Thursday, August 05, 2004

Segala kemusyhkilan telah pun terhurai...

Bila tiba subject feqh jer...wah excited nak belajar.Yelah..ape taknya kata fav subject dan yg mengajar pula ana nya fav ustaz.sebelum ust hadir ke kelas...ana start kumpul soalan2 yg berkaitan dgn feqh sambil tu dapat juga signature ust(kalu dlm b.arabnya Tauqi').Kami akan dapat tauqi'ust bila kami berbual Arab dgnnya.kami diberikan buku kecil utk collect tauqi'dan markah akan diambil 10% dari tauqi' tersebut bagi markah peperiksaan.

kalu sekali pandang tu,nampak mcm tak Ikhlas tanya soalan..tapi apakan daya terpaksa minta kalu tdk markah pon hilang.Pernah ana adelah tanya beberapa soalan psl tajwid(ni ust lain ah)memang ana betul2 nak tahu ah jawapannya.Lepas tu apalagi minta tauqi' ustaz...Ust pon kata(dlm b.Arab) sambil tersenyum:lahaulawala Quwwata illa billah ...Ni memamg nak tanya ke atau nak tauqi'?.ana pon kata(dlm b.arab,mmg kitaorg kene ckp arab kalu tdk ust tak layan):tak ust,ana mmg tak tahu.Terpaksalah buat muka tembok minta tauqi'.


Balik kpd topik...sebenarnya yg tadi belum start lagi tu,cuma gazet2 jer.Ana pon tanya soalan ana yg masih lagi belum menemui jawapan tentang Kalau nak ikutkan betul2 hukum feqh(mazhab Syafie),wanita tak dibenarkan bermusafir kecuali dgn mahramnya.Bagaimana pula dgn kita yg nak blajar ke luar negeri??

Ust pon kata:Awak nak ambil pandangan siapa??Kalau fatwa skrg,Wanita dibenarkan bermusafir utk tujuan seperti belajar dgn syarat aman perjalanannya. Hukum yg mengatakan tak boleh krn kalu dulu perjalanan utk kesuatu tempat terlalu susah dan ini boleh mendatangkan kemudharatan/merbahaya bagi wanita khususnya.

Soalan kedua pula,ana tanyakan soal Riba.Sebab pernah ade satu part tu,ust menyentuh tentang cara perbankkan skrg.Masya Allah,Bila ana dengar ust explain terpaku jap.. dlm hati ana,ust ni bakal menjadi pakar ekonomi Islam.Kalau nak tahu ust ana pernah jgk masuk Berita Harian pasal isu keuangan.

Ust pon berkata dlm b.arab(ust ana ni tak pernah berbual b.melayu tika mengajar dan dia tdk benarkan kami berbual melayu,nanti tunggu ah mesti ade dendanya):siapa yg ada kemampuan,kalu boleh jgn gunakan akaun yg berikan kita wang riba.Krn dlm kita tidak sedari Pihak bank telah menggunakan wang kita utk pinjaman2 haram iaitu yg tdk dihalalkan Islam dan wang riba yg kita perolehi mungkin ada unsur kezaliman yakni dari sudut kadar riba yg tinggi yg dikenekan kpd si peminjam tersebut dan duit itu disalurkan kpd akaun2 kita dan dalam Kita tidak sedari juga kita menzalimi harta org lain jika kita makan wang riba tersebut dan bersyubhat krn memberi mrk peluang menggunakan wang kita utk pinjaman yg ada unsur haram .

Ana pon tanya lagi:macamana ust??susah nak dapat bank Islam kat sini.Ust pon berkata lagi:Sekarang ni dah ade cara perbankkan Islam.Seperti OCBC, skrg di setiap cawangannya tu ade menawarkan Sistem AlWadiah.Tapi kalu mampulah,sebab sekurang2nya kita kene ade 3,000 deposit dlm akaun kalau tidak akan dipotong $2.++ setiap bulan.

Ust pon menerangkan lagi,nanti kita diberi dividen setiap bulan.Kalu mampu wajib kita tukar akaun kita kpd yg tiada unsur riba.Dividen bukan mcm interest,ia dinamakan sbg Hibbah iaitu mcm hadiah gitu tapi ade ta'arifnya tersendiri.Dividen akan diberikan hasil dari keuntungan yg diperolehi peminjam tersebut seperti syarikat2 iaitu perniagaan2 yg diluluskan Islam.Bila ada keuntungan dlm syarikat mrk,mrk akan salurkan keuntungan tersebut ke akaun2 kita.Krn itu ia menjadi halal.

Macamana pula kalu kita dah transfer duit kita,kemudian dimana kita nak salurkan wang riba yg ada dlm akaun kita??Ana bertanya.Ust pon menjawab:kita beri kpd Org yg memerlukan seperti madrasah2 tapi kene dgn niat nak sucikan harta bukan niat sedekah.kalau niat sedekah haram sebab wang yg kita berikan tu adalah hasil wang haram.

Cara utk transfer akaun anda...anda boleh pergi kemana2 cawangan OCBC kemudian mintanya utk membuka akaun AlWadiah....nanti mrk kata ok ok..hehe

Bila fikir2 balik,banyak sebenarnya hukum2 yg berkaitan dgn kehidupan seharian ana tak tahu... dengan ini menguatkan lagi cita2 ana utk mengambil bidang Syariah di Al-Azhar(Insya Allah!!)

No comments: