Sunday, January 02, 2005

...Taman Syurga Idaman...



Universiti AlAzhar

Masya Allah..masa berlalu terlalu cepat.Akhirnya dah sampai tahun kemuncak..tahun terakhir di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.Mindset pun dah kene tukar (persiapan dari segi mental bukan mentel eh..hehe gurau jek),selalu kene ingatkan diri yg next yr nak gi universiti(Insya Allah!jika semua berjalan dgn lancar),jadi pikiran tak mcm budak2 n Kadang2 2 mcm tak percaya,eh next yr gi Universiti?!tanya diri sendiri.eh..cpt betol.Dulu,time darjah 6,pernah terfikir sendiri...sampai ke ana ke preu?? Dunia ni masih wujud ke time 2??Akhirnya sampai jgk,Alhamdulillah rupanya Allah panjangkan usia dunia ni..

Walaupun matlamat ana sudah tetap nak sambungkan pelajaran ke sana,namun,makin nak habis sekolah makin tak tahu pulak nak pergi ke mana.Yang satu pihak kata jgn pergi AlAzhar..sempat lagi menghina AlAzhar."Tak bagus lah sistemnya,susah nak pass"..."orang sana kasar sangat tak macam negeri..." kemudian kata sana "dah tiada environment arab lah sebab dah terlalu banyak orang melayu kat sana.

Bila dengar tu sume,makin pening tak tahu nak gi mana.Mesir?Jordan?Yaman?hmm...kalau boleh,sume tempat tu ana nak.Sebab makin kita belajar tinggi ni,makin kita rasa terlalu banyak lagi ilmu yg kita tak dapat.

Alhamdulillah,disebalik kepeningan memikir...sebenarnya,ada orang2 yg sentiasa menyokong ana dari belakang selain dari keluarga supaya teruskan cita2 ana di bumi Mesir,bumi para Anbiya'.Terutama guru2 ana di Almaarif especially zah Samiah yg doakan ana sampai ana kesana.
Time hari raya 2,alhamdulillah diberi kesempatan utk berjumpa dgn zah.Apelagi bebual panjang...kalu boleh tu tak nak balik..heheh.Rindukan mutiara2 yg keluar dari bibirnya."Dah lah halimah!jgn pikir2 lagi...pergi mesir jer."Mesir kan tempat persinggahan Nabi...tak nak ikut(jejak langkahnya) mcm Nabi?!"zah tanya sambil tersenyum melihat anak muridnya yg tengah pening tak tahu nak pergi mana.

Selain i2,Guru ana,Mudaris Iskandar,selalu membakar semangat anak muridnya utk ke Mesir.Dia lah yg banyak mengajar ana the'beauty of Arabic language'.
انا افتخر باللغة العربية
Kalau attend kelasnya setiap ahad...mesti ada cerita best tentang di Mesir...Dia selalu kata Mesir tempat terbaik untuk beli buku Arab,buku sana murah2..sebut jer apa buku mesti ada.Beilau mengumpamakan Universiti AlAzhar bagaikan seorang ayah.Kalau ayah 2,dia tak kisah tentang dirinya yg penting anaknya berjaya.Begitu juga dgn Azhar,nampak jer bangunan usang atau sisitem tak bagus,tapi hasilnya,Banyaknya keluaran AlAzhar i2 terdiri dari ulama yg terkemuka.

Kelas yg beliau adakan ni unik,tak sama dgn apa yg kita blajar di sekolah..banyak vocab..kalu balik dari kelasnya tu,boleh dapat 1 page of new words.Ana sanggup cancel benda lain sbb nak hadir ke kelasnya..mengenangkan banyaknya new words yg dia berikan,tak datang rasa rugi betol.Kalau nak tahu,Ust Naziruddin Md Nasir merupakan bekas pelajarnya.Terima Kasih kak Hafizah kerana kenalkan ana dengan Mudarris.Sebelom kak Hafizah berangkat pon dia ada nasihatkan ana supaya teruskan belajar dgn mudarris,dia kata banyak yg dia belajar dari Mudarris lagi2 untuk mempersiapkan diri ke Mesir.

Tadi pergi kelas Ust Fir,bekas seorang guru yg pakar dlm ilmu nahu di Madrasah Aljunied,jumpa kak Hana'.Kak Hana' merupakan bekas pelajar Madrasah Aljunied,berkelulusan AlAzhar(baru takharruj tahun lalu) dgn mendapat pangkat Mumtaz dlm kuliah syariah(top student),susah nak dapat pangkat mumtaz lagi2 di Kaherah ALAzhar(the most toughest paper).Kakak yg sebegitu pandai pun,bila dah balik spore masih blajar dgn bekas gurunya,nak ambil berkat dari guru...masya Allah caranya i2 betul menunjukkan kerendahan dirinya didpn guru dan betul2 dahagakan Ilmu.Beza sekali dengan kita,selalu rasa ilmu dah cukup dan kalu dah belajar tinggi 2,guru yg mengajar time darjah/menengah,buat mcm tak nampak pulak apalagi utk menegur atau memberi salam.

Lepas kelas bebual degan kakak 2,Minta tips darinya.Ana betol2 amaze dgn kejayaannya.Dia kata kat Mesir,setiap hari dia blajar selama 5 jam tido sikit jer.Ana tanya"hah!kak,camna tu tido sket..kat kuliah tak ngantuk ke??Kene biasakanlah.mula2 2 mmg ngantuk..tapi lama kelamaan dah tak.."Dia jawab.

Dia menceritakan ana yg dulu sebelum pergi ke Mesir pon,dia ada jgk tanya pendapat orang,7 out of 10 yg ditanya 2 kata jgn pergi Azhar,dengar mcm2 tak baik tentang Azhar,tapi dengan keihklasannya nak menuntut ilmu dan semangatnya 2,dia tetap jgk
ke sana.Bila dia sampai sana..takde apa2 pulak kat sana,tak sama apa yg telah didengarnya.Tambahan beliau,pergi sana kene ikhlas,kalau tak,nanti Allah yg hantar balik ke negeri kita.kalau setakat nak syahadah(sijil)atau ikut2 kawan,nanti tengok jerlah..mesti ade yg tak kene sampai orang 2 tak tahan then balik negeri.Bila kita Ikhlas..boleh nampaklah setiap sesuatu 2 yg kita lakukan,Allah mempermudahkan.

Disana,senang jgk nak talaqi dgn syeikh2,nanti tanya kakak2 senior,nanti mrk kenalkan dan bayaran pon tak mahal(beri secara ikhlas).BESTNYER..
Terbalik pula info yg ana dpt,org kata susah lah perempuan nak talaqi dgn syeikh lps 2 bayarannya mahal sgt.Kat sane 2,keadaannya mcm spore,kalau kat sini tak betol2,kat sane senang hanyut dgn shoppingnya lagi2 barang2nya yg murah2,byk makanan fast foodnya yg sedap2.Orang kata tu siapa gi sana kalau tak control diri,senang jadi tembam,weight pon naik mendadak(hehe..mcm darah tinggi pulak).

Teringat pula Zah Zainab,guru ana yg ajar arab di Almaarif,beliau pun berkelulusan Azhar,bekas pelajar Aljunied.beliau nasihatkan ana satu jer:Di Mesir,awak pilihlah sama ada awak nak jadi firaun atau Nabi Musa.Hmmm...

Setelah mendengar penjelasannya,pendirian ana semakin kukuh.Kesimpulan yg ana pelajari,jangan peduli apa kata orang kalau kita benar2 nak menuntut ilmu.Menuntut ilmu itu kan jihad,jadi kalau nak mula jihad 2,mestilah terdengar perkara2 yg tak baik utk melemahkan semangat jihad kita 2.Walau apapun,ana sgt perlukan PetunjukNYA dlm setiap tindakan yg ana lakukan..

Doa ana baru cipta(hehe..byknya cipta,tukar words jer):
يامقلب القلوب ثبت قلبي على الاًزهر
(Ya Allah tetapkan hatiku dgn AlAzhar..)

No comments: