dgn amalan2 zahir.Bile menyuruh sesuatu...kaitkan kalam kita itu dgn Rasulullah.Ia lebih mudah untuk bergerak dgn sendirinya tanpa perlu dipaksa.

Misalannya...'Rasulullah tak buat begitu tau'.Jangan terus kata...'nanti masuk neraka!'...'nanti Allah potong lidah tau'(hehe..lagi2 kaalu anak kecil itu cakap bohong).Rasulullah kan diutuskan sbg Rahmat buat sekalian alam???kenapa kita perlu takut2kan anak kita dengan ancaman2 sedemikian?Malah,tunjukkan pada anak kita tentang Rahmatnya Islam dgn kehadiran Rasulullah s.a.w(sollu 'alaihi!)

And it applies to ALL yang bergelar Pendaie.
Kalau dengan masyarakat,Jangan terus kata...'Itu haram!!'...'Perbuatan itu dilaknat Allah s.w.t!!'Malah dekati jiwa2 yg kita temui itu pada Rasulullah terdahulu...barulah sampai ke jalan NYA.Setiap ceramah atau apa2 yg diperbualkan,selitkan kalam itu dgn kisah Rasulullah.Sbb manusia itu secara tabiinya suka pada cerita.Dan tiada cerita yang paling hebat dan istimewa kecuali kisah2 Rasulullah s.a.w.

Dan begitulah Sunnatullah...Untuk sampai jalan ke Allah itu,perlu melalui RasulNYA.Itulah Adab yg diajarkanNYA melalui Rasulullah s.a.w yang telah disebutkan dalam surah Alkahfi antara Nabi Allah Musa dan sayidina khidhir Alaihimassalam.

WAllahu Wa Rasuluhu 'alam...


Habib..
Tarbiyahmu,
Mengingatkan kami pada Rasulullah,
Yang,
Senikmat-nikmat tarbiyah itu,
Adalah Tarbiyahnya Rasulullah..

Tarbiyahmu itu,
Membuatkan kami dapat merasai,
Bagaimana para sahabat itu,
Begitu mencintai Rasulullah...
Sehinggakan jika sehari tidak melihat,
Berlinangan air mata mereka,
Kerana mendambakan melihat wajahnya yang begitu bercahaya.


Habib,
Apabila engkau menyifatkan Rasulullah,
Hati yg mendengar ini,
Membuat kami tak sabar lagi,
Ingin bertemu dengan Rasulullah,
Sehinggakan hati ini berkata,
Ya Allah,
Cukuplah Engkau Kurniakan Rasulullah buat kami,


Habib,
Nasihat mu sentiasa terdengar di telinga ini,
Seolah-olah dikau itu disamping kami,
Yang Walau jauh beribu batu,
Dan Kini,
Ku fahami erti kekata mu ini,
‘Berapa ramai yang hadir tapi ghaib,
Dan berapa ramai yang ghaib tapi hadir’.



JazaAllahu 'anna khairal jazak murabbina AlHabib Umar Ibn Hafiz....

Ya Allah,
Temukan kami pada mereka yang menunjukkan ke JalanMU,
Yang tarbiyahnya menurut tarbiyah KekasihMU....

No comments: