Wednesday, May 11, 2005

...Cinta hadir menguntum rindu...

Cinta hadir menguntum rindu
Mekar mewangi di taman kalbu
Tulus kasihku tak siapa yang tahu
Melainkan Dia tuhanku yang Satu.

Huluran kasihmu kusambut pasrah
Walau tak pernah bertentang mata
Apatah lagi bersua muka
Hanya bait kata di alam siber
Di hujung talian kudengar suara
Melalui dua penghubung itu lahir sebuah rasa
Dimana…
Suara hati penuh keihklasan sahaja mampu berbicara.

Akhirnya,
Aku resah…terlalu gelisah
Ketahuilah kasih
Aku sering bertanya di dalam diri
Untuk apa cinta itu hadir pada diri
Dua insan ajnabi?!
Kerana…
ku bimbang cinta ini mengundang dosa
Ku khuatir kasih ini melalaikan kita
Lalu kita hanyut dari sentiasa mengingati yang Esa
Lantaran rindu yang sering mendesah di dalam jiwa.

Bisikan syaitan tidak lekang menggoda
Membuaikan kita di dalam asyik dunia cinta
Sekilas kuteringatkan ayat di dalam surah Ali Imran
‘Wallaziina aamanuu asyaddu hubban lillahi’-‘dan orang-orang yg beriman teramat cintanya kepada Allah’
Astagfirullahhh…
Aku tersedar dari buaian rasa!!!

Hampir setiap hari kita berhubung
Apa salahnya kita sendiri yang meletakkan batasan
Agar cinta dan rindu kita lebih terserlah keindahan dan keihklasan
Kerana terdapat ‘MUJAHADAH’ sebagai hiasan dan amalan
Disitulah bermulanya jihad hati
Menguji keimanan dan keihklasan diri kita yang saling mengasihi.

Bukan kerana tidak tahu menghargai kasih mu
Percayalah, pada bicara kasihku ini
Ini bukti penghargaan!!!.
Apa gunanya kita saling menyayangi
Tapi,hanyut di launtan cinta yang tidak diredhai
Diri ini ingin menjadi penawar hati
Justeru itu,
diri ini bimbang menjadi punca kelalaian hatimu dari mengingati Ilahi.
Jangan biarkan semua itu berlaku,kasih
Rindu dan kasih adalah sebuah ‘rasa’ yang terletak di dalam ‘hati’
Maka usah diikutkan rasa - kelak kita akan binasa!.
Usah diturutkan kehendak hati – kelak kita akan mati!!.

‘Nur Kasih’mu…sungguh istimewa
semaikan ia dengan IMAN, ILMU, AMAL, DAN TAQWA
agar ikatan kasih kita bukan sahaja berasaskan CINTA semata,
tapi disertai MAWADDAH,RAHMAH dan AMANAH.

Ketahuilah,
kasihku padamu..hanya kerana-Nya jua.

Umairah Sh

*petikan dari fowarded email

2 comments:

Fia_rindui said...

Assalamualaikum ukhti Halimah..

Sebelum apa apa saya suka ucapkan tahniah kepada peribadi ukhti kerana berjaya dengan paparan tulisan di blog ini secara konsisten.Semuaga rantau nusantara kita akan bersinar kembali dengan adanya individu2 seperti ukhti.amin..

saya selalu juga datang menjengok blog ukhti ni semenjak saya mula jumpa dulu,terima kasih saya ucapkan kerana banyak paparan menarik terdapat di sini.

cumanya, saya ingin bertanya sedikit tentang suasan pembelajaran agama di sana,adakah pelajar yang belajar di sek men biasa dan di waktu yang lain pula mereka belajar di madrasah untuk program tahfiz..?atau mereka memang berada di satu sekolah sahaja yang menyediakan pelajaran ekademik&agama sekali..?

saya di malaysia,jadi saya rasa mungkin tak kedapatan pelajar2 yang belajar di POLY contohnya,akan pergi pula belajar tahfiz,mungkin itu sesuatu yang menyedihkan buat saya.

untuk pengetahuan,saya adalah bekas pelajar yang pernah menuntut di Syria,jika ukhti berminat, di sana juga ada menyediakan tempat dan suasana belajar yang baik untuk cita cita ukhti.

saya di Malaysia sedang merangka bagaimana cara dan strategi yang terbaik untuk memberi peluang kepada anak anak bangsa menuntut ilmu dan menjadi hambaNYA yang bersyukur.

saya harap kita boleh saling bertukar maklumat dalam kerja kerja dakwah di rantau MELAYU kita ini khususnya dan dunia amnya.

saya akhukum fillah boleh juga ditemui di://ilmuana.blogspot.com

Pendahaga Ilmu said...

walaikumussalam..

Pertama sekali ana mohon maaf kalau lambat reply.ana ni baru habis periksa sekolah.

Alhamdulilah...segala apa yg ana paparkan di blog ni adalah sumber petunjuk dariNya.Cuma apa yg ana harapkan,orang lain dapat manfaat daripadanya.Bagi ana,dakwah kpd org lain tu tanggungjwab setiap individu terutama sekali pelajar2 yg mendukung ilmu ugama.Jadi ana ambil langkah ni sbg salah satu caranya untuk mendekati masyarakat diluar sana.

hmm..pasal pembelajaran disini,sebenarnya disini ada berbagai sistem pembelajaran.Apa yg ana boleh simpulkan:

1)kalau pelajar sek men biasa,mrk hanya disediakan pelajaran akademik saja.Jadi para pelajar ni mereka belajar ugama hujung minggu di masjid.Di masjid,disediakan pendidikan ugama utk pelajar2 sekular yg juga dikenali sbg 'madrasah part-time'.

Ada juga dikalangan mrk yg mengambil prog tahfiz hujung minggu.Tapi bilangannya sikit.selalunya mrk yg masuk ni dapat sokongan dari keluarga krn di sekolah,mrk tidak didedahkan dgn hafalan2.

2)kalau pelajar yg belajar di madrasah sepenuh masa,mrk akan belajar dua kali ganda dgn apa yg pelajar sekular belajar.kalau mrk hanya belajar setakat 7 subject,kami di madrasah perlu pikul 14 subject.Kerana madrasah disini menyediakan pendidikan yg bersepadu,ukhrawi dan duniawi.

Biasanya,mereka yg berminat dgn hafalan AlQuran,mrk akan mengambil prog tahfiz tambahan di masjid2.kalau anta nak tgk kurikulumnya,anta boleh lungsuri lelaman berikut:
http://www.mosque.org.sg/mks/new/tahfiz.htm

cakap psl melanjutkan pelajaran di syria,hmm..ana pernah jgk berminat utk sambung di Syria,tapi mungkin disana bukan tempat ana krn ana skrg ni lebih cederung utk ke Al-Azhar.Apapun,setiap tempat tu ada kelebihannya,bezanya ialah setiap org tu akan dapat apa yg dicarinya.Terpulang pada niat masing 2 dlm menuntut ilmu.

ana rasa setakat disini saja yg ana mampu jawab.kalau ade pertanyaan yg lain,boleh saja.Insya Allah saya akn menjawabnya.Syukran krn sering menjengok blog ana.Allah yubarik fik..