Monday, October 31, 2005

...Pilihan Allah...

Setiap yg Allah tetapkan untuk kita,pasti ada hikmah disebaliknya.Satu yg ana sangat yakin ialah kalau sesuatu perkara itu yg memang DIA sudah tetapkan dan pilihkan untuk kita,walaumcmana susah pun caranya,pasti akhirnya kita akan dapat.

Firman Allah yg bermaksud:...moga2 apa yg kamu benci itu adalah yg terbaik buat diri kami dan moga2 apa yg kamu suka itu adalah buruk buat diri kamu,dan Allah maha mengetahui sedang kamu tidak ketahui(sura Al-Baqarah:).

Itulah untungnya kita sebagai hambaNYA,terutama org mukmin,sentiasa disisinya itu perasaan 'pergantungan kpd Allah' dalam setiap apa jua keputusan yg dibuat, diserahkannya kepada Allah supaya memilihkan kita yg terbaik.

Mengapa kita perlu melakukan Istikharah dalam setiap keputusan kita buat???

Jawapannya,kadang2 tu kita rasa itu yg terbaik untuk kita tapi bagi Allah itu sebaliknya.krn Dia lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita.kita pun sendiri tidak begitu mengenal diri kita.Kerana itu,kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik.

Solat istikharah ini kita kene selalu beristiqamah dalam melakukannya.Kerana kita ni bukannya dari golongan wali2 Allah,yang mana kalau sekali buat jer terus dapat mimpi atau alamat.Dan jika kita dapat sesuatu alamat itu bukan kerana kita baik tapi ialah kerana Allah pandang usaha hambaNya yang tak pernah kenal erti putus asa dalam meminta petunjuk.

Ana masih ingat lagi guru ana,beri ana panduan time tu tika hendak menempuhi periksa2 besar ni.Beliau kata:'Sebelum ke dewan peperiksaan,kalau boleh buat istikharah.Sebab,nantikan ada soalan yg perlu dipilih,jadi saat itulah kita perlukan Allah pilihkan kita soalan yg mana yg terbaik utk kita menjawab'.He knows the best soalan yang mana kita boleh score.Dengan harapan,soalan yg kita pilih itu adalah gerakan hati yang datangnya dari Allah.

Bila???

Kalau buat solat istikharah ni,jangan suka buat last minit.Bila dah keadaan mendesak,baru nak lakukan.Seperti yg ana katakan tadilah,kita ni bukannya Waliyullah.
Bila tidak dapat alamat,nak salahkan DIA???

Rasanya,kalau kita tidak mampu untuk bangun malam untuk melakukannya,krn sehari suntuk kita sibuk dgn aktiviti diluar,apa salahnya...sebaik saja selepas solat isyak,sebelum nak tido tu,tiap2 hari buat.Jangan stop membuatnya selagi belom mendapat jawapan.Manalah tahu,Kalau rezki kita time 2,dgn keadaan kita yg letih tetapi kita tetap meminta kepadaNya agar diberi petunjuk,terus dapat mimpi dalam tido kita tu.

Hasilnya???

Ini bergantung kepada rezki masing2.Ada yg terus mendapat jawapannya melalui mimpi.Dan untuk mendpat mimpi ini bukan sembarangan,krn ia bergantung kpd aktiviti yg kita lakukan sebelum mendapat mimpi tersebut.Kalau sehari semalam asyik mengadap T.V,masanya dipenuhi dgn perkara sia2,kemudian istikharah,peluang yg amat tipis untuk mendapat mimpi yg benar2 datang dari Allah.Kalau kita ada mimpi,dan kemudian kita tidak pasti samada ianya datang dari Allah atau merupakan permainan tido,kita cek apa yg kita buat sblm kita dapat mimpi 2.kalau sebelum 2,banyak baca Quran,tiada unsur2 khayalan dalam fikirannya,banyak melakukan ketaatan,berkemungkinan besar itu datangnya dari Allah.

Ada juga yg dapat mimpi tapi masih samar2 dan kemudian itu Allah tetapkan hatinya ditambah pula dgn Allah berikan ketenangan di hatinya dalam membuat keputusan tersebut.Ada juga yg tak dapat mimpi terus tapi Allah berikan suatu keyakinan dalam hatinya dalam keputusan yg dibuat.

Rasanya..Engkau saja sudah cukup buat diriku....

No comments: