~Persiapan menuju 10 hari terakhir 10 ZulHijjah(Raya Haji)~
Bismillah..
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala Alihi...
1)Hadirkan niat dalam Talbiah dgn niat melaksanakan perintah.
2)Mengkhatamkan AlQuran
Kisah sayidina Abu Hassan R.A:
Beliau ini sibuk dirinya dgn menbaca wirid2 sehinggakan meninggalkan pembacaan AlQuran.Kemudian pada suatu hari beliau bermimpi Rasulullah s.a.w datang kepadanya dan berkata:Engkau sibuk dgn wirid sehingga engkau lupakan AlQuran???Maka sejak dari mimpi itu,tidak beliau tido kecuali telah membaca 5 juzuk.
3)Mendirikan Qiyamullail.Hendaklah pilih waktu yg sesuai dimana waktu itu kita lebih khusyuk dan hadirnya hati kita.
Faedah:
Orang salafussoleh terdahulu,Setelah mereka solat margrib,mereka mula hadirkan niat untuk qiyamullail di malam hari.
4)Bangun sebelum Fajar
Kata Ulama:
Siapa yang membiasakan diri untuk bangun sebelum fajar dalam tempoh 10 malam terakhir 10 ZulHijjah,Diberikan Allah taufiq baginya utk berqiyammullail pada hari2 lain.
Jika Ramadhan,
bulan penggandaan pahala dan kebaikan...
10 terakhir 10 Zulhijjah pula,
Terzahirlah kesan2 ibadah yg dilakukan...
5)Tidak berbuat maksiat kepada Allah paling kurang zahir dan batin.
Siapa yang ingin membersihkan hatinya,menaikkan darjatnya,maka dalam bulan inilah,disediakan pertolongan(madad),pandangan(nazor) dari Allah S.W.T lebih
berbanding dengan bulan2 yg lain.
6)Puasa.
Puasa Terbahagi kepada 2:Puasa Zahir dan Batin.
Puasa Zahir iaitu kita meninggalkan makan dan minum.Puasa batin pula,Meninggalkan maksiat zahir dan batin termasuk juga didalamnya meninggalkan fudul(berlebihan) dalam kalam dan segala macam.
Sepertimana kamu makan kerana Allah,maka meninggalkannya kerana Allah walau perkara2 yang diharuskan(mubahats).
Kata seorang solihin:
Berbuat sesuatu kerana Allah itu Azim(besar),tapi lebih azim lagi;meninggalkan sesuatu itu kerana Allah.
Kalau berpuasa,niatkan puasa dari segala selain Allah,puasa dari segala yg diharamkan.dan Apabila Puasa Arafah pula,niatkan ta'aruf ma'a Allah dan mendekatkan diri kepadaNYA.(kesimpulannya:Banyakkan Niat)
7)Banyakkan zikir.
Dan sebaik2 Zikir ialah kalimah Tauhid(la ila illa Allah).Surah Al-Ikhlas 1000 kali dan (la ila illa Allah wahdahu la syarikalah lahul mulku walahu hamdu wahuwa 'ala kulli syain Qadir) 1000 kali.
8)Banyakkan berdoa dan istighfar di waktu sahar(mlm hari).
Tanda sidiq seorang hamba itu ialah dengan banyaknya berdoa.
Waktu2 yg terbaik yang patut direbuti:
1-Di malam hari(waktu tahajud)
2-Selepas Fajar
3-Selepas masuk waktu Zuhur
4-Sebelum masuk waktu margrib
9)Sedekah.
Sedekah ade pelbagai cara.Sedekah boleh dgn harta,pakaian yang tak digunakan,makanan,kalam yang baik sehinggakan beri senyuman keatas wajah saudaramu kerana Allah dikirekan sebagai sedekah.
Jika kamu ingin bersedekah,tapi kamu tidak perolehi orang2 fakir,maka Sidiq dengan Allah dalam niat kamu untuk keluarkan Sedekah sehingga dihantarkan kepadamu orang fakir.
Ade 1 kisah ini,seorang lelaki,beliau ingin sangat beri sedekah dgn sejumlah harta yg beliau milikinya ditangan.dicari-cari orang fakir,tidak perolehi.Kemudian,beliau berdoa agar ditemukan orang yg memerlukan utk dia memberi.Tidak lama dari itu,diketuk pintu rumahnya seorang tua meminta daripadanya.Dan beliau pun berikan sejumlah wang yg ada di tangannya.....
Dan berkemungkinan yg datang itu adalah malaikat,kata habib Husain.
Kata Habib Husain As-Saqqaf dalam salah satu darasnya:
'Jika datang kepadamu seorang fakir meminta sedekah,maka berikan.jangan menolak kerana kita tidak tahu kemungkinan yg meminta kita itu adalah malaikat yang berupa manusia,dihantarkannya Allah kepada kita sbg ujian.Dan takut2 apabila di hari akhirat kelak,apabila kita sangat perlukan pertolongan dari Allah,Allah menolak permintaan kita krn suatu ketika dulu apabila salah seorang hambanya datang kepada kita,kita menolak permintaannya.'
Dan sebaik-baik sedekah adalah sedekah yg dirahsiakan.Diantaranya,doa kita kepada semua umat Islam dan meminta ampun(istighfar) utk mereka sehingga istighfar buat orang yg sedang lakukan maksiat ketika itu.
Faedahnya:Kadar pengampunan Allah kepada kita nanti berdasarkan kadar bilangan orang muslimin yg ada,yang kita memintakan ampun buat mereka.Allah...
*Dinukil dari kalam habib @ Daras LIVE Bidayah AlHidayah Isnin 10/12/07.Pada hari itu,tidak dibaca kitab Bidayah AlHidayah tapi habib kasi panduan2 yg berikut ini sempena 10 hari terakhir 10 zulhijjah.Kelas akan dimulakan semula selepas hari raya.So..stay tuned!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Akhir sekali ingin meminta maaf atas kedoifan bahasa,jika ada kalimah2 yg kurang difahami.kalau ade kalimah2 bahasa arab tu,maknanya ana tak berapa reti nak translatekan krn maknanya hanya difahami dgn bahasanya.Kalau ditranslatekan pun,tidak memberi makna yg tepat.Jadi,kalau ade apa2 yg kurang difahami,perlu utk bertanya...tafaddol mashkurah!
No comments:
Post a Comment