Friday, November 09, 2007


...Mengamalkan ilmu...

Kata Habib Umar:


'Hakikat Ilmu dan cahaya ilmu itu datang pada seseorang itu ialah(apabila disertai)dengan amal.Ilmu itu sama ada ia kekal atau pergi dari tuannya.Apabila cahaya dan rahsia ilmu tersebut pergi dari tuannya,maka yang tinggal adalah lafaznya(iaitu kalimah2) dan gambaran dari ilmu tersebut.Sehinggakan iblis juga ada 2 perkara tersebut.Mereka(iblis) tahu ikhtilaf2 para ulama dan perbezaan mazhab dan selainya,mereka tahu bagaimana hendak menggunakan dalil2.Itu semua iblis telah mengetahui.Jadi apa manfaatnya?Tiada manfaatnya jika kita sama dengan mereka.TAPI...Apabila ilmu itu disertai dengan amal...masuklah cahaya dan rahsia ilmu tersebut dalam hati si pembawa ilmu.'



Subhanallah...Habib itu kalau sampaikan sesuatu ilmu,rasa semangat nak amalkan ilmu.Habib sentiasa mengingatkan kita akan hakikat ilmu itu.Sebenarnya tiada apalah yang kita ingin berpuas hati atau bergembira dengan banyaknya ilmu riwayat yg ada pada kita,dengan banyak kitab yg kita baca,dengan banyaknya syuyukh yg kita talaqi ilmu darinya.Hakikat kepuasan itu ialah apabila kita mengamalkan ilmu tersebut walau suatu perkara yang kecil tapi ia suatu yg besar disisi Allah dan ia memberi kesan yg teramat buat pengamalnya.Dan apabila cahaya ilmu telah memasuki si pembawa ilmu tersebut,maka sedikit demi sedikit ia memperbaiki keadaan/perihal si pengamal itu.Percayalah...


Kata Habib juga:
"Tanda menunjukkan seseorang itu mempunyai niat yg rosak dalam menuntut ilmu ialah Dalam kesibukannya menuntut ilmu,dia merasa berat melakukan keta'atan,ibadah2,zikir2(wirid),baca AlQuran dan sebagainya".

Ana suka sekali Kata2 Habib ni...ia benar2 menginsafkan dan membuat diri kita muhasabah kembali atas niat2 kita selama ini...
Apabila rase malas atau mengambil sambil lewa terhadap ibadah2 sunnah,kalam habib ini memberikan ana satu semangat utk mujahadah terhadap sikap kita yg malas atau sambil lewa kerana takut kita tergolong diantara mereka yg niatnya rosak dlm menuntut ilmu.


Muhasabah...

Kita selalu tertipukan dengan helah diri sendiri??Syaitan bijak menghiasi kita amal yg baik iaitu sibuk menuntut ilmu,dalam masa yg sama merosakkan amal yang lain iaitu kita meremehkan amalan ibadah sunnah2 yang lain .Alasan yg diberikan pada kita,'kita banyak attend classes'.Kekadang itu sibuk sangat sampai kita tinggalkan Pembacaan AlQuran kita dalam sehari tu ataupun ibadah2 sunnah yg lain.Apa jenis ilmu ini yg kita cari???Ia Bukan mendekatkan kita dengan AlQuran malah menjauhkannya.Bukan Mendekatkan kita kepadaNYA malah menjauhkan diri dariNYA.Itu ke ilmu yg kita mahu???

Dan hati2 dengan AlQuran...jangan sesekali kita meremehkannya...dengan kata 'takpelah baca esok je dah penat,ngantuk' sbb...sekali kita mengambil langkah menjauhkan diri daripadanya...dia akan lebih lagi menjauhkan dirinya daripada kita dalam keadaan tanpa kita sedari.Wajibkan diri setiap hari kita,kita ada bahagian bersama AlQuran.


Sedangkan Tolibul 'ilm itu (Penuntut ilmu yg hakiki)...tidak meremehkan ibadah2 sunnah,ibadah2 sunnah baginya seperti wajib dan yang makruh pula,beliau tinggalkan sepertimana beliau meninggalkan yg haram.~Isterinya Habib Umar



Ya Allah kurniakan kami ilmu yg hakiki...
Ilmu yang menambahkan ketakutan kepadaMU...
Ilmu yang semakin kami pelajari...
Semakin rasa kedhoifan diri...
Semakin rasa kejahilan diri...
Kami tidak mahu ilmu yang menambahkan kesombongan...
Beri kami taufiq untuk mengamalkan segala ilmu yang telah diajarkan pada kami...



*Post akan datang..'Tips bagi cara2 untuk mengamalkan ilmu'(insya Allah)...so stay tuned!

No comments: