Sunday, September 11, 2005

...Kami rindu padamu Ya Rasulullah...




Alangkah Indahnya hidup ini,

Andai dapat ku tatap wajahmu,
Kan pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenangan...

Alangkah Indahnya hidup ini,

Andai dapat ku kucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam hidupku,
Untuk mengikut jejak langkahmu...

Ya Rasulullah Ya habiballah,
Tak pernah ku tatap wajahmu,
Ya Rasululah Ya Habiballah,
Kami rindu padamu....
~Raihan

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang
aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum
daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah
Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya
wajahmu!"
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari
kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak
mengucap selawat ke atasku."

BERDOA

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu
terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang
berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang
lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang
ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda
bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai
Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih
menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang
kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya
aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke
mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari
semula?"

Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan
melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat
bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat
sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka
turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala
mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi
KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad
daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka
kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita
tergolong dalam umat Muhammad.

~"Cintalah kekasihNya Muhammad s.a.w, kerana cinta Muhammad s.a.w kepada kami begitu besar, ternyata benar dan terbukti di dunia apalagi di akhirat. Selawat dan salam sentiasa atas Muhammad s.a.w."~

1 comment:

Credit Profits said...
This comment has been removed by a blog administrator.