Tuesday, April 10, 2007

Rabi'ul Awal special's


Bismillah
Allhumma solli 'Ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi...


Firman Allah yg bermaksud:

'Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.'[8:33]

Dalam ayat ini,Allah telah menunjukkan kasihNYA yg teramat buat Rasulullah s.a.w yang sehinggakan DIA tidak menurunkan azab buat orang musyrikin kerana wujudnya Rasulullah s.a.w disisi mereka.

so,how we can relate that ayat with us??

selalukan orang tanya kita kan'camna nak hafal Quran?'

Ade 2 things yg sepatutnya org yg menghafaz Quran itu tidak patut tinggalkan:

1)Selawat keatas Rasulullah s.a.w

Cuba lihat ayat diatas.Allah takkan mengazab sesebuah kaum selagi mana Rasulullah s.a.w berada disisi mereka.So,kita,yg menghafaz kalamNya,Hafaz kan dihati?
seharusnya kita sentiasa hadirkan dalam hati kita Rasulullah s.a.w .
Bagaimana?
tidak lain kecuali dgn berselawat ke atasnya..

kerana apa??

Allah kan tak mengazab hati selagi mana orang itu bersama dgn Rasulullah s.a.w??Walau kita terpisah dgn Rasulullah s.a.w secara jasad,tapi hati tidak bukan?? bila kita berselawat keatasnya.orang kata tu'jauh dimata,dekat di hati'.this qoute selalu kita tujukan utk org yg kita sayangi.

Kalau org yg sedang berkasih pulak,selalu berkata kepada kekasih 'walauapapun terjadi,kau tetap dihatiku'.Kalau manusia yg tak pasti lagi cintanya berkekalan buat kita,kita ucapkan begitu,kenapa tidak Rasulullah kita hadirkan Baginda dihati kita??Dan bukankah Rasulullah s.a.w lebih layak for that Qoutes??

Melalui pengalaman ana lah dan apa yg ana rase,kita selalu pisahkan AlQuran dgn Pembawa AlQuran itu iaitu Rasulullah s.a.w.kita lupa...kerana Rasulullah s.a.w lah,AlQuran itu sampai pada kita.Siapalah kita dipandangan Allah kalau tak kerana Rasulullah.Kita,sbg ummatnya,dimuliakan krn Rasulullah...bukan krn amalan kita.

Jadi,hendaklah kita yg menghafaz AlQuran ni,memperbaiki hubungan kita dgn Allah(krn AlQuran itu milikNYA) dan Rasulullah s.a.w(krn dia sbg wasilah AlQuran itu sampai pada kita).Memperbanyakkanlah selawat keatasnya.Jadikan ia sbg wirid harian antunna.mula2...10..then upgrade..100...then bile dah rase halawah..upgrade lagi sampai 1000 dan hingga ke akhirnya.Insya Allah...ia banyak memudahkan hafalan.



2)Istighfar



kenapa?

-Berdasar ayat itu,Allah tak mengazab seseorang selagi ia beristighfar.kalau hati kita selalu sibuk dgn beristighfar,adakah Allah mengazab hati kita iaitu dgn menyulitkan kita untuk menghafaz???

-Kita beristighfar krn kita selalu lakukan maksiat.kalau tak maksiat zahir pun,mesti berlakunya maksiat batin.Oleh itu,memperbanyakkanlah istighfar.
Firman Allah yg bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari setan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya[7:201]

~Ingin ditekankan!
kita mudah menghafaz bukan kerana amalan kita...tapi kerana KelebihanNYA utk menguji kita samada kita syukuri atau kufuri.
Firman Allah bermaksud:'Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya,iapun berkata:"Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari akan nikmat-Nya).[27:40]

Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah...Sollu 'alaihi!

~Allahummaj 'al Qulubana 'amiratan bihubbi nabbiyika...Amin!


*dipetik dari blog ahlulquranpts

No comments: