...Dalih seorang remaja yang bercinta (3)...
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang
angkat boleh ke? Ganti bercinta
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun,abang angkat ke,motivator ke,semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang
maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya.Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci.Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya.Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman:Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.LeLaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang
sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata;sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan.Itulah hakikatnya.
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang
memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah
menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35)
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat .
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat.
Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa .
Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin,yarabbal alamin.
Moga Allah terima taubatmu.
Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana!
YaAllah bantulah mereka .Kini mereka datang ke pintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
*dipetik dari Ukhwah.com
1 comment:
terima kasih..tetaplah diatas perjuanganmu sahabat...
Post a Comment