Saturday, April 28, 2007

Ya Rasulullah Engkau begitu Istimewa disisi Allah

*Ceramah yg diberikan oleh Al Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki,Seorang Alim AlHaramain As-Asyarifain.

Tuesday, April 24, 2007


Selamat berangkat wahai temanku...

Isnin,Jam 6 pg(cairo)...

ana terima balasan sms teman ana dari DaruzZahra(DZ) Tarim,Yaman:

'flightku besok selepas subuh Insya Allah.Allah yg mengetahui apa yg ku rasa..tak mampu nak ckp camna.Doakan aku byk2 supaya kuat jumpa spore.tak dapat bayangkan hidup nanti,kkdg rase mati lagi baik dari safar(berangkat ke tanahair)tp fikir alik..utk da'wah..yg penting niatkan?Doakan ku...'

haiz..dia yg balik,ana kat sini terasa tersgt-sgt.dah dapat bayangkan apa skrg dia buat utk siap2 sok utk berangkat.Betul2 mengingatkan kembali,saat2 keberangkatan ana dulu.Dapat merasai perasaannye yg tak terkata 2..krn ana pun telah melaluinya...setiap yg pulang,pasti merasai suatu perasaan yg sama.

Teman...
Betulkan??
kita merasai seolah-olah kita ni di syurga...
Seakan kita hendak dicampakkan kembali ke dunia...
Kita takut untuk pulang ke tanahair...
Takut...
Kerana kita akan kembali kepada kehidupan Dunia kita yg penuh dgn kelalaian...
Dunia yg penuh dgn kemaksiatan...
Tapi ingatlah...
Apa kata Habib Umar...
Orang yg jasadnya tiada di Tarim tapi hatinya sentiasa hadir disini lebih baik dari orang yg jasadnya wujud disini,tapi hatinya sebenarnya tiada di tempat itu...
Habib kata...
Kita perlu pulang untuk Da'wah...
Kita ada tanggungjawab kita yg perlu dilaksanakan...

Selasa,jam 4 30 pg(cairo)...


Balasan sms ana:

'wallahi hanya Allah maha mengetahui perasaan perindu Tarim,betapa berderai melangkah meninggalkannya..Doakan ku jgk,lagi 2 hari akan tempuh spore,tak tahu camna...'

Teman,
Bila sampai ke tanahair nanti..
Banyak yg perlu kita mujahadahkan...
Paling payah...
Untuk kita Istiqamahkan segala apa yg telah kita lakukan di Daruz Zahra'...
Kita perlu hidupkan suasana itu sendiri...
Kita keseorangan...

Kenikmatan melakukan ibadah secara berjemaah...
Bergantung kepada kita utk mengekalkannya...

Yang Pasti..
kau akan kehilangan...
suasana ibadah disana....
Suara2 wiridan bersama banat...
tiada lagi kedengaran...
Suara2 yg berselawat...


kau akan jarang melihat....
orang2 yg mengejar takbiratul pertama bersama Imam...
Siwak2 disamping mereka..
Jari2 yg menggerakkan tasbih...
Sunnah2 Rasulullah dipraktikkan...
cara Rasulullah duduk tika makan...
cara Rasulullah baring...


kau akan merindui...
kilmah2 tentang Rasulullah Setiap khamis...
Berselawat beramai-ramai pada setiap Jumaat...
Bacaan Burda yang berkumandang di radio setiap isnin..
Niat bersama Sebelum mula kelas...
Kita membuat iqrar bersama...
Yang setiap apa yang kita pelajari...
Hanya untukNYA...


Yang pasti juga..
kau akan rindu suara habib...
Nasihat2nya terhadap anak2 didiknya...
Tiada siapa yang akan mengingatkkan sepertimana yg habib lakukan...
Kau akan merindui seorang murabbi...
Yang segala kalamnya dikaitkan dgn Rasulullah s.a.w...


...sambung?

Friday, April 20, 2007


'Halimah jangan sedih..di mesir juga barakah,lebih banyak para auliya' dan syuyukh2..'
~Kata seorang kakak Indon yg sedang memujuk adiknya yg menangis teresak-esak di pangkuannya.
Itulah kata2 semangat yg diberikan kepada ana sewaktu hampirnya hari meninggal Tarim Hadramaut,Yaman.

Pernah ana mengadu pd guru ana...
'Zah kekdg rase menyesal sbb tak habiskan belajar disana...lagi 6 bulan jer,ana boleh tamatkan sekolah disana'.zah ana dengan tenang menjawab:'Allah ada tetapkan yang lebih baik untuk awak disini'.

Aaahh...bile ana teringatkan kata2 zah ana tu...ana menangis.Benarlah kata2nya itu.Apa yg selama ini ana dahagakan,Allah mempertemukannya.Hamdan Lillah!Ya Allah berikan ku kekuatan utk terus beristiqamah.

Kini...betapa ku syukuri kerana Engkau tempatkan aku di Bumi Kinanah ini,Mesr.Tiada yang lebih indahkan buat tolibul 'ilm itu selain ditempatkan di taman2 syurga dan bersama dgn orang2 soleh???

Walau apa pun ana tak nak tinggalkan Bumi Mesr.Tak sanggup ana tinggalkan Syuyukh2 ana di sini and miss their lessons.Tapi dalam masa yang sama jgk, ana tersangat rindukan Tarim...Rindukan DaruzZahra'.Ana rindukan every single moment ana disana...

Wednesday, April 18, 2007

The Qasida Burda of Al-Busiri

Sunday, April 15, 2007

Hanya dikau penyejuk mata kami Ya Rasulullah!



Bismillah...
Allhumma Solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ilihi...


Sekadar ingin berkongsi link yg ana terjumpa...BESTnya semua pasal Rasulullah s.a.w.
Dan yang lebih lagi istimewa ia dalam bahasa arab.

Diantara yg boleh didapati disana:
-nasyid2 selawat
-syarahan2 yg diberikan oleh syuyukh2 tentang Rasulullah s.a.w
-sirah Rasulullah
-Akhlaqnya Rasulullah
-Pandangan2 org2 selain yg beragama islam terhadap Rasulullah
-penolakan tanggapan2 negatif terhadap Rasulullah dan huraiannya
-Cara membela Rasulullah s.a.w
-Fatwa2

and more...

Para pembaca boleh klik disini!

wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah...Sollu 'alaihi!

Ya Rasulullah ya Habiballah...
Kami Rindu pada mu...

Tuesday, April 10, 2007

Rabi'ul Awal special's


Bismillah
Allhumma solli 'Ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi...


Firman Allah yg bermaksud:

'Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.'[8:33]

Dalam ayat ini,Allah telah menunjukkan kasihNYA yg teramat buat Rasulullah s.a.w yang sehinggakan DIA tidak menurunkan azab buat orang musyrikin kerana wujudnya Rasulullah s.a.w disisi mereka.

so,how we can relate that ayat with us??

selalukan orang tanya kita kan'camna nak hafal Quran?'

Ade 2 things yg sepatutnya org yg menghafaz Quran itu tidak patut tinggalkan:

1)Selawat keatas Rasulullah s.a.w

Cuba lihat ayat diatas.Allah takkan mengazab sesebuah kaum selagi mana Rasulullah s.a.w berada disisi mereka.So,kita,yg menghafaz kalamNya,Hafaz kan dihati?
seharusnya kita sentiasa hadirkan dalam hati kita Rasulullah s.a.w .
Bagaimana?
tidak lain kecuali dgn berselawat ke atasnya..

kerana apa??

Allah kan tak mengazab hati selagi mana orang itu bersama dgn Rasulullah s.a.w??Walau kita terpisah dgn Rasulullah s.a.w secara jasad,tapi hati tidak bukan?? bila kita berselawat keatasnya.orang kata tu'jauh dimata,dekat di hati'.this qoute selalu kita tujukan utk org yg kita sayangi.

Kalau org yg sedang berkasih pulak,selalu berkata kepada kekasih 'walauapapun terjadi,kau tetap dihatiku'.Kalau manusia yg tak pasti lagi cintanya berkekalan buat kita,kita ucapkan begitu,kenapa tidak Rasulullah kita hadirkan Baginda dihati kita??Dan bukankah Rasulullah s.a.w lebih layak for that Qoutes??

Melalui pengalaman ana lah dan apa yg ana rase,kita selalu pisahkan AlQuran dgn Pembawa AlQuran itu iaitu Rasulullah s.a.w.kita lupa...kerana Rasulullah s.a.w lah,AlQuran itu sampai pada kita.Siapalah kita dipandangan Allah kalau tak kerana Rasulullah.Kita,sbg ummatnya,dimuliakan krn Rasulullah...bukan krn amalan kita.

Jadi,hendaklah kita yg menghafaz AlQuran ni,memperbaiki hubungan kita dgn Allah(krn AlQuran itu milikNYA) dan Rasulullah s.a.w(krn dia sbg wasilah AlQuran itu sampai pada kita).Memperbanyakkanlah selawat keatasnya.Jadikan ia sbg wirid harian antunna.mula2...10..then upgrade..100...then bile dah rase halawah..upgrade lagi sampai 1000 dan hingga ke akhirnya.Insya Allah...ia banyak memudahkan hafalan.



2)Istighfar



kenapa?

-Berdasar ayat itu,Allah tak mengazab seseorang selagi ia beristighfar.kalau hati kita selalu sibuk dgn beristighfar,adakah Allah mengazab hati kita iaitu dgn menyulitkan kita untuk menghafaz???

-Kita beristighfar krn kita selalu lakukan maksiat.kalau tak maksiat zahir pun,mesti berlakunya maksiat batin.Oleh itu,memperbanyakkanlah istighfar.
Firman Allah yg bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari setan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya[7:201]

~Ingin ditekankan!
kita mudah menghafaz bukan kerana amalan kita...tapi kerana KelebihanNYA utk menguji kita samada kita syukuri atau kufuri.
Firman Allah bermaksud:'Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya,iapun berkata:"Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari akan nikmat-Nya).[27:40]

Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah...Sollu 'alaihi!

~Allahummaj 'al Qulubana 'amiratan bihubbi nabbiyika...Amin!


*dipetik dari blog ahlulquranpts

Monday, April 09, 2007

...Engkau ibarat rembulan...

Tala al Badru by Mishary Rashid Al-Afasy


Ya Rasulullah...
kehadiranmu...
Menyinari kehidupan kami...

Allahummajma' bainana wa wa bainahu kama jama'ta bainar ruhi wan nafs...


~bilakah kita kan bertemu??sungguh kami merinduimu ;(

Monday, April 02, 2007

Mawlid AlHabshi @ Solo,Indonesia

Video Sempena bulan kelahiran Rasulullah s.a.w..
Opening Mawlid



Bacaan Qosidah


Mawlid (1)


Mawlid(2)


kenangan lalu...

Ana rindu mawlid ni...selalu dibaca semasa di yaman.Bile hampirnya hari kelahiran Rasulullah s.a.w,setiap hari kita adekan mawlid yang dibuat oleh setiap bilik asrama kami.Setiap bilik mengikut kreativiti masing2.ada Bilik yg membaca maulid AlHabsyi,ada pula Diba'ie dan ade pula membaca mawlid Diyaul Lami'.Dalam majlis tersebut..berbagai aktiviti; ade quiz,quiznya sume pasal Rasulullah,Talks about Rasulullah,baca puisi n more.


9 - 12 Rabiul Awal...
Biasalah orang 1st time sambut Kelahiran Rasulullah s.a.w di Daruzzahra',bile dikejut bangun dari tido jer kul 3.40 pg gitu(time tahajjud,1 of their daily routine),dah terdengar suara org baca mawlid/burdah di radio,yg sedang berlangsung @ Darul Mustafa:'hah...mawlid dah start kat Darul Mustafa??
mereka dah bangun begitu pagi membaca mawlid??
orang dah nak habis..baru nak bangun ana ni.ish..dasyat betui..pentingkan tido dari Rasulullah s.a.w'.

bile bangun,tengok di musolla...ukhti2 yg masya Allah ni,sedang ikuti bacaan mawlid.Ana baru nak masuk toilet.haiz..Hebat betul kerinduan dan kecintaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w.
Yah...bile kita baca mawlid..kita lebih mengenali Rasulullah s.a.w .Sbb mawlid is all about Rasulullah s.a.w.jgn imagine sambutan disana sama seperti Spore.it's totally different.Sana,kita rasa..

~miss very2 much