Tuesday, December 13, 2005

...Alhamdulillah ...



Tiada kata2 lagi yg terucapkan selain kalimah 'Alhamdulillah'.Alhamdulillah,Segalanya berjalan dengan lancar dan tenang.Seperti mana yg telah dijanjikan...sebenarnya nak kongsi saat2 yg ana lalui di Madrasah AlJunied Al-Islamiah.Masya Allah...ana rasa paling bertuah sekali kerana diberikan kesempatan olehNYA untuk menuntut ilmu disitu...walaupun cuma dua tahun.Ape yg ana dapat di Madrasah AlMaarif AlIslamiah,ana tidak dapat di Madrasah AlJunied,dan apa yg ana perolehi di AlJunied,ana tidak perolehi di AlMaarif.Ya Allah,rasa syukur sangat Engkau tempatkan aku di kedua-dua tempat yg penuh barakah ini.

Ana nak flash back hari terakhir kami belajar di sblm menghadapi peperiksaan...

Beberapa minggu sebelum menjelang Peperiksaan...

Memandangkan kami wajib untuk lulus semua mata pelajaran dgn mendapat more than 60% untuk mendapat syahadah takharruj(grad cert),masing2 begitu gigih mempersiapkan diri.
Nanti adelah halaqah2 bagi subject2 yg perlu di coach yg didirikan oleh diantara kami yg mampu mengajar.Ade pula,yg menyumbang nota2 kepada kelas.Bila notes dah siap je.Kecoh ah kelas."siapa nak notes tauhid?!siapa nak notes Fiqh?!"nanti adelah yg tukang volunteer amek nama satu2,collect duit n fotokopikan sekali.Nampak lah diantara kami saling bantu membantu..krn kami berazam biar berjaya sama2.

Hari terakhir belajar sblm menghadapi peperiksaaan ....

Kami,pelajar2 PRE-U 2,mengadakan majlis khatam AlQuran selepas solat Jumaat.Majlis ini dibuat sempena Bulan Ramadhan dan secara kebetulan pula,hari terakhir kami belajar dalam suasana kelas sebegitu.Dalam majlis ini dihadiri para asatizah dan pelajar2 PRE-U 2.Oleh kerana ade seorang sheikh mesir kami yg sangat kami sayangi,tidak hadir dalam majlis itu,jadi kami adakan majlis khatam khas di kelas
waktu periodnya(balaghah) sebelum berlakunya majlis selepas zuhur nanti,kami bahagi2kan juz2 utk setiap org membaca.Majlis Khatam yg dikhaskan untuk sheikh bacakan doa,kami bagi2kan juzuk hari sebelumnya,jd bila waktu pelajarannya,Sheikh terus bacakan doa.Ana rase dalam 10 minit gitu,sheikh baca do'a khas doanya itu untuk kami anak2nya.Hai...sedih betul dengarkan doanya,lagi2 dgn bahasa arabnya yg begitu indah...

Kemudian,selepas berakhirnya majlis 2,kelas kami dah start kecoh balik mcm rewang..almaklumlah nak siapkan berkat utk majlis khatam yg selepas solat jumaat nanti.sambil2 itu kami buatlah kerja rewang kami,ada yg lipat2 sapu tangan,ade pula yg masuk2kan bunga rampai kedalamnya,ade yg gaul2 bunga rampai tu dgn minyak attar.Ada seorang teman ana ni,dia 'chip' kerja2 ni semua...krn kecohnya dia time tu kami gelarkan dia 'mak pengatin'.gelagatnya betol2 mcm mak pengatin.hehe.

Guru2 tetap masuk ke kelas kami walaupun syllibus sudah selesai.Kami dibenarkan buat kerja2 masing.bila ada guru,kami duduk ke tempat kami masing2 cuma tangan kami ni buat kerja lain.Yg kelakarnya adelah ustaz kami dlm 30-an gitu,beliau perasan yg kami ini begitu sibuk mempersiapkan utk majlis nanti,kebetulan pula selepas beliau masuk,kwn ana pula masuk kelas dgn dulang2 skali.Ust geli hati ketawa sambil berkata(b.arab):'astarfirullah....antunna ni kal 'ammah2 ah(mcm makcik2)'.Cool ah ust ni,Style beliau bergurau ikut style2 kitaorg bergurau.Ana dah ketawa tak tahan.

Selepas solat jumaat,kire2 dalam kul 3.00 ptg,guru2 mula naik ke musolla,tempat dimana kami adakan majlis.Semua mengambil tempat masing2.Ust Afandi mengetuai pembacaan start dari surah Ad-dhuha hingga awal 5 ayat pertama surah ALBaqarah.kami pun baca bersama dgn ust kemudian sama2 sambut dgn takbir apabila selesai setiap surah.Setelah selesai,dibacakan doa.Apalagi...ambil kesempatan ni doa byk2 sbb doa time khatam ini antara waktu yg mustajab doanya.Bila lihat wajah2 setiap guru2 ana ni,rase sedih sgt nak tinggalkan mereka.Setiap mereka itu terlalu istimewa.Hanya doa sajalah yg dapat mengiringi mereka.

Setiap guru yg masuk,mereka berikan kata2 terakhir utk kami.Ana cuba translatekan kata2 guru ana ni.Banyak2 guru,yg betul2 ana ingat ni jer..hehe.

Ust yg mengajar kami lughah(bahasa Arab):

Bawa kebenaran cert yg awk perolehi.kalau kamu takahssus dlm bidang syariah,apa saja orang bertanya berkaitan dgn feqh,kamu dapat menjawabnya tanpa ragu2 lagi.Vocabs(words arab)hafal betul2 bawa ke universiti.
Akhir sekali,sblm beliau beredar dari klas,Beliau kata:Skrg dah kene start doa eh:'Allahummar zuqni zaujan solehan'.Kemudian ade org tanyalah...ust,kan 'attoyibatu littoyyibina'(perempuan2 yg baik itu utk lelaki2 yg baik).Ust pun berkata:Mmg betul ayat Quran itu,tetapi kita kene ade usaha iaitu doa,bukan dgn berkenal-kenalan.Ade jgk kes yg isteri begitu solehah tapi suaminya nauzubillah dan begitu juga sebaliknya.

Cakap psl doa ni,ana yakin sekali dgn Hadis Rasulullah S.A.W,'Doa itu senjata org mukmin.'Terutama sekali kalau ada bersangkut paut dgn hati.Sbb hanya Dia(ALLAH) yg mengolak-balik hati manusia itu.

Ust ni mmg best...selalu push kitaorg utk hafal word2 arab bersamaan dgn kata seertinya.kerana beliau terlalu serious soal menghafal 'mufradats'(kata2 seerti),sampai hafalnya kitaorg akan diambil markah.banyak sekali words kami perolehi darinya.

kesannya terbawa-bawa,sehinggakan bila guru feqh kami,minta kami menerangkan sentence dari kitab,kami keluarkan makna seertinya for each word.sehinggakan bahan bicara pun kita kasi makna seerti.Ust senyum sambil kata;ini betul kesan dari ust x ajar ..ust tak minta kata seertinya,ust nak awk terangkan secara meneyeluruh...

Bagi ana,setiap guru yg mengajar ana di Madrasah AlAJunied,begitu istimewa sekali.Mereka ade ciri2 mrk yg teristimewa.

Ust yg mengajar hadis n ulumul hadis:


Ust ni,banyak merasakan kami akan cara menuntut ilmu ulama2 terdahulu salafussoleh.memandangkan Beliau mengajar mustalah hadis,jadi banyaklah cerita2 ttg imam2 terhebat.beliau menanamkan dlm hati kami perasaan kagum dan cinta kpd mrk.Dan kalau periksa papernya,masya Allah terasa betul,baru terasa kagum mcmana para imam2 terdahulu hafal hadis.Dalam hati:Ya Allah...mcamna Imam Bukhari hafal Hadis ni,beribu2 dgn sanadnya lagi.kita ni hafal hadis dari siapa(hadis itu dibawa)jer dah ter'mix up'.Ini baru sket dah rase punyalah susah.Boleh jadi insaf juga,teringatkan imam syafie kata:'Aku mengadu kpd guruku Waqi' akan kelemahanku menghafal,maka aku dinasihatkan supaya meninggalkan maksiat,ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya itu tidak diberikan kpd org yg melakukan maksiat.'

Dan satu lagi keistimewaannya,beliau ini pandai khat.cantik sgt tulisannya.kekadang lepas kelas itu ade teman2 ana yg minta supaya ust tuliskan kata2.Sehinggakan kawan ini berkata tika ust sdg menuliskan namanya:'ust,macam nak gigit jari ust ni.hehehe.Ust senyum jer.Boleh terngangah dibuatnya bila melihat tulisannya.Tulisan dalam gambar diatas itu adalah tulisannya.

Ust yg mengajar Feqh:

Masya ALLAH ust ni...ust yg paling updated ah.Kalau notes2 lecture sume disediakan di web.Kalau projek2 yg diberikan very creative,ust akan pastikan ia buat kegunaan adek2 primary,jd para guru darjah boleh menggunakan projek2 yg kami lakukan sbg bahan mengajar mrk.Ade diantara kami yg buat berbentuk game kuiz dlm sofware,ada yg buat documentaries movie and banyak lagi.Kalau ust selalu kaitkan apa yg kita belajar dgn zaman skrg terutama kehidupan di spore.Dan soalan periksa kami berbentuk variety,sume ade,ade hafal,syarahkan apa yg penulis kata,isu feqh zaman skrg iaitu yg berkaitan dgn topik yg kita belajar.Misalnya kalau belajar bab penghukuman,ust kaitkan lah dgn perundangan Spore,sistem2 mahkamah disini.


Ust yg mengajar Usul Feqh +lughah(bahasa Arab):

ust ini banyak mengajar kami baca kitab tanpa baris.Setiap diantara kami berpeluang membaca dihadapannya.nanti kalau baca baris atas ke bawah ke depan dia akhir kalimah,akan ditanya 'irabnya(kedudukan kalimah tersebut dari sudut nahu).Seronok baca kitab!menguji minda kita dan menguji nahu yg kami sudah belajar dari peringkat darjah lagi.

Ust yg mengajar tafsir:

hmm..kalau ust ni selalu sesuai ayat2 AlQuran yg kita belajar dgn kehidupan seharian kita.kata2nya kalau tak Quran,hadis dan kata2 para ulama.Selalu mentarbiyah kami dari sudut disiplin.Kami tak berani kasi dalih kepadanya krn pasti beliau ada hujjah.Pernah ditanya:ust,kalau dahbes exam,datang sekolah,tak blaja,takde dapat apa2.Beliau jawab begitu cantik sekali:hai..bint,apapulak tidak dapat apa2?!langkah awk ke madrasah dikira Allah S.W.T.Bila awk ke madrasah diiringi kamu dgn para malaikat mana dgn doanya.Awk lihat wajah para ulama sudah dapat pahala.Masya Allah...sampai skrg ana pegang kata2nya,bila teringat kata2 ust ni,tak jadi nak ponteng sch.hehe.

Ust yg mengajar Qawaid:

hmmm...ini diantara subject yg diminati ramai.Kang kadang itu sampai berebut tempat antara banin dgn banat,masing2 nak duduk yg directionnya dekat dgn guru tersebut..bila pikir2 balik,mcm budak2 pulak.Tapi takpe,semangat ilmu!Ust ana ni,Walaupun berpangkat paling tinggi di madrasah,tp dia tidak menghampa org yg datang kepadanya utk bertanya soalan,walaupun ketika itu beliau sedang sibuk.'Kalau tak faham,boleh tanya bila2 kat offis'katanya.

Ustazah yg mengajar Mantiq(ilmu logik) N Tauhid:

Guru ini banyak berbincang dgn kami tentang masadepan kami dan keadaan masyarakat akan datang.Beliau yg banyak membuka minda kami akan kehidupan masyarakat diluar,persiapan2 yg perlu ade demi dakwah islamiyah.


Ust yg mengajar Balaghah(sastera Arab) + tarikh Adab(sejarah sastera arab):

Sheikh Mesir ini yg berumur kira 80++ banyak mengingatkan kami akan cara penuntut ilmu yg sebenarnya.Apa yg patut dilakukan oleh seorang yg bergelar tolibul ilm(penuntut ilmu).Sewaktu di kelasnya,beliau pantang sekali orang tido atau berbual.Kalau ade orang tido,nanti sheikh kata:AnNaum haram(tido tidak boleh),alkalam haram(bercakap tidak boleh).Cute nah!!kalau sheikh cakap melayu.Ana diantara yg selalu terckp sket dlm kelasnya,dan mesti beliau terperasan.kekadang itu heran jugak,matanya ust di buku,tapi boleh perasan ni.Sheikh selalu cakap(arab):jangan kamu fikir mata ust di buku tapi tidak nampak apa yg kamu buat,mata ana dimana-mana hunak wa hunak(disana dan disana)iaitu tempat dimana kami belajar.

Bila habis kelas,setiap row akan dipanggil utk keluar recess,nanti kesian kawan2 ana yg duduk se'row' dgn ana.mrk pun turut jadi mangsa,kene keluar last..hehe sbb ana.Nanti ana start tunjuk muke kesian sambil berkata :Ust,ju' ju'(lapar ust).hehe.Sblm nak keluar itu,ust nasihatkan:'ya halimah,ijtahidi(berusaha bersungguh-sungguh).

Ust yg mengajar Quran:

Beliau selalu mengingatkan kami agar kalau talaqi Quran biar hingga khatam.'Talaqi(dgn sanad)sampai habis insya Allah barakah.~katanya.

Dan juga katanya:'pergi mesir,ambil sanad talaqi disana dgn sheikh2'.terus,beliau ingatkan kami ayat AlQuran ini:
ادخلوا مصر إن شاء الله امنين

Maknya:Masuklah kamu ke mesir,insya Allah kamu akan merasa aman.(surah yusuf:99)

Ust yg mengajar Saraf N Nahu:

Selalu mendengar rintihan para pelajarnya dan beliau akan usahakan sedia mampu yang terbaik utk kami.Terhutang budi sangat pada ust,kalau tak berwasilahkannya,tak berkesempatan ana bersekolah disitu.Beliau begitu gigih dalam recommending ana sehingga menyakinkan mudir yg ana kesini kerana cita2.

Dari sini,satunya nye yg ana yakin,kalau kita sudah beristikharah,dan kemudian itu,mmg itulah yg Allah tetapkan untuk kita,walaumcmana susah pun,pasti akhirnya akan dapat.

Banyak yg boleh diperolehi,kalau kita betul2 perhatikan environment disana.

Ade seorang guru academic,beliau ni selalu berkhidmat kpd syeikh ana yg ajar ana balaghah.Nanti setiap hari, beliau amek sheikh dari rumah,sama2 pergi ke Madrasah. kemudian bila balik nanti,beliau juga yg hantar sheikh.Masya Allah!Ana dapat lihat sendiri kesannya,orang yg berkhidmat pd gurunya.hasilnya,guru tersebut,petah berbahasa arab dan lebih hebat lagi baca kitab2 kuning(tanpa baris).

Selain itu,disana,mrk adekan system talaqi(one to one)antara murid dan guru.Kalau kita lihat,cara ulama2 terdahulu menuntut ilmu,mrk menggunakan system inilah.Itu sebab kesan ilmunya masya Allah.Masih ade lagi para pelajar yg baca kitab2 arab dgn guru,one to one.Hai..untung lah jd lelaki dalam bab peluang2 mrk menuntut ilmu!dapat berkhidmat pada guru,dan mudah utk mereka dekati dgn ulama2.

Kalau perempuan ni,ade susah sikit.tapi,masih boleh lg berkhidmat misalnya siapkan guru segelas air utknya sblm ustaz masuk kelas.Yg penting,Doa kita pada guru kita.Walaupun secara zahiriyah,kita nampak mcm tak rapat,tapi hanya dgn doa,mampu merapatkan hati pelajar itu dgn hati guru tersebut.Itu yg membuatkan guru itu,rasa senang dalam menyampaikan ilmu yg ada pada dirinya.

Satu lagi istimewanya Madrasah Aljunied ialah krn environmentnya bahasa arab.Masya Allah..sehinggakan bila buat pengumuman pun dalam bahasa Arab.Kalau berbual dgn gurunya mesti nak cakap bahasa arab,kalau cakap melayu rasa macam ganjal gitu.Ada ust kalau kita cakap melayu still boleh toleransi tapi ade guru pula kalau kita ckp selain arab,mrk akan kata:Maza2...la afham(apa2..ana tak faham).Kalau dah mcm gini,susah mcmana pun kene ckp.nanti ust betul2kan bahasa tika sdg bercakap tu.
Pernah juga sekali itu,mrk adakan program dalam bahasa melayu,time itu sempena bulan bahasa...ya Allah rase macam bukan Aljunied gitu...terlalu ganjal nah.

Nasihat ana bagi mrk yg masih belajar disana,rebut peluang2 keemasan disana!


Ya Allah,Seribu satu kenangan yg ana dapat disana...

No comments: