Thursday, January 17, 2008


Bismillah
Allhumma sollu ‘ala sayidina Muhammad wa 'ala alihi..

~Daras Habib @ Dawrah Soifiyah July 07~

1)Setiap kali bangun tahajud,baca 10 ayat terakhir dari Surah Al-Imran



Habib Umar Ibn Hafidz kata:

"Cukuplah aku katakan yg Rasulullah itu buat perkara tersebut setiap kali beliau bangun dari tidurnya

Cukuplah aku katakan yg Rasulullah itu buat perkara tersebut setiap kali beliau bangun dari tidurnya

Cukuplah aku katakan yg Rasulullah itu buat perkara tersebut setiap kali beliau bangun dari tidurnya

(*Habib Ulang 3 kali)

Kalau ia tidak mencukupi juga,
maka,
Ketahuilah bahawa didalam hati itu ada penyakit."



Subhanallah…bila habib ulang perkara tersebut sampai 3 kali,terasa apa yg disampaikan itu,suatu perkara yang amat penting buat para pencinta Rasulullah s.a.w khususan buat yg bergelar tolibul 'ilm.Dari kalamnya saja,kekadang itu membuatkan kita ingin bangun malam hanya sekadar nak amalkan apa yang telah beliau ajarkan itu.Subhanallah!Esh minat Tarbiyah ya Habib??

Kalau Rasulullah s.a.w bangun dari tido pula,beliau akan menyapu mukanya dgn tangannya dan kemudian membaca 10 ayat terakhir dari surah Al-Imran.(Boleh rujuk kitab Al-Muwatto' Imam Malik Ibn Anas)Dan kita pun buatlah begitu,niatkan ingin ikut cara Rasulullah dan sbb cintakan beliau.Insya Allah,atas niat kita itu,kita akan dapati buahan dari kecintaan tersebut yang Walaupun cinta kita itu hanya sekadarnya.Cinta itu perlu dibajai bukan?Jadi,bajainya dengan mengikut setiap sunnahnya dengan niat yg besar.
So,Bila kita bangun dari tido,sapu muka dgn tangan kita dan baca ayat tersebut.Do what exactly Rasulullah buat.

Tips:
Cuba baca ayat tersebut dgn hafalan.Ia mudah utk diamalkan berbanding jika kita bergantung pd sesuatu utk membacanya seperti Quran atau tulisan.selalunya kita akan lupa utk membuatnya,kecuali bile kita bangun itu,yang pertama kita lihat adalah tulisan ayat2 tersebut(itu kalau susah nak hafaz).Jadi,tampalkan tulisan ayat2 tersebut di tempat yg 1st dilihat bile bgn tido(ni dah discount ni!).

Kata Hikmah:

Kadar ikutan kita berdasarkan kadar mahabbahnya kita pada Rasulullah
Dan kadar mahabbahnya kita pada Rasulullah pula berdasarkan kadar ma'rifatnya kita tentang Rasulullah s.a.w.


Ya Allah,Moga2 apa yang kami buat ini,Engkau kurniakan kami sohbah bersamanya nanti...


*Insya Allah next post...'Rahsia tarbiyah Habib' yang Insya Allah kita sama2 boleh praktikkan sbg pendaie.Stay Tuned!

No comments: