...Tips Hidupkan malam(Ihya' Ulaill)...
Bismillah
Allhumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi
1)Apabila masuk waktu maghrib,niatkan dalam hati kita Qiyammullail atau Ihya' Lail iaitu selepas selesai solat margrib .
Kata Habib Husain @ LIVE Daras Bidayah AlHidayah:
'Para salafussoleh apabila mereka setelah solat marghrib,mereka meniatkan qiyammullail'.
2)Ikatkan diri kita agar tidak bercakap antara margrib dan Isyak kecuali setelah melakukan 6 rakaat *solat awwabin.
*Solat2 sunnah yg dibuat antara maghrib dan isyak dinamakan sbg solat awwabin.
Boleh jgk kita melakukan solat istikharah pada waktu ini agar apa2 yg kita bakal lakukan pada malam hari atas pilihan Allah.Dan bukankah pilihan Allah itu yg terbaik??
Kata Imam AlMunzir dalam kitab At-Targrib wa At-Tarhib:
Dari Makhul R.A bahawa Rasulullah s.a.w sampaikan padanya dengan berkata:'siapa yang bersolat 2 rakaat selepas solat Margrib(fardu) sebelum berkata-kata ,Dalam riwayat lain:4 rakaat,diangkatkan solatnya di illiyyin'.
Dari Abi Hurairah berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:'Siapa solat 6 rakaat selepas Margrib(fardu),tidak berkata diantara dgn sesuatu yg tidak baik,baginya sama seperti ibadah 12 tahun '.~Riwayat At-Tirmizi.
Faedah:
Para salafussoleh itu berebut-rebut dalam menyibukkan diri mereka dgn ibadah dan ketepikan segala urusan dunia pada waktu itu,.
Di Dar Mustafa(DM)/Dar-Zahra Tarim Hadramaut:
Begitulah habib aturkan masa buat kami.Selepas solat margrib itu,setelah diberikan masa utk melakukan solat sunnah,kemudian masing2 ke halaqah AlQuran masing2 utk pembacaan AlQuran buat setengah jam,setelah itu,membaca wirid hinggalah masuk waktu isyak.
Teringatkan kata2 Habib Munzir @ DM 13 Syawal 1428H
(The first 10 Anak didik habib yg Habib pegang):
'Di Dar Mustafa/Dar Az-Zahra',Sayyidi AlHabib Umar telah mentarbiyah kita dgn segala peraturan yg dicintai oleh Rasulullah s.a.w.Tiada peraturan yg disusunnya kecuali suatu yg dicintai Rasulullah s.a.w'.Krn itu,kita ketahui bahawa Murabbina seorang pencinta Rasulullah s.a.w'.
Subhanallah...Kalau diamati betul2,jadual harian yg diaturkan oleh Habib,kita akan dapati masa2 yg patut direbuti yg sepertimana Rasulullah s.a.w jaga waktu2 tersebut seperti selepas fajar hingga terbitnya matahari,sebelum margrib,waktu antara margrib dan isyak etc,Habib sudah isikan masa2 kami tersebut dgn aktiviti2 ibadah.samada dgn halaqah Quran,bacaan wirid dan rowhah(majlis ilmu).Kalau kita betul2 iltizam dgn peraturan tersebut,insya Allah kita akan terbawa-bawa dgn peraturan masa yg habib tetapkan walau kita tidak berada di Dar.
3)Setelah selesai menunaikan solat2 sunnah,isikan masa tersebut dgn ibadah khususan Bacaan AlQuran,wirid dan sbgnya agar tiada ruang utk berbual.
4)Khaskan masa kita pada waktu itu bermunajat padaNYA.Ketepikan segala urusan dunia dan hubungan dgn manusia.(Masa margrib kan pendek.Cuba menahan mulut kita agar tak bercakap.Sekejap je...try k?)
Kata Habib Umar Ibn Hafiz @ Summer Intensive Course July 07:
'Sayyidina Abu bakar meletakkan batu di mulutnya agar beliau tidak bercakap kecuali yg penting atau yg baik.kalau sayyidina Abu bakar yg sebegitu berbuat sedemikian,kita selebih-lebihnya perlu berbuat demikian'.
Allah...Hakaza tarbiyah ashabun Nabiyy!Sollu 'alaihi!
Kalau kita berjaya utk berbuat demikian(iaitu menahan diri dari bercakap-cakap antara magrib dan isyak) dalam 40 hari berturut-turut,Insya Allah ia menjadi suatu kebiasaan seharian kita dan kita akan hanya bercakap pada yg perlu di waktu2 lain.Jauh dari fudul alkalam(cakap yg berlebihan).
3)Sebelum tido,Hendaklah menjaga adab2 tido agar tidur kita dikirekan sbg ibadah bukan tidur ghaflah(leka) dan supaya mudah untuk bangun Qiyammullail.
Kata Habib Umar:
'Man hafaza 'ala adabin Naum,soro naumuhu yaqazoh'.
(Siapa yg menjaga adab2 tidur,jadilah tidurnya itu tidur dalam keadaan yang sedar).
~Sambungan....'Tips untuk Bangun malam'..Bimasyi atillah!
Ya Allah,
Berkati waktu yang Engkau peruntukkan buat kami,
Agar waktu kami itu tidak dalam keadaan yang lalai...
No comments:
Post a Comment