Thursday, September 29, 2005


ALBUM BARU Shoutul Jundil Muslim

Alhamdulillah,setelah sekian lama Shoutul Jundil Muslim tidak melahirkan album,kini,mereka muncul dengan album terbaru mereka.Sekarang ini,mereka digelar
sebagai JUNAID.Penerbitan album terbaru ini merupakan usaha untuk mencari Dana Madrasah AlJunied AlIslamiah.


Istimewanya!!


-Hasil penjualan akan disalurkan kepada Dana Madrasah Aljunied AlIslamiah.

-Dalam album tersebut,terdapat 15 termasuk lagu arab dan melayu.

-Boleh mendapatkan CD di Madrasah AlJunied AlIslamiah.(Jadi,sesiapa yg nak,boleh kirim dgn kenalan yang bersekolah di Madrasah AlJunied)

-Harga CD berharga $20

Berita Terkini!!

-Album nasyid JUNIED sudah boleh didptkan di bazaar
raya@geylang dgn harga 19.90 (percume poster ayat seribu dinar&ayat kursi + 2 botol minyak atar)!!


Sokongilah nasyid tempatan!!!

Membeli sambil beramal!

Rugi kalau tak beli!!!Sebab album keluar tak setahun tak sekali..!gerenti puas hati!

Saturday, September 24, 2005

... Keimanan dan Akhlaq ...

Ketahuilah, bahwa DIA Yang Memiliki semua perbendaharaan di segenap
langit dan bumi telah mengizinkan engkau berdo'a kepada-Nya. DIA telah
berjanji menerima do'amu. Dan DIA telah memerintahkanmu menunjukkan
permohonan kepada-Nya agar DIA memberimu apa yang kau minta; dan juga yang
mendambakan rahmat-Nya agar Ia melimpahkannya atas dirimu. Tidak seorang pun
yang dapat menjadi penghalang antara kau dan DIA.

Tiada IA mencegahmu bertaubat bila kau melakukan kejahatan, dan tiada
pula IA menyegerakan pelaksanaan hukuman bila kau melanggar larangan-Nya. IA
tidak mengejekmu bila kau akhirnya kembali kepada-Nya, dan tidak membeberkan
rahasia-rahasia dosamu meski yang demikian itulah yang lebih patut bagimu.
IA takkan mempersulit penerimaan taubatmu, tidak mengungkit-ungkit
kesalahanmu, dan tidak akan pernah membuatmu merasa putus asa akan
rahmat-Nya. Bahkan bila kau mengurungkan niatmu untuk melakukan dosa, IA
akan menghitungnya sebagai suatu perbuatan baik yang layak diberi pahala. IA
hanya menghitung pelanggaran yang kau lakukan sebagai satu kali dosa, akan
tetapi perbuatan baik yang kau lakukan akan dihitung-Nya sepuluh kali lipat
pahalanya !

Pintu-Nya selalu terbuka bagimu bila kau kembali kepada-Nya. Kesempatan
diberikan-Nya kepadamu bila kau ingin memperbaiki dirimu di hadapan-Nya.
Bila kau memanggil-Nya, IA mendengar panggilanmu itu. Bila kau bermunajat
dengan-Nya, IA pun mengetahui bisikan hatimu. Dan kau selalu diberi-Nya
waktu untuk memaparkan kepada-Nya segala hajatmu, mencurahkan segala isi
hatimu, dan mengeluhkan segala kerisauanmu. Ataupun kau memohon agar IA
menghilangkan segala kesusahanmu serta mengharap pertolongan-Nya atas semua
urusanmu. Atau meminta agar IA melimpahkan bagimu dari khazanah rahmat-Nya,
sebanyak apa saja yang tak mungkin siapapun selain DIA memberikannya, baik
berupa penambahan usia, kesehatan jasmani atau kelapangan rizki.

Diserahkan-Nya kepadamu kunci-kunci khazanah-Nya dengan mengizinkan kau
meminta dari-Nya. Setiap kali kau ingin, kau dapat mengetuk pintu-pintu
nikmat-Nya dengan berdo'a kepada-Nya seraya mengharapkan curahan rahmat-Nya.
Maka janganlah sampai kau berputus asa bila IA tak segera menjawab
permohonanmu. Sebab pemberian-Nya selalu seimbang dengan niat yang menyertai
setiap permintaan. Adakalanya jawaban dari-Nya tertunda untuk sementara,
agar lebih besar ganjaran-Nya bagi si peminta dan lebih berharga bagi si
pengharap.
Dan adakalanya kau memohon sesuatu tetapi tidak memperolehnya. Namun
kau mungkin akan mendapat yang lebih baik, segera atau ditangguhkan sampai
waktu lainnya. Atau hal itu memang sengaja dialihkan agar engkau memperoleh
gantinya yang lebih Utama. Sungguh, kau tidak tahu, dalam sesuatu yang kau
minta mungkin saja tersembunyi penyebab kehancuran agamamu sekiranya kau
memperolehnya.
Karena itu mohonlah dari-Nya agar semua permintaanmu ditetapkan
kebaikannya untukmu dan dijauhkan keburukannya darimu. Betapapun juga,
kekayaan yang diberikan kepadamu tak akan berada di tanganmu selamanya,
demikian pula kau tak akan hidup terus untuknya.
Ketahuilah, bahwa kau dicipta untuk kehidupan akhirat, bukan untuk
dunia. Untuk kefanaan, bukan untuk kebaqaan. Untuk kematian, bukan untuk
kehidupan yang langgeng. Dan bahwa kau kini berdiam dalam rumah sementara
dengan keadaan yang hanya mencukupi kebutuhan, dan dibawa berjalan di atas
jalan menuju akhirat. Dan bahwa kau selalu dikejar oleh maut yang tiada
seorangpun terlepas dari kejarannya, dan tidak pula mampu menghindarinya. Ia
pasti mencapai mangsanya.

Maka, waspadalah selalu ! Jangan sampai ia mencapaimu ketika kau dalam
keadaan yang buruk. Walaupun barangkali kau pernah membisikkan keinginan
bertaubat ke dalam hati sanubarimu, namun maut yang datang cepat dapat
menjadi penghalang antara kau dan niatmu itu. Jika yang demikian itu
terjadi, maka sesungguhnya kau telah menjadi penyebab kebinasaan bagi dirimu
sendiri..

*petikan dari fowarded email

Sunday, September 18, 2005


...Saad AlGhamidi bernasyid!!!...

Al-Ghurabaa`(The Strangers)

*Untuk mendengar lagu ini,Sila klik!!

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life


إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة

If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path


Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening


Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path


Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
The Prophet SAW said "Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers"

*Dipetik dari:haqaonline.com/forums

Sunday, September 11, 2005

...Kami rindu padamu Ya Rasulullah...




Alangkah Indahnya hidup ini,

Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenangan...

Alangkah Indahnya hidup ini,

Andai dapat ku kucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam hidupku,
Untuk mengikut jejak langkahmu...

Ya Rasulullah Ya habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya Rasululah Ya Habiballah,
Kami rindu padamu....
~Raihan

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang
aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum
daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya
wajahmu!"
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari
kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak
mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang
lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang
ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai
Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih
menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya
aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke
mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari
semula?"

Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan
melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat
bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat
sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi
KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad
daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka
kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita
tergolong dalam umat Muhammad.

~"Cintalah kekasihNya Muhammad s.a.w, kerana cinta Muhammad s.a.w kepada kami begitu besar, ternyata benar dan terbukti di dunia apalagi di akhirat. Selawat dan salam sentiasa atas Muhammad s.a.w."~

Thursday, September 01, 2005

...Doa seorang penuntut Ilmu...

*Dibuat khas Sempena Hari Guru,ana hadiahkan kata2 ini khas untuk guru2 ana.

Ya Allah,
Tidak tahu rasanya bagaimana untukku lafazkan kata syukurku kepadaMu,
Syukurku kerana Engkau temukan aku dengan guru2 Rabbani,
Engkau titipkan rahmatMu melalui Insan2 istimewa seperti guru2ku,

Ya Allah,
Tiada yang lebih indah buat seorang pencinta ilmu itu,
Selain Engkau temukannya guru2 yang mengajar erti takut kepadaMu,
Merekalah Ya Allah,
Yang mengajar aku mencari cintaMu,
Mengenalkan ku erti manisnya menuntut ilmu,
Mereka yang selalu mengkhabarkan aku,
Akan cara ulama2 terdahulu menuntut ilmu,
Sehinggakan bertambah cintanya aku terhadap para kekasihMu,

Ya Allah,
Melalui merekalah,
Aku diajar supaya menyebarkan ilmu yang ada,
walau dengan seayat,
Cinta mereka terhadap ilmu,
Dan cinta mereka dalam menyebarkan ilmu,
Memberi kesan kepada hambamu ini,

Mereka Ya Allah,
Yang mengajarkan ku erti sebenar menuntut Ilmu,
Mereka selalu mengingatkan kami,
mengapa kami perlu menuntut ilmu,
Mereka selalu mengkhabarkan kami,
Akan khabar2 gembira untuk para pencinta ilmu,
Sehingga bertambah kecintaanku terhadap ilmu,

Ya Allah,
Sebak di hati ini bila mendengarkan,
Guru ku sentiasa mendoakan dalam setiap solatnya,
kebaikan para pelajarnya agar diberkati dan dikurniakan ilmu yang bermanfaat,

Ya Allah,
Ketaqwaan mereka,
Membuatkan aku ingin jadi seperti mereka,
Nur di wajah mereka,
selalu mengingatkan aku kepadaMu Ya Allah,

Ya Allah,
Engkau kurniakan mereka,
kesihatan yang baik,
Agar mereka dapat terus berkhidmat kepada madrasah,
Kerana kami amat memerlukan mereka,
Engkau berikan mereka kekuatan dan kesabaran dalam perjuangan ini,
Kerana kami tahu Ya Allah,
Betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul mereka,
Betapa payahnya mereka dalam mendidik kami,
mereka meninggalkan anak2 mereka,
semata-mata untuk menyebarkan ilmu dan mendidik kami,

Ya Allah,
Aku sanggup berkhidmat untuk guru2ku,
jika itulah caranya,
agar ilmu yang dicurahkan kepadaku,
lebih diberkati,

Ya Allah,
Engkau tempatkan mereka,
Syurga yang tertinggi disisiMu,
Bersama para AnbiyaMu,
Para kekasihMu,
Ya Allah,
Aku hambaMu yang lemah,
Yang tidak mampu untuk membalas segala ilmu dan kasih sayang yang dicurahkan,
Engkau jadikan aku seorang penuntut ilmu yang rabbani,
kerana Aku tahu,
Itu adalah impian setiap guru terhadap anak didikannya,
Jika itu sudah memadai untuk membahagiakan hati mereka,

Ya Allah,
Engkau Berikan mereka,
Kebahgiaan di Dunia dan Akhirat,
Engkau lindungi mereka,
sebagaiman engkau lindungi para Anbiya'Mu,
Kerana Mereka Pewaris para NabiMu,

Ya Allah,
Ingin ku nyatakan lagi,
Akan kesyukuranku yang tak terkira ini,
kerana Engkau tempatkan hambaMu ini di madrasah,
Dimana Engkau mempertemukan aku dengan para alim rabbani,
Yang apabila melihat sahaja wajah mereka,
Sudah diberikan ganjaran disisiMu.

"Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah"~UNIC