Monday, December 31, 2007

Majlis Habib Umar @ rumah As-Sadah Al As-Saqqaf


Sempenah rehlah Hajnya 27/11/1428H







كلمة الحبيب عمر بن حفيظ




Ya Allah,kurniakan kami adab bersama sheikh murabbi kami zahir dan batin...

Thursday, December 27, 2007

..Majlis Habib Umar @ rumah As-Sadah Al Al-'Idrus ...

Sempena rehlah Hajnya 26/11/07






كلمة الحبيب عمر بن حفيظ



















SMS dari teman ana di Dar AzZahra' @ 2.30 pm (Mesr):
'Habib dah sampai Tarim...ni tengah dgr rawhah habib.nanti lepas rawhah ni,habib datang Dar AzZahra' beri daras.Muharram habib safar ke Indon'.

Bestnya habib dah sampai...Bile habib nak datang mesr pula???Yang sedang menanti...

Monday, December 24, 2007

Mari belajar bahasa Rasulullah s.a.w!!!




Bile belajar bahasa Rasulullah s.a.w,banyakkan niat.
Niatkan untuk:-
1)Memahami AlQuran dan AlSunnah
2)Kenali Rasulullah s.a.w lebih mendalam lagi.tak kenal maka tak cinta!
3)Gembirakan hati Rasulullah s.a.w

Dan banyak lagi yang ana tak tersebut disini,ikut creativiti masing2..

Seriously...kita kalau betul2 nak kenal Rasulullah is melalui bahasanya.Sbb,kalau kita baca kitab2 atau syarahan yg diterjemahkan atau bahasa yg selain dari bahasa Rasulullah s.a.w tentang diri Rasulullah s.a.w,kita tak merasai perasaan yg dilalui oleh orang yg membaca sirahnya atau mendengar dalam bahasa Rasulullah s.a.w.How the words describe Rasulullah begitu indah.Sampai ke tahap(kalau betul2 dah memahami):Ya Allah...nak jumpa Rasulullah s.a.w...bertuahnya mereka yang dapat melihatnya...

Jika dalam process pembelajaran itu melalui kesulitan,maka ingatkan diri...
Rasulullah gembira sangat jika ummahnya belajar bahasanya demi untuk mengenalinya,mencintainya, menggembirakan hatinya.Siapa lagi yang lebih2 layak utk kita menggembirakan hatinya kalau bukan Rasulullah s.a.w???

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:'seseorang itu bersama dengan orang yg beliau cintai'

Jadi,kalau nak rasa begitu,belajarlah bahasa arab selain memperbanyakkan selawat ke atasnya.Sollu 'alaihi!Allahumma solli 'alaihi...

Ya Allah tempatkan kami bersama-sama dengannya di akhirat nanti...

Wednesday, December 19, 2007

...Hari Raya Special!!...

Anjing jawab seruan Azan???



Subhanallah...
Anjing yang tidak diberikan akal menyambut seruan azan tika dikumandangkan...
Kita bagaimana???
Semoga kita yang berakal ini,menjadi hamba yg semakin hadir hatinya ketika azan berkumandang.Amin.



Ya Allah,kurniakan kami husnu istima' Al-Azan....

Wednesday, December 12, 2007

~Persiapan menuju 10 hari terakhir 10 ZulHijjah(Raya Haji)~

Bismillah..
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Alihi...

1)Hadirkan niat dalam Talbiah dgn niat melaksanakan perintah.

2)Mengkhatamkan AlQuran

Kisah sayidina Abu Hassan R.A:
Beliau ini sibuk dirinya dgn menbaca wirid2 sehinggakan meninggalkan pembacaan AlQuran.Kemudian pada suatu hari beliau bermimpi Rasulullah s.a.w datang kepadanya dan berkata:Engkau sibuk dgn wirid sehingga engkau lupakan AlQuran???Maka sejak dari mimpi itu,tidak beliau tido kecuali telah membaca 5 juzuk.

3)Mendirikan Qiyamullail.Hendaklah pilih waktu yg sesuai dimana waktu itu kita lebih khusyuk dan hadirnya hati kita.

Faedah:
Orang salafussoleh terdahulu,Setelah mereka solat margrib,mereka mula hadirkan niat untuk qiyamullail di malam hari.

4)Bangun sebelum Fajar

Kata Ulama:

Siapa yang membiasakan diri untuk bangun sebelum fajar dalam tempoh 10 malam terakhir 10 ZulHijjah,Diberikan Allah taufiq baginya utk berqiyammullail pada hari2 lain.

Jika Ramadhan,
bulan penggandaan pahala dan kebaikan...
10 terakhir 10 Zulhijjah pula,
Terzahirlah kesan2 ibadah yg dilakukan...

5)Tidak berbuat maksiat kepada Allah paling kurang zahir dan batin.

Siapa yang ingin membersihkan hatinya,menaikkan darjatnya,maka dalam bulan inilah,disediakan pertolongan(madad),pandangan(nazor) dari Allah S.W.T lebih
berbanding dengan bulan2 yg lain.

6)Puasa.
Puasa Terbahagi kepada 2:Puasa Zahir dan Batin.
Puasa Zahir iaitu kita meninggalkan makan dan minum.Puasa batin pula,Meninggalkan maksiat zahir dan batin termasuk juga didalamnya meninggalkan fudul(berlebihan) dalam kalam dan segala macam.

Sepertimana kamu makan kerana Allah,maka meninggalkannya kerana Allah walau perkara2 yang diharuskan(mubahats).

Kata seorang solihin:
Berbuat sesuatu kerana Allah itu Azim(besar),tapi lebih azim lagi;meninggalkan sesuatu itu kerana Allah.

Kalau berpuasa,niatkan puasa dari segala selain Allah,puasa dari segala yg diharamkan.dan Apabila Puasa Arafah pula,niatkan ta'aruf ma'a Allah dan mendekatkan diri kepadaNYA.(kesimpulannya:Banyakkan Niat)

7)Banyakkan zikir.
Dan sebaik2 Zikir ialah kalimah Tauhid(la ila illa Allah).Surah Al-Ikhlas 1000 kali dan (la ila illa Allah wahdahu la syarikalah lahul mulku walahu hamdu wahuwa 'ala kulli syain Qadir) 1000 kali.

8)Banyakkan berdoa dan istighfar di waktu sahar(mlm hari).

Tanda sidiq seorang hamba itu ialah dengan banyaknya berdoa.

Waktu2 yg terbaik yang patut direbuti:
1-Di malam hari(waktu tahajud)
2-Selepas Fajar
3-Selepas masuk waktu Zuhur
4-Sebelum masuk waktu margrib


9)Sedekah.
Sedekah ade pelbagai cara.Sedekah boleh dgn harta,pakaian yang tak digunakan,makanan,kalam yang baik sehinggakan beri senyuman keatas wajah saudaramu kerana Allah dikirekan sebagai sedekah.

Jika kamu ingin bersedekah,tapi kamu tidak perolehi orang2 fakir,maka Sidiq dengan Allah dalam niat kamu untuk keluarkan Sedekah sehingga dihantarkan kepadamu orang fakir.

Ade 1 kisah ini,seorang lelaki,beliau ingin sangat beri sedekah dgn sejumlah harta yg beliau milikinya ditangan.dicari-cari orang fakir,tidak perolehi.Kemudian,beliau berdoa agar ditemukan orang yg memerlukan utk dia memberi.Tidak lama dari itu,diketuk pintu rumahnya seorang tua meminta daripadanya.Dan beliau pun berikan sejumlah wang yg ada di tangannya.....
Dan berkemungkinan yg datang itu adalah malaikat,kata habib Husain.

Kata Habib Husain As-Saqqaf dalam salah satu darasnya:

'Jika datang kepadamu seorang fakir meminta sedekah,maka berikan.jangan menolak kerana kita tidak tahu kemungkinan yg meminta kita itu adalah malaikat yang berupa manusia,dihantarkannya Allah kepada kita sbg ujian.Dan takut2 apabila di hari akhirat kelak,apabila kita sangat perlukan pertolongan dari Allah,Allah menolak permintaan kita krn suatu ketika dulu apabila salah seorang hambanya datang kepada kita,kita menolak permintaannya.'

Dan sebaik-baik sedekah adalah sedekah yg dirahsiakan.Diantaranya,doa kita kepada semua umat Islam dan meminta ampun(istighfar) utk mereka sehingga istighfar buat orang yg sedang lakukan maksiat ketika itu.
Faedahnya:Kadar pengampunan Allah kepada kita nanti berdasarkan kadar bilangan orang muslimin yg ada,yang kita memintakan ampun buat mereka.Allah...


*Dinukil dari kalam habib @ Daras LIVE Bidayah AlHidayah Isnin 10/12/07.Pada hari itu,tidak dibaca kitab Bidayah AlHidayah tapi habib kasi panduan2 yg berikut ini sempena 10 hari terakhir 10 zulhijjah.Kelas akan dimulakan semula selepas hari raya.So..stay tuned!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~Akhir sekali ingin meminta maaf atas kedoifan bahasa,jika ada kalimah2 yg kurang difahami.kalau ade kalimah2 bahasa arab tu,maknanya ana tak berapa reti nak translatekan krn maknanya hanya difahami dgn bahasanya.Kalau ditranslatekan pun,tidak memberi makna yg tepat.Jadi,kalau ade apa2 yg kurang difahami,perlu utk bertanya...tafaddol mashkurah!

Friday, December 07, 2007

..Daras @ Emirates Secara LIVE!...




Kitab: Bidayah AlHidayah (Karangan Imam Ghazali R.A.)

Bab:Adab Mu'asyarah ma'a al-khaliq wa Al-Khalaq (Adab hubungan dgn Allah dan Manusia)

Hari: Setiap Isnin

Masa:

-6.30 pm(Selepas Isyak time mesr)--->bagi mereka yang berada di Mesr

-12.30 a.m (pagi selasa S'pore)

Tempat: Di lelaman Web yg berikut ini-->clik disini!

*Jadi,bagi mrk yg berada diluar emirates,tak perlulah tempah tiket flight utk hadir majlis ilmunya...cume klik2 saja di internet ni.Subnallah!moga2 semakin canggih teknologi semakin rajin hadir majlis ilmu...



Pembimbing: AlHabib Husain AlSaqaf
(profile Habib)



Komen :

Cukup terkesan dengan kalamnya Habib.walau kalamnya biasa...tapi entahlah,dapat rasakan ia sampaikan ilmu itu dari hati ke hati .beliau sebut 'Allah' saja,sudah terasa suatu getaran di hati...Majlis2 ilmu seperti ini jarang kita dapati di tempat2 kita.Kita selalu kan disibukkan ilmu2 zahir tapi kurang ambil perhatian akan hakikat ilmu itu sendiri...sedangkan yang itulah yg memberi manfaat pada kita.Dan lebih istimewa lagi,kita dapat tanya soalan dgn habib secara live melalui msg.Haiz...rugilah siapa yg tak dengar...oleh itu,dengar k?

Ya Allah..kurniakan kami majlis2 ilmu yang menambahkan khosyah kami kepadaMU dan kehadiran hati kami tika bersama MU...