Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Hidupnya Dakwah,Matinya Syahid.


Solat Jenazah Sheikh Emad diimamkan oleh Mufti Mesir.


Bismillah Ar-Rahman Ar- Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'alihi.


Firman Allah ta'ala:


وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أَمْوَاتًا ۚ

بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَ‌بِّهِمْ يُرْ‌زَقُونَ


Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.


~Al-'Imran:169.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:


إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء


Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba2Nya tapi Allah mencabut ilmu itu dengan mencabut nyawa para ulama.

~Riwayat Imam Bukhari.



Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'uun. Telah meninggal dunia guru kami Shaikh Imad Iffat salah seorang ulama Azhar dan Darul Ifta Mesir pada hari jumaat,16/12/2011. Sheikh mengajar kitab "Mughni Al-Labib"(nahu) setiap selasa pagi di Masjid Al-Azhar Al-Syarif.

Fadhilat Al-Syahid Syekh Imad Iffat merupakan seorang tenaga fatwa Mesir, beliau terkenal dengan kefaqihannya dalam fiqh mazhab Syafi'iy, seorang yang 'alim dalam ilmu Nahu dan seorang pakar Qiraat 10. Seorang yang tegas tetapi penyayang, sayangkan kebenaran dan memperjuangkannya. Seorang yang sungguh tawadhu'.

Mufti Mesir, Syeikh 'Ali Jumu'ah hafizohuLLAh pernah memujinya: " Anta ma'aka kanzun ya Syeikh Imad" (Bagi dirimu harta yang bernilai Wahai Syeikh Imad) kerana keluasan ilmu yang ada pada dirinya.

Orang yang paling sheikh Ali Jumaah (Mufti) hormat ialah Sheikh Imad.Kalau sheikh Ali lupa,sheikh Imad ingatkan.Kalau sheikh Ali debat,sheikh Imad jawabkan.Kalau mereka berdua berhujah,sheikh Ali akan membenarkan hujah sheikh Imad.


Beliau pergi menghadap Ilahi kerana ditembak dalam rusuhan yang berlaku di Syari' Majis Al-Wuzara'.

Kalau hadir pengajiannya,beliau tidak terhenti membuat kami rasa ta'ajub akan keilmuannya.Dan saya kini betul2 terasa akan

sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam yang telah disebutkan diatas.
Dia bukan hanya pergi dengan jasadnya,malah segala ilmu dan rahsia2 ilmunya itu dibawa bersamanya.Kehilangannya menggegarkan Al-Azhar dan Mesir!

Tidak bertambah hari saya kecuali bertambah cinta pada Mereka, para ulama Al-Azhar Al-Syarif.Semoga Allah memelihara Mereka.

Teringat kata2 Sheikh Usamah:

"Al-Azhar Al-Syarif itu bukan terdiri atas tiang-tiang dan dinding-dinding masjid tapi yang dimaksudkan Al-Azhar itu adalah para ulamanya ."

Kami diberitahu bahwa solat jenazah akan berlaku selepas solat zuhur tapi apabila sebelum azan zuhur,diumumkan lagi bahwa waktu solat jenazah bertukar kepada selepas solat asar.Jadi,sepanjang penantian itu...berbagai incident berlaku di satu tempat.

Buat pertama kalinya saya berada di tempat mereka yang sedang lakukan pemberontakan secara damai.Sungguh berbeza cara para ulama berinteraksi dengan kejadian dengan orang awam!Orang yang berilmu itu tidak akan sama dengan orang yang tidak berilmu.Para ulama Al-Azhar menangani keadaan itu dengan penuh ketenangan manakala orang awam hanya mengikut perasaan, perasaan mereka itu mengatasi akal hingga tidak menjaga adab dan kehormatan masjid dan orang yang telah wafat.


Ternayata yang mulakan pemberontakan di tengah-tengah lapangan Al-Azhar itu adalah dari kalangan orang awam dan para ulama tidak masuk campur dengan aktiviti mereka.Malah,untuk meredakan keadaan dan mendiamkan pemberontak-pemberontak itu,diambil inisiatif dari kalangan ulama untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan digemakan hingga didengari oleh semua orang yang berada di masjid.

Kemudian bersuara seorang sheikh Al-Azhar mengingatkan jemaah:

"Tenang.Tenang.Tenang.Barangsiapa yang menyembah Allah,maka ikut sepertimana yang Allah mahu."

Allah...ketika itu, saya teringat kata-kata sayidina Abu Bakar kepada orang ramai ketika berita akan kewafatan baginda sollahu 'alaihi wasallam diterima:

من كان يعبد محمد فإن محمدًا قد مات ، ومن كان يعبد الله فإن الله حي لا يموت

Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat dan Barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak mati.




Seramai yang dilihat dalam gambar (kanan) itu yang sedang berarak,seramai itulah mereka beramai-ramai mengikut dari belakang jenazah sheikh dari Husin hingga ke sayidah Aisyah,tempat pengebumiannya,dengan berjalan kaki!Ajib...
Berjalan diatas nama cinta,tidak terasa penatnya!



Syaikh Wusam menceritakan bahawa sebelum beliau menjalani pembedahan kaki beliau kelmarin, Al-Syahid Syaikh 'Imad menelefon beliau sehari sebelum menemui ajalnya bertanyakan bahawa adakah engkau membaca surah Yaasin sebelum masuk ke bilik pembedahan, lalu Syaikh Wisam menjawab ya, lalu ditanya balik kenapa, namun al-marhum menjawab tiada apa2, sehinggalah pagi tadi baru beliau merasakan itu adalah isyarat dari al-marhum utk menghadiahkan bacaan Yaasin ke atas ruhnya...Allah!


Sheikh Yusri pernah berkata dalam pengajiannya:

"Syurga itu makhluk dan sebaik-baik makhluk Allah adalah Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.Kerana itu,sebaik2 balasan bukanlah syurga tapi adalah bersama Rasulullah di syurga".

Maka,apalah erti kita berada di syurga tapi jauh dengan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam...

Semoga Allah menempatkannya bersama Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam disana.

Ya Sayidi...
Nanti apabila engkau bersama Rasulullah...
Hulurkan tanganmu kepada kami...
Sehingga kami juga dapat bersama Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam....
Moga ketemu lagi Ya Sayyidi...



Penyaksian Sheikh Ali Jumaah terhadap sheikh Emad Effats.

Ya Allah,jangan Engkau mengambil nyawa ini kecuali dalam keadaan syahid di jalanMu.

Friday, September 23, 2011

Zaman Kegemilangan Kembali



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.



Firman Allah ta'ala:

يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ آمَنُواْ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat .

~Surah Al-Mujadalah:11.



Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Barangsiapa yang Allah mahukan baginya kebaikan,maka dia akan difahamkan kepadanya dalam urusan agama.


Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Setelah lebih kurang 6 tahun,pengajian kitab bersama mufti terhenti kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.Selalu guru kami menceritakan kepada kami akan pengalaman mereka menghadiri majlis ilmu Mufti.Sehingga terdetik dalam hati:"Untungnya orang2 terdahulu yang Allah berikan mereka kesempatan itu."Dan alhamdulillah... Allah kembalikan zaman itu, malah mungkin lebih baik.

Imam besar ,Syeikh Al-Azhar juga akan kembali mengajar di Masjid Al-Azhar Al-Syarif dan ditambah pula dengan pembacaan kitab2 besar turath bersama ulama2 besar Al-Azhar Al-Syarif yang akan disemarakkan semula disana seperti tafsir Al-Kasyyaf oleh Imam Zamakhsyari dan banyak lagi.

Maka,jagalah nikmat ini agar ia ditambah dan berkekalan.Jika tidak,akan ditarik semula kerana tidak bersyukur.Tanda syukur adalah kita rebut peluang yang Allah telah berikan kita dengan sebaik mungkin.

Sheikh Ali pernah sebut dalam pengajiannya baru2 ini:

"Kebaikan ummat ini akan kekal berterusan hingga ke akhirya.Alhamdulillah kerana Dia telah mengkhaskan kami menjadi ummat ini."

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

مثل أمتي مثل المطر لايدرى الخير في أوله أو آخره

Perumpaan ummatku seperti hujan,tidak diketahui kebaikan itu di awalnya atau diakhirnya.


Riwayat Imam Al-Tirmizi dan Imam Ahmad.


Jadual Sheikh Ali Jumaah :-

Hari: Sabtu,Ahad ,Isnin.

Waktu: 8.00 -9.30 AM.

Kitab:
-Al-Ashbah wa Al-Nazoir oleh Imam Al-Suyuthi (qawaid).
-Al-Tamhid oleh Imam Al-Isnawi (usul + feqh).
-Ghayah Al-Wusul fi lubbi Al-Usul oleh Sheikh Zakaria Al-Ansori (usul feqh).

Pengajian Tafsir:-

Hari :Setiap Sabtu dan Jumaat.

Waktu: 10 PM

Tempat: Masjid Fadhil (Masjid Mufti) @ 6 october.
Add: مدينة (6) أكتوبر الحي المتميز منطقة غرب سوميد

Saya sangat mencintai Al-Azhar Al-Syarif dan para ulamanya.Moga ia juga mencintai saya sepertimana Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam mencintai jabal uhud dan jabal uhud juga mencintai Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam!!!

Ya Allah,Engkau peliharalah kaabah ilmu ini dan orang2 yang memperjuangkannya.

Bagaimana saya mahu balik ya Allah...dengan Al-Azhar sedang melalui zaman kegemilangannya?!Memang saya gila kerana tidak memahami perasaan orang lain dan mengutamakan perasaan cinta saya.

Engkau rahmatilah perasaan ini...
Sesungguhnya hanya Engkaulah pengubat jiwa yang lara...




Rakaman pengajian usul feqh oleh Sheikh Ali Jumaah @ Masjid Al-Azhar Al-Syarif.

Saturday, September 03, 2011

Pencorak Kain Putih



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.

Firman Allah ta'ala:

إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت وَمَا تَوْفِيقِيۤ إِلاَّ بِٱللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.

-Surah Hud:88.


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا

وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya dan ahli langit dan bumi sehingga semut yang berada didalam lubang dan ikan paus mendoakan kebaikan kepada orang yang mengajar manusia kebaikan.

-Riwayat Imam At-Tirmizi.

dan Sabda yang lain...

فَطُوبَى لِرَجُلٍ جَعَلَهُ اللَّهُ مِفْتَاحًا لِلْخَيْرِ ، مِغْلاقًا لِلشَّرِّ .

وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَهُ اللَّهُ ، مِغْلاقًا لِلْخَيْرِ ، مِفْتَاحًا لِلشَّرِّ


Maka beruntunglah bagi seorang lelaki yang Allah jadikannya pembuka kepada kebaikan dan penutup bagi kejahatan.Dan celakalah bagi yang Allah jadikannya penutup bagi kebaikan,pembuka kepada kejahatan.

-Riwayat Ibnu Majah.

Alhamdulillah...Pada 2 August 2011 bersamaan dengan 1 ramadhan, adik2 baru kami tiba di Mesir.Seramai hampir 40 orang.Orientasi 2011/2012 kali ini bertemakan:Ilmu,Ibadah,Dakwah, yang merupakan 3 rukun Al-Azhar Al-Syarif.Ia berlangsung selama 11 hari di Markaz Perkemas Singapura.


Dan ini buat kali pertama alfaqir ikut sertai dalam orientasi sebagai programmer.Apabila ditawarkan sebagai programmer,rasa teragak-agak kerana tugas itu berat dan perlu komitment yang penuh.Dan 1 realiti berat yang perlu dihadapi oleh diri ini adalah terpaksa mengorbankan pengajian2 saya dan saya bukan jenis yang mudah melepaskan kelas2 luar saya terutama lagi apabila waktu itu didatangi oleh ulama yang sangat saya nanti-nantikan iaitu sheikh Nuruddin .

Cuma saya ambil kesempatan itu untuk mentarbiyah keterikatan hati saya terhadap kelas2 itu.Cuba untuk melepaskan sedikit demi sedikit pautan itu sehingga bersedia untuk melepaskannya untuk jangka waktu yang panjang iaitu bila pulang nanti.Dalam masa yang sama,ini adalah peluang saya untuk menjadi golongan yang Rasulullah sebutkan ini:


لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حمر النعم

Dengan Allah memberi hidayah kepada seseorang disebabkan kamu itu lebih baik dari seekor unta merah (puncak kekayaan orang arab).

-Riwayat Imam Al-Bukhari.

Peluang saham akhirat yang menanti!!!


Sebenarnya orientasi itu bukan hanya untuk adik2 yang baru datang bahkan senior2 yang join juga turut terasa berorientasi bersama adik-adik.Seniors bukan hanya mendidik malah dididik kerana seniors perlu sedaya upaya menunjukkan qudwah yang terbaik!Adik2 yang baru datang,mereka bagaikan bayi yang baru lahir,tidak tahu apa2 hanya bergantung kepada seniors.Oleh itu,seniors bertanggungjawab dalam apa yang mereka corakkan buat generasi akan datang.

Ingin alfaqir merakamkan kenangan manis orientasi 2011/2012 dimana para ulama besar mengunjungi markaz kami....


Pada 5 August 2011...

Sheikh Dr Usamah Sayid Mahmud Al-Azhari diundang pada program orientasi buat kali ke 2.Kalau pada tahun lalu 2010,pengisian sheikh berbentuk nasihat kepada para pelajar yang baru tiba Mesir.Akan tetapi kali ini,ia berkenaan dengan Manhaj Al-Azhar yang merupakan kesimpulan dari kitab beliau :
الإحياء الكبير لمعالم منهج الأزهر المنير

Subhanallah...walau pernah ikuti pembentangan kitab ini di Masjid Al-Azhar As-Syarif oleh sheikh Usamah sendiri,tetap banyak input baru yang diperolehi pada majlis tersebut.

Tak rugi dengar berkali2!Mungkin apa yang difahami pada pertama kali itu, tidak difahami pada yang kedua kali.Sangat terharu dengan kedatangan ulama besar Al-Azhar As-Syarif seperti beliau ke markaz persatuan kami.




Pada 8 August 2011...

Buat pertama kalinya,datangnya ulama besar Nusantara,Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari.Allah...Happy tersangat alhamdulillah.Sheikh banyak memberi semangat dan kata2 nasihat sebagai tolibul ilm.Diantara nasihat beliau yang sangat terkesan adalah:

"Diantara sebab kegagalan mahasiswa/wi Mesir adalah kerana tidak menghormati kemuliaan tempat yang ia berada".

Dalam pengajian,sheikh selalu ingatkan bahawa jangan perbuatan2 yang kita lakukan di Mesir ini mengguris hati dan perasaan para sahabat Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,para ulama dan auliya yang tersemadi di bumi Mesir ini.

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi :

من عادي لي وليًا فقد آذنته بالحرب

Siapa yang menyakiti waliKu,maka Aku isytiharkan perang buat dirinya.

-Riwayat Imam Al-Bukhari.

Tiada harapan lain sebagai seniors buat adik2nya selain menginginkan mereka itu lebih baik dari kakak2 dan abang2 mereka.

Tersentuh hati apabila seorang adik berkata kepada saya:

"Kakak,pimpin adik ye di Mesir".

Itu tiada ikatan nasab.

Terasa bagaimana lagi jika kata2 itu keluar dari mulut seorang hamba kepada Penciptanya?! Setiap hari kita minta kepada Allah agar pimpin kita ke jalan yang lurus.Tidak mengusik Allah kah untuk mengabulkannya sedang Dia yang menciptakan kita???Allah...

Terima kasih ya Allah kerana Engkau hadiahkan adik2 ini buat kami,
Kami tinggalkan mereka dibawah pemeliharaanMu...

Friday, June 10, 2011

Menadah Mutiara dari Pewaris Rasulullah



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.



Firman Allah ta'ala:
وقرآن الفجر إن قرآن الفجر كان مشهوداً

The recital [of the Qur’ān] at dawn, the morning prayer. Verily the dawn recital is ever witnessed, it is witnessed by the angels of the night and the angels of the day.


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

اللهم بارك لأمتي في بكورها

Ya Allah,berkati ummatku di waktu paginya.


Riwayat Imam Ahmad.

Diantara cara menambahkan kecintaan terhdap Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

Membaca kutub sittah (apa yang termampu) sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.



Subhanallah...tadi semasa pengajian kitab Muwatta' sheikh Yusri,beliau menceritakan jangka waktu yang diambil untuk membaca hadis-hadis Sunan.Sheikh berkata bahawa beliau mengkhatamkan bacaan sunan serta syarah:-
11 tahun untuk Musnad Imam Ahmad,
5 tahun bagi kitab Al-Minhaj (syarah sohih muslim oleh Imam Nawawi),
4 tahun setengah bagi kitab Tuhfah Al-Ahwazi (syarah sunan Tirmizi),
16 bulan bagi sunan Abi Daud,
11 tahun (iaitu hingga sekarang ini di Masjid Al-Azhar ) bagi sohih Al-Bukhari,

Dan sekarang masih membaca Muwatto' setiap selepas solat jumaat,dan sudah mula membaca Sunan An-Nasai' pada setiap pagi,baki kitab sunan Ibn Majah.Dan Insya Allah akan terus hidup dengan nafas Rasulullah sehingga bertemu Allah azza wa jalla.Allah....

Dan ini semua diistiqamahkan dalam membacanya selepas solat subuh hingga waktu isyraq.Bermula rutin ini sejak beliau di kuliah dan sudah terbiasa untuk tidak tidur selepas subuh dan 'ketagih' untuk membaca hadis2 Rasulullah pada waktu itu.

Sheikh ingin menunjukkan disini bahawa betapa ajibnya kata2 Rasulullah bahawa barakah itu pada awal pagi sehingga dengan waktu yang singkat dan istiqamah itu, dapat mengkhatamkan kitab2 sunan tersebut.

Tambahan sheikh :"Jangan peduli dengan bilangan orang yang datang,yang penting baca walau tiada orang yang hadir.Pernah 3 orang saja yang hadir dan yang mendengarnya dari kalangan orang2 tua.Biasakan diri untuk tidak terus keluar dari tempat solat/masjid hingga waktu isyraq.Mengisinya dengan zikir dan membaca kitab."

Dan itulah apa yang diajarkan oleh para murabbi sepertimana juga ia dibuat oleh sayyidi Al-Habib Umar di Dar Mustafa/Dar Al-Zahra' di Tarim Hadramaut buat anak didiknya. Ajib...

Jauh sangat cara kehidupan kita dengan Mereka.Bagaimana kita boleh dapatkan itu sedang kita buka Facebook itu lebih lama dari buka Al-Quran atau Hadis dan kita mulakan hari kita pun bukan dengan membuka 2 sumber agung itu tapi membuka Facebook terdahulu!

Kesempatan di Mesir ini sangat berharga.Kitab-kitab Sunan dibaca di merata tempat di sekitar Al-Azhar Al-Syarif.Alhamdulillah...Itulah isitimewanya Mesir!
Kekadang orang tak faham kenapa tak sambung pengajian di tempat lain saja yang sistem universitinya itu jauh lebih baik.Sebenarnya bukan universitinya tapi sekitar universitinya.

Jika terdetik "Bila nak habis kitab2 sunan ini sebelum balik?dengan sheikh baca sedikit demi sedikit serta syarah?"

Kalau sheikh bertahun-tahun lamanya untuk mengkhatamkan itu semua,tapi kita ini yang hanya 4 tahun atau lebih mahu tergesa-gesa???Be realistic dan beradab dengan ilmu itu!

Walau kita tidak dapat mendengar kitab sunan2 tersebut dari awal hingga akhir dari mulut para syuyukh itu ,hanya setakat "celup sana sikit,celup sini sikit",tetapi sekurang-kurangnya kita sudah diberi kunci dari para masyayikh untuk meneruskan pembacaan sunan2 itu di kemudian hari bila balik ke tanahair nanti.

Dari situ ,kita mulakan pembacaan kitab2 sunan itu mula dari keluarga kita.Allah...Semoga kami dapat ikuti jejak langkah guru kami ini.

Masalah besar: Membacanya tanpa diberikan kunci oleh Mereka,para masyayikh yang mempunyai sanad yang bersambung hingga Rasulullah.

Kekadang sedih juga; bagaimana untuk kita tidak miss walau sehadis dari mulut para masyayikh kita.Walau kita berusaha untuk tidak ponteng pengajian ,tetap akan juga ada 'rongak'nya.Ini semua mengajarkan kita bahawa kesempurnaan itu hanya milik Allah.

Sheikh Awad pernah berkata:

السماع رزق فيرضى لكل واحد رزقه

Mendengar hadis itu rezki.Maka setiap orang itu perlu redha akan bahagian rezekinya.

Tambahan beliau:

"Kita tidak akan dapati pendengaran hadis itu secara sempurna kecuali sedikit dan jarang.Berapa ramai yang mendengar secara sempurna,berbangga dengannya dan Allah tidak berkati pendengaran hadis tersebut dan rehlahnya itu.Sedekah Allah itu diberikan untuk orang terasa dirinya faqir bukan orang yang bangga."

Syeikh telah memujuk hati ini...


1 sebab utama "Kenapa kita SANGAT PERLU merebut majlis pembacaan hadis bersama para Syuyukh" adalah untuk MENGENALI RASULULLAH sollahu 'alaihi wasallam dengan maqam yang selayaknya sebagai kekasih Allah!

Merekalah yang mengajarkan kita adab terhadap Rasulullah kerana berapa ramai yang membaca hadis2 Rasulullah tapi tidak beradab dengan Rasulullah!Semoga Allah mengurniakan kita adab Rasulullah sollahu alaihi wa sallam.

Syekh 'Awad Al-Manqoush حفظه الله berkongsi 6 tips bagi mereka yang ingin menambahkan kecintaan kepada Sayyidina Rasulullah :

1)Membaca sirah Rasulullah sekurang-kurangnya 8 kali

2)Membaca Syamail Muhammadiyah sekurang-kurangnya 4 kali

3)Membaca kutub sittah (apa yang termampu) sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

4)Berselawat ke atas Rasulullah sekurang-kurangnya 100 kali pada waktu pagi dan 100 kali pada waktu petang.

5)Melazimi majlis muhibbin(para pencinta) Rasulallah.

6) Makan tamar Madinah (kerana padanya turbah Al-Madinah)


Ya Allah,Sepertimana apa yang Engkau berikan kepada hamba2Mu yang soleh,jangan engkau mengharamkan kami dari memperolehinya...

Saturday, June 04, 2011

Rejab Bulan Keampunan



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.



Firman Allah Ta'ala:

قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعا

Katakanlah : Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Az-Zumar:53

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة

Demi Allah aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih dari 70 kali dalam sehari.

Riwayat Imam Bukhari.

Dan sabda yang lain:
طوبى لمن وجد في صحيفته استغفاراً كثيراً

Beruntunglah bagi yang didapati lembarannya itu isitghfar yang banyak.

Riwayat Imam An-Nasai'dan Ibn Majah.


Sayidina Abi Hurairah berkata:

ما رأيت أكثر استغفاراً من رسول الله صلى الله عليه وسلم

Aku tidak mendapati orang yang paling banyak beristighfar selain Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.


Allah...malu dengan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam!


Kata para ulama: "Rejab bulan Istighfar ,Sya'aban bulan Selawat,Ramadhan bulan Al-Quran."

Hikmah dari Kekata itu:

Dimulakan dengan Istighfar adalah kerana sebelum kita menerima limpahan cahaya dan nafahats dan rahsia2 Al-Quran di bulan ramadhan,maka hendaklah kita mempersiapkan hati kita dengan membersihkannya terdahulu iaitu dengan istighfar .Kerana cahaya itu tidak masuk ke hati yang tertutup dengan kegelapan.

Bulan Syaaban pula dikhaskan untuk banyak berselawat adalah kerana untuk memperbaiki hubungan kita dengan Rasulullah.Sesungguhnya tanpa melalui lisan Rasulullah As-Syarif,kita tidak akan dapat menikmati nikmat Al-Quran itu.Firman Allah Ta'ala:

فإنما يسرناه بلسانك
Maka sesungguhnya Kami memudahkan Al-Quran ini dengan lidah/bahasamu.

Surah Maryam:97
Allah...

Apabila tiba bulan Ramadhan,maka hati kita pun sudah bersedia untuk menadah kepada limpahan rahmat,cahaya,rahsia dan nafahats Al-Quran....


**************************

Pengalaman di Dar Al-Zahra'/Darul Mustafa Tarim Hadramaut pada bulan rejab:

Setiap selepas solat subuh dan isyak secara jemaah,sebelum membaca zikir selepas solat,kami akan membaca istighfar ini beramai-ramai sebanyak 70 kali:

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وارْحَمْنِيْ وَ تُبْ عَلَيَّ

Ya Allah,ampunilah dosaku,rahmatiku,terimalah taubatku.

Rindu sangat suasana itu.Siapa yang pernah kesana,pasti akan melanda rindu bak Tsunami.Cara untuk mengubati kerinduan tersebut adalah dengan menghidupkan suasana itu dalam keluarga/ahli rumah kita.Apabila kita menghidupkan suasana tempat itu di rumah kita,terasa seolah-olah kita sudah terbang ke musolla sana,membaca bersama mereka.Allah...Syurga Dunia!


Nasihat Sayidi Murabbi Habib Umar Ibn Hafidz sempena bulan Rejab.

Tuesday, March 01, 2011

Bahasa Cinta Bukan Ta'asub



Bismillah Ar-Rahman Ar- Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'alihi.


Firman Allah ta'ala:

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ ٱلأَلْبَاب

Allah menganugerahkan al hikmah (kepahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).

~Surah Al-Baqarah:269.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها

Hikmah itu adalah barang kehilangan bagi orang mukmin.Dimana saja ia mendapatinya,maka dia yang paling berhak terhadapnya.

~Riwayat Imam Ibn Majah.

Kata Para Ulama:

من بركة العلم عزو كل قول إلى قائله

Diantara keberkatan ilmu ialah menisbahkan setiap kekata itu kepada yang berkata.


Kekeliruan yang bermain di fikiran orang....

Ada yang bertanya-tanya (bukan kepada saya tapi melalui orang lain):

"Kenapa saya suka mengambil kata2 ulama tertentu seperti Al-Habib Umar sedangkan kita mempunyai Al-Quran dan Al-Hadith ?! "

Dalam maksud yang lain 'taksub' dengan ulama tertentu.

Kita perlu faham maksud ta'asub disini.Istilah ta'asub dalam Kamus Dewan edisi ke-4 bermaksud :"Kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik." Keterlaluan ini berlaku apabila ia menganggap bahawa hanya pendapat yang dipegangnya itu betul dan pendapat yang lain itu salah.

Kenapa saya banyak mengambil kata2 Sayidi Al-Habib Ibn Hafidz?

Kerana...

-Apabila saya mendengar kalamnya,saya mendapati hikmah disitu dan mengambilnya untuk dikongsikan bersama sebagai 1 perkongsian.

-Keseringan mendengar ceramahnya, menjadikan saya lebih banyak mendapat faedah darinya berbanding dari ulama yang lain.

-Kalamnya itu sangat terkesan kepada diri saya kerana selalunya apa yang beliau katakan,pasti akan terkena pada diri alfaqir ketika itu.

-Dia umpama ayah saya secara ruh.

Kata Syeikh Athiyyah Mustafa Muhammad Hussein :


"Sheikh Murabbi yang mentarbiyah kita umpama ayah dan para ulama yang mengajarkan kita ilmu adalah umpama pakcik2 saudara kita."

Sejauh ini,alfaqir rasa apabila memetik kata2 beliau,tidak lagi menyalahkan kata2 yang lain.Dan tidak pula menjadikan kata2 beliau sebagai dalil syara' seperti Al-Quran dan Al-Sunnah.Ia hanya sebagai kata2 hikmah yang dijadikan buat renungan bersama.

Ada sebahgian yang mengambil kekata orang tanpa menisbahkan kekata tersebut kepada pemiliknya demi mengelakkan diri dari dipanggil orang sebagai 'ta'asub pada si fulan' atau tidak mahu menunjukkan bahawa dirinya tiada mempunyai apa2,kerana yang diambil semuanya dari kata2 para ulama bukan dari diri sendiri?! Ajib...

Kenapa para ulama mengatakan "Diantara keberkatan ilmu ialah menisbahkan setiap kekata itu kepada yang berkata " ???

Cuba kita amati...

-Apabila kita menisbahkan kekata itu pada seseorang,ia memberi isyarat bahawa Kita tidak mempunyai apa2 iaitu sedar diri bahawa dirinya JAHIL.

-Amanah dalam menyebarkan ilmu.

-Senang untuk dirujuk bagi yang mendengar.

-Jika berlaku kesalahan ,boleh dikenal pasti kesalahan itu berpunca dari pihak mana dan tidak menisbahkan ia kepada agama.

Teringat Akhlak Ulama kami,Sheikh Yusri Jabr Al-Hasani apabila membahagikan nota ilmu
kepada kami dan berkata:



"Saya mahu kalian tulis di nota ini, nama saya, pada tarikh sekian ,di tempat sekian, kerana jika ia baik,maka segala pujian buat Allah,akan tetapi jika sebaliknya,saya yang dipersalahkan bukan agama."

Kesimpulan: Berlapang dada untuk menerima hikmah dari sesiapa pun.

Ya Allah,Bersihkan hati kami dari segala penyakit2 hati yang menghijabkan kami dari menerima hikmahMu...

Wednesday, February 16, 2011

Surat Cinta buat Kekasih


Selawat bersama Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad wa 'ala alihi.


Sempena Hari Kelahiran Rasulullah, 12 Rabi'ul Awal...

Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam bersabda :


وددت أني لقيت إخواني . قال : فقال أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم : أو ليس نحن إخوانك ؟ قال : أنتم أصحابي ، ولكن إخواني الذين آمنوا بي ولم يروني


Aku suka untuk bertemu dengan saudara-saudaraku,Maka telah berkata para sahabat Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:Bukankah kami saudara-saudaramu?Rasulullah berkata:Kalian sahabatku akan tetapi saudara-saudaraku adalah mereka yang beriman kepadaku dan tidak melihatku.

~Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.



Allah.....

Rasulullah merindui kita semua terdahulu sebelum kita merindui Rasulullah...

Dalam riwayat lain,

Rasulullah menangis kerana rindukan kita semua...

Kita pula bagaimana???

Ya Allah,

Lembutkan hati-hati kami untuk merinduinya,

Lembutkan hati-hati kami agar hati kami bergetar apabila menyebut namanya dan sifat peribadinya,

Jadikan Engkau dan Dia lebih kami cintai dari diri kami sendiri,

Jadikan hawa nafsu kami mengikut apa yang Dia mahu,

Kurniakan kami ikutan secara total zahir dan batin,

Elokkan amalan2 kami sehingga apa yang dipamerkan kepadanya,

Hanya menggembirakan hatinya,

Dan mengucapkan tahmid apabila melihat amalan2 kami itu.

Ya Allah,

Jadikan kami diantara hamba-hamaMu yang menyejukkan hati Rasulullah,

Yang apabila setiap kali Rasulullah melihat kami,

Dia senantiasa tersenyum...

Maafkan kami ya Rasulullah atas kecuaian kami terhadap haq-haqmu.

Rasulullah tunggu kita semua di telaga khaud...


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam :

أنا فرطكم على الحوض

Aku tunggu kalian di telaga Khaud.

~Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim.


Ya Allah,

Izinkan kami meminum air telaga khaud itu dari tanganya As-Syarif.

Tuesday, February 08, 2011

Cinta dan Rindu Mesir


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

إنما الصبر عند الصدمة الأولى

Hanyasanya sabar itu pada kejutan yang pertama.

~Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Alhamdulillah...Sekarang alfaqir sudah selamat sampai di Singapura.Siapa sangka yang akhirnya pulang juga ke tanahair.Berbagai rancangan yang sudah dirancangkan apabila cuti nanti di Mesir...tapi RancanganNya mendahului rancangan saya.

Apabila mendapat berita bahawa semua wajib pulang ke Singapura kerana tragedi pemberontakan yang di Mesir ini,saya tidak dapat menerima hakikat...ucapan saya hanya "tidak mahu balik...".

Lupa bahawa yang menghantar saya pulang ke tanahair bukan manusia2 yang bertanggungjawab...

Tapi Dia yang menghantarkan saya pulang.

Mereka hanya sebagai tampilan Allah dalam melaksanakan ketentuanNya.

Saya terlupa disebalik kejadian ini semua adalah ketetapanNya.

Siapa saya untuk menginginkan suatu keinginan sedangkan saya hanya seorang hamba.

Seorang hamba hanya mengikut ketentuan Tuannya.

Seorang hamba tidak sepatutnya berlaku biadab apabila Tuannya sudah menetapkan sesuatu buat dirinya.

Malah,

Sepatutnya menerimanya dengan kerendahan diri dan menyerahkan sepenuh jiwa raganya untuk melaksanakan kemahuan Tuannya.

Ya Allah,
Seandainya Engkau ambil nikmat keamanan ini,
Kerana kecuaian kami dalam menuntut ilmu,
Dan ketidak ikhlasan kami dalam mengejar IlmuMu,
Maka ampunkan dosa-dosa kami...

Sunday, April 18, 2010

Rahmat dan Anugerah Disebalik Penantian Itu



Firman Allah :

يأيها الذين آمنوا اتقوا الله كونوا مع الصادقين

Wahai orang-orang yang beriman,hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah dan hendaklah kalian bersama dengan orang-orang yang benar.

~Surah Al-Taubah:119

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

رباط يوم في سبيل الله خير من الدنيا وما عليها

Sehari mengikat diri di jalan Allah itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

~Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Kata Para Ahlillah:

لولا مجالسة الصالحين ما أحب أن أبقى في هذه الدنيا

'Kalau tidak duduk bersama para solihin,aku tidak suka(tidak berhajat) untuk hidup di dunia ini.'


Pada kali ini,Diri tidak berkesempatan untuk ke Dowrah Sayyidi Al-Habib Umar.Pada mulanya memang sudah diingatkan oleh kedua ibu bapa bahawa musim cuti saya kali ini adalah di Mesir.

Kemudian adalah beberapa kejadian yang menyuburkan kembali harapan untuk kesana semula.Dan diri ini cuba untuk meminta izin tapi jawapannya seperti yang lalu.

Ketika menelifon...

Saya: 'abah,boleh saya pergi sana sebab...'

Abah: 'tak boleh lah...abah risau.'

Saya pun cuba memujuk lagi dengan menerangkan kenapa saya perlu pergi.

Bapa kelihatan berat untuk mengatakan 'tidak' tapi dalam yang masa kerisauan melebihi dari keinginan untuk mengizinkan saya pergi.

Akhirnya saya berkata...

'Takpelah abah...abah buat istikharah,saya pun istikharah' (dengan berat hati untuk mentaati keputusan itu) sambil 'yearning' hati ini :

'Ya Allah...bagaimana dengan hati ni....'

Walaupun begitu,masih juga menanti jika Allah mahu melembutkan hati mereka kerana urusan hati itu adalah urusan DIA.Jika DIA mahu,maka dengan sekelip mata saja ia boleh berlaku.

Penantian demi penantian akan jawapan istikharah.


Kemudian Allah mengingatkan saya tentang 1 kejadian pada ramadhan yang lalu...

Biasanya pada tanggal 20-25 ramadhan sayyidi Al-Habib Umar akan melakukan umrah.Tapi kelihatan ketika itu pengajian beliau maseh berterusan.Saya pun tertanya-tanya,tahun ini habib tak buat umrah ke?Akhirnya diberitahu bahawa habib lambatkan rancangan beliau ke umrah kerana pada minggu itu ibunya sakit(sakit biasa bukan sakit tenat).

Allah...sampai begitu sekali...


Sabda Rasulullah sollahu 'alai wasallam:

مايصيب المؤمن من وصب ولانصب ولا سقم ولا حزن حتى الهم يهمه إلا كفر به من سيئاته

Tidak menimpa seorang mukmin dari kesakitan,kepenatan,kecelakaan,kesedihan hingga kerisauan yang dirisaukan kecuali dihapuskan dengannya itu segala kejahatannya.


~Riwayat Imam Muslim

Menurut dari hadis itu menunjukkan bahawa kesakitan,kesedihan dan kerisauan adalah penghapus dosa kita.Tidak kiralah samada kesakitan dan kerisauan itu pada sesuatu yang zohir atau ma'nawi.

Kesakitan...sakit menanggung rindu akan majlisnya,terasa begitu 'sakit' akan kekerasan hati ini hingga merasakan perlunya membuat rawatan hati iaitu dengan menghadiri majlisnya.

Kesedihan...kerana tidak dapat hadir majlis ilmunya disana.

Kerisauan...kerisauan akan keadaan hati ini tanpa menghadiri majlisnya kerana majlisnya(menurut pengalaman alfaqir) adalah majlis yang membuatkan hati yang keras menjadi lembut.

Moga2 segala perasaan itu adalah sebagai penghapus dosa-dosa saya.Memang benarlah sabda Rasulullah bahawa keadaan orang mukmin itu segalanya baik.

Terima Kasih Rasulullah...kalammu itu pengubat dan penyejuk hati ini...

Hati berbisik:

'Kalau memang betul engkau kesana untuk mentarbiyah hati,maka dengan Dia tidak mengizinkan engkau kesana,sebenarnya engkau telah perolehi apa yang engkau inginkan itu kerana DIA ada caranya tersendiri untuk mentarbiyah hatimu.

Dan berkemungkinan jika engkau pergi pun dalam keadaan DIA tidak menginginkan pemergianmu,maka engkau telah diharamkan untuk mendapat keberkatan majlisnya.

Yang penting...
Biar Dia yang menentukan cara yang terbaik untuk mendidik hatimu.Kerana DIA Maha Bijaksana.KITA hanya HAMBA.'

Terima Kasih Ya Allah...Aku hambaMu....

Inilah makna dari kata2 Imam Ibn Atoillah...

ربما أعطاك فمنعك،
وربما منعك فاعطاك،
متى فتح لك باب الفهم في المنع،
عاد المنع عين العطاء


'Berkemungkinan DIA memberi kamu,maka DIA mengharamkanmu (dari pemberian itu) dan berkemungkinan DIA mengharamkanmu,maka DIA memberi kamu(pemberian tersebut).Dan apabila dibukakan kepadamu kefahaman dalam pengharaman itu,jadilah pengharaman itu pemberian.'


Saya berharap walau tidak dapat hadir majlisnya disana,saya dapat khaskan waktu saya untuk mendengar pengajian beliau melalui online di Mesir.

Bagaimana saya boleh menyibukkan diri dengan urusan lain (selain kewajipan) sedang murabbi saya sedang mengadakan majlis ilmu secara besar-besaran disana.

Ya Allah,Didiklah hati kami sepertimana Engkau mendidik hati kekasihMU Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam...

Wednesday, March 10, 2010

Dunia dan Seisinya Menangis



Al-Fatihah buat Sheikh Al-Azhar,Sheikh Mohammed Sayed Tantawi yang telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 10/3/2010...

Semoga Allah merahmatimu.


Allah Berfirman :

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ

Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati.

~Surah Luqman:34



Betapa beruntungnya beliau,
Dikebumikan di Baqi',
Berjiran dengan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,
Disisi para sahabat,tabi'in dan syuhada Radiyallahu 'anhum ....

Sayyidi..
Engkau telah ditempatkan oleh Allah bersama Mereka,
Di dunia lagi sebelum akhirat,
Sedang Kami,
Belum pasti lagi keadaan kematian kami,
Bersama siapa kami ditempatkan,
Dengan siapa kami akan dikumpulkan nanti...

Walaupun begitu,
Terselit di sudut hati ini,
Keyakinan akan janji Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,
Bahawa,
Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya...






Ya Allah,Kami sangat menantikan pertemuan KAMI bersama MEREKA...

Tuesday, February 23, 2010

Ingin beradab dengan Adab Rasulullah



Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Bibir ini sudah tidak terungkap lagi kata2 kesyukuran kepadaNYA.Hanya ALLAH saja yang layak memuji diriNYA sendiri.

Tahun lalu,pernah disudut hati yang kecil ingin membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad (Kumpulan Hadis2 berkenaan adab dan akhlak) oleh Imam Al-Bukhari bersama teman2 akan tetapi kerana kesuntukan masa,hajat itu tidak kesampaian.

Kemudian pada Dowrah Sheikh Nuruddin kali ini,Sheikh memilih kitab itu untuk dibaca dan dikhatamkan sekali.Subhanallah...Allah itu tidak pernah mensia-siakan niat2 hamba2NYA.

Rasa penuh kesyukuran ini,hanya DIA saja yang Maha Mengetahui.Sebagai tanda kesyukuran kerna diberikan kesempatan olehNYA,alfaqir telah berazam untuk tidak melepaskan pendengaran walau 1 hadis pun dari mulut Sheikh.

Sehinggakan apabila kelas sheikh bertembung dengan kelas lain,membuat alfaqir dilema antara kelas itu dan ini atau kelewatan yang tidak dapat dielakkan,Allah tukarkan rancangan sepatutnya.Kelas yang bertembung itu dibatalkan dan bila terlewat pula,tiba2 sheikh menukar kitab lain terdahulu untuk dibaca sedangkan kebiasaannya sheikh akan mulakan bacaan dengan kitab Al-Adab Al-Mufrad.Subhanallah...

Firman ALLAH :

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ

Kemudian apabila engkau telah berazam(untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.(3:159)


Jadi,banyakkan niat2 yang baik sepanjang kita menuntut ilmu terutama di bumi kinanah ini.Allah tidak mensia-siakan keazaman hamba-hambaNYA.Minta kepadaNYA.


Alhamdulillah,pada hari ini,selasa 9 Rabi'ul Awal,Sheikh telah mengkhatamkan kitab tersebut.

Sempena 9 Rabi'ul Awal ini iaitu hari kelahiran Rasulullah (ada khilaf antara tarikh 9 dan 12)...

Sabda Rasulullah (sollahu 'alaihi wasallam):

عرضت علي أعمال أمتي حسنها و سيئها...الخ

Dipamerkan kepadaku amalan ummatku dari amalan kebaikannya dan kejahatannya...
~Riwayat Imam Muslim :SOHIH

1 harapan KAMI....

Agar Majlis Pengkhataman yang disaksikan olehmu DISANA,menggembirakan hatimu Ya Rasulullah.

From US to YOU.... Ya Rasulullah....!!!

Kitab sudah dikhatam,baqi daripadanya AMAL.

Ya Rasulullah,Kami mahu beramal dengan adab2 yang engkau telah ajarkan kepada Kami.

Ya ALLAH,
Bantu KAMI untuk beramal dengan apa yang telah kami pelajari,
Sesungguhnya tiada daya dan upaya untuk kami lakukan,
Kecuali dengan pertolonganMu...
Jangan Engkau jadikan ilmu yang kami pelajari itu,
Hujjah keatas diri kami kerana tidak mengamalkannya,
Balasi segala jasa baik guru kami yang telah mengajar Kami kitab tersebut sebaik-baik ganjaran disisiMU....

Monday, February 01, 2010

Habib Umar Australia's Tour 2009




'I'm sured that you have touched the hearts and the minds of everybody who has seen you and listen to you..'
~Moderator

*Syarahan Sayyidi Al-Habib Umar @ Australia '09' with English translation:

1)My Message to Muslims in the West (click!)

2)The Roles of Professionals in the West (Click!)

****************************************************

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد

إذا اشتكى شيئا تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى


Perumpamaan orang mukmin yang saling menyayangi dan mengasihi antara sesama mereka seperti sebuah jasad,apabila mengadu kesakitan salah sebuah anggota badan tersebut,maka seluruh badan merasa kesakitan.
~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Tafsiran hadis tersebut menurut Para AhliLLAH:

'Jika ruh itu mempunyai kesamaan (dalam cara kehidupan,kesukaan and etc.) dan saling menyayangi antara 1 sama lain,maka berhubunglah perasaan antara mereka (iaitu dia dapat merasai apa yang kita rasai,dan kita pula dapat merasai apa yg dia rasai).'


~Petikan dari kata2 Sheikh Muhammad Iwad @ pengajian pembacaan Sohih Muslim.

kalau tidak percaya...

Kita ambil contoh paling dekat iaitu IBU kita.Ibu selalu dapat merasakan apa yang dilalui oleh anaknya dari kesakitan atau sebagainya.Seolah-olah ade 1 perasaan yang Allah tiupkan didalam hatinya hingga dia juga dapat merasai apa yang kita rasai.Ini tiada lain kecuali kerana cintanya dan belas kasihannya yang sangat mendalam terhadap anak-anaknya.

Jika itu terjadi dari seorang yang memberi makan kepada jasad kita,bagaimana pula jika seseorang itu adalah yang memberi 'makan' kepada ruh kita???Bukankah lebih-lebih lagi terasa?


Ya Allah,
Ku tahu jarak tidak memisahkan hati orang mukmin,
Sampaikan salam rinduku padanya,
Hanya Engkau sajalah pengubat hati ini...

Wednesday, January 06, 2010

ARE YOU READY?!




Jadual giliran saya turun ke Medan JIHAD KECIL:

17/1/10--->Adab n Balaghah

20/1/10--->Tafsir Ayat Al-Ahkam

27/1/10--->Qaah Bahas Qawaid

31/1/10--->Qawaid Feqhiyah

Diam tak diam...masa berlalu begitu cepat.Tanpa disedari,tahun ini adalah tahun terakhir buat alfaqir menamatkan pengajian B.A (Insya ALLAH!).

Teringat dahulu sewaktu kecil ketika berusia 10 tahun (kalau tak silap)...

Saya sudah kira2 tahun bila saya akan menamatkan pengajian B.A.Bila saya catitkan 2010 bahawa saya akan menamatkan pengajian Universiti insya ALLAH,terfikir 'Wujud lagi ke dunia time 2010 tu?ke dah kiamat eh?'.Kerana nombor 2010 itu agak besar dan rasa terlalu jauh bagi saya pada ketika itu.

Biasalah fikiran budak2,macam-macam yang dikhayalkan.

Tetapi Alhamdulillah...rupanya Allah masih beri saya peluang lagi.Peluang untuk memperbaiki diri dan berkhidmat pada agamaNYA.

4 tahun di Mesir bagi saya terlalu singkat.4 tahun bagai 4 bulan.

Semakin nak akhir ni,semakin rasa macam baru saja sampai Mesir.Semakin terjumpa berbagai laluan ilmu yang baru.Masih tak cukup lagi 'bekalan' untuk turun ke medan dakwah.Saya perlu mematangkan ilmu yang telah dipelajari dengan terus menerus menyambung pengajian saya,walau itu sebenarnya BUKAN kayu pengukurnya ilmu kita.

SAYA CINTAKAN ILMU!!!


NO TIME to WASTE TIME!!!


Saya ingin lakukan yang terbaik buat tahun akhir pengajian B.A saya!Usaha dan result saya ini akan dipamerkan pada Rasulullah...

Sabda Rasulullah (sollahu 'alaihi wasallam):

عرضت علي أعمال أمتي حسنها و سيئها...الخ

Dipamerkan kepadaku amalan ummatku dari amalan kebaikannya dan kejahatannya...

~Riwayat Imam Muslim

Oleh kerana itu...

Saya tidak sanggup menyedihkan hatinya...

Ya Allah,Jadikan amalan kami DISINI menggembirakan hatinya DISANA...


Moga dikurniakan khusnul khitam...

~Tips Exam dari Al-Fadhil Ust Afandi Ahmad~




*Rakaman ini diambil ketika kami menziarahi Ustaz baru-baru ini di Mesir.


Ust Afandi merupakan guru AlQuran kami di Madrasah Al-Junied Al-Islamiah.Beliau lah yang mengenalkan kami kepada Allahyarham Sheikh Redha bin Salim,seorang sheikh Qiraat yang popular dikalangan pelajar S'pore.Berkat petunjuk ustaz,kebanyakkannya diantara kami bertalaqqi dengannya.Setelah 10 tahun pulang balik Mesir-S'pore,akhirnya Ustaz telah mengkhatamkan 10 Qiraat bersama Sheikh Redha walaupun begitu,Ustaz masih tetap turun mesir untuk bertalaqqi walau usianya sudah meningkat.

Dan setelah Sheikh pergi meninggalkan kami pada July 2009,Ustazlah yang membuka kami peluang untuk bertalaqqi dengan sheikh baru secara dekat sebagai pengganti Sheikh Qiraat kami,Sheikh Redha.Semoga semangat ustaz menjadi inspirasi buat KAMI.


Ya Allah,jadikan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya...

Wednesday, November 04, 2009

Tiada istilah jauh...




Saat2 hampirnya meninggalkan Tarim Hadramaut ...

Sudah mula merasa sedih dan risau jika tidak berpeluang untuk kembali semula.Tidak tergambarlah bagaimana keadaan hati ini jika dalam setahun itu tidak kesana.Meninggalkan tempat itu bererti diri akan meninggalkan pengajian murabbi.Akan terasa kejauhan dari mendengar kalam2nya dan petunjuknya.


Tiba2 habib menjawab segala keresahan itu setelah selesai bacaan doa akhir majlis pengajian pada pagi 18 ramadhan manakala kepulangan alfaqir pula pada 2 Syawal...


(Kerana pada setiap 17 ramadhan,habib akan mengingatkan kami tentang peristiwa ahli badr oleh kerana Mereka terlalu istimewa disisi Allah dan RasulNYA).


Kata Habib Umar Ibn Hafidz:


'Bukanlah jarak itu kayu pengukur jauh dekatnya antara KITA dan mereka(ahli badr)tidak dari sudut tempat dan bukan juga dari sudut masa.Jauh 1400 tahun yang lalu.Sepertimana kesan dari kejauhan itu adalah kita tidak menyebut mereka,kita tidak mencintai mereka,kita tidak mahu menyerupai mereka dan mengikut gerak-geri mereka.Kesan dari kejauhan itu semua tidak terkesan pada kita,tidak pada hari ini dan hari2 akan datang.Kita bersama mereka (ahli badr) dengan menyebut sirah2 mereka.Moga kedekatan ini,kita bersama mereka.

Orang2 yang tertipu pada benda2 yang zahir dan asbab merasakan mereka itu jauh.Sepertimana firman Allah tentang hari kiamat yang bermaksud:'Mereka melihatnya(hari kiamat)itu jauh sedang kami melihatnya ia dekat~Surah Al-Ma'arij:6-7.Moga bersama mereka,kita berkumpul nanti.'



Terima kasih Sayyidi atas jawapannya....
Hakikatnya alfaqir tertipu pada asbab dan benda2 yang zahir.Itu menyebabkan diri merasa jauh.


Ya Allah,
Kami hanya ingin bersama dengan para kekasihMU...

Saturday, October 24, 2009

Adakah kali terakhir?



Apabila kamu mengenalinya,
maka engkau akan mencintainya...

Dan apabila kamu sudah mencintainya,
Maka engkau akan mentaatinya...

Apabila kamu mentaatinya,
maka engkau akan bersamanya di Syurga...


Ya Allah,
Walau seluruh manusia ingin menghalangku untuk bersama mereka,
Tapi jika Engkau ingin memberi,
Maka halangan mereka itu tiada sedikit pun memberi apa2 kemanfaatan...
Allahumma lamani'a lima 'ataiota...


Kata para solihin:


'Aku suke hidup didunia ini kerana duduk bersama orang2 soleh.kalau tidak kerana duduknya bersama mereka,aku tiada keinginan untuk hidup di dunia.'

Memang benarlah kata2 mereka...



Ya Allah....
Rupanya seronoknya aku hidup di dunia ini adalah krn duduk bersama para kekasihMu.
Ya Allah jika nikmat itu bukan lagi untuk ku...
Maka,
Aku tiada hajat untuk hidup di dunia lagi....
Aku hanya ingin bersama Kekasih AgungMu Rasulullah dan ahli kekasih Rasulullah...


P/s: Nantikan seterusnya....

Wednesday, February 25, 2009



Firman Allah S.W.T:

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
[93:11]

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah....

Pada Selasa 10/2/09,Kami menghadiri pembentangan Tesis MA oleh seorang ukhti Singapura kami.Tajuk Tesis beliau:'Waqi Ad-Da'wah wa Ad-Du'ah fi Sanggafura'(Realiti Dakwah & Pendakwah di Singapura, Kajian & Kritik).

Kami merasa gembira sangat dengan kejayaan beliau yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) dalam MA beliau di American Open University di Mesir ini.Kejayaannya merupakan 1 inspirasi buat adik2 junior seperti kami.Bukan senang untuk buat MA di Mesir.Tapi beliau telah menunjukkan kepada Kami...KITA JUGA BOLEH!!!(Insya ALLAH!).Hanya segelintir saja(yg alFaqir tahu skrg,hanya 2 orang) dari wakil Singapura yang mengambil MA disini.

Sebelum ini, ustazah Samiah Arip(iaitu guru alfaqir yg paling lama berkhidmat di tingkatan Menengah Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah) yang sempat mewasiatkan pada AlFaqir sebelum meletakkan genggangan telifonnya baru2 ini,Satu saja pesannya :'BA tak cukup!'...


Dalam proses istikharah...

Ya Allah,
Ku ketepikan segala keinginanku buat KetentuanMU,
Ya Allah,
Ku tidak mampu membuat keputusan,
Kecuali setelah mendapat jawapan dariMU,
Hanya Engkau saja yang Maha Mengetahui,
Mana yang terbaik buat diriku...

Sunday, August 24, 2008


~Dunia hanya persinggahan!~

Ya Rabb,
Ternyata Dunia ini hanya persinggahan,
Tiada siapa yg akan kekal di tempat masing2,
Di Mesir,
Engkau mengajarkan ku erti,
Seorang yang bergelar musafir,
Dengan tempat yang Engkau tetapkan buat kami,
Ia begitu banyak memudahkan kami ke majalis Kheir,
Seandainya Engkau mengambil semula nikmat ini,
Kerana kecuaian kami,
Kerana kelalaian kami,
Atas nikmatmu ini,
Ampunkan dosa2 Kami,
Kami lemah Ya Rabb,
Kami tiada daya dan upaya,
kecuali dengan PertolonganMu,

Akan tetapi,
Seandainya,
Engkau mengambil semula,
Kerana Engkau ingin menaikkan darjat kami,
Engkau ingin melipat gandakan ganjaran kami,
Kerana atas kadar kesusahan terletak kadar ganjaran,
Maka,
Engkau kurniakan kami kesabaran,
Yang walau dalam kesusahan dan halangan yg dilalui,
Dalam perjalanan menuntut ilmuMU,
Tetap terus istiqamah dalam menghadiri taman2 Syurga,
Yang telah Engkau sediakan buat kami,
Kurniakan kami thabats Ya Rabb...
Kami ingin bersama KekasihMU di syurga...

Monday, June 23, 2008


~Dunia oh Dunia~


Seorang teman ana dari Dar Az-Zahra'
dan kini kembali ke tanahair,mengadu kepada ana:



'Aku rindu tarim
(hadramaut yaman),Aku sakit dan letih dengan dunia kat sini.Rase cam hati dah makin kotor dan hitam.dhiqnye(rase sempit) duduk sini(negerinya)
'

Teman,
Begitu indah bukan,
kita dibawah pentarbiyahan seorang yg Rabbani,
Seorang yang selalu mengingatkan kita,
Akan kejelekan dunia,
Selalu menunjukkan kita,
Segala aib yang ada pada diri kita,
Sehinggakan kita merasakan,
Bahwa kita ini tiada apa sebenarnya,
Tiada apa yg perlu diperbanggakan,


Teman,
Kita tidak kenal erti Dunia,
Kecuali setelah keluar dari suasana ilmu dan tarbiyah,
Kita akan terasa,
Betapa jeleknya Dunia,
Apabila kita tidak bersama dengan para ulama,auliya' dan solihin,


Mereka tidak faham,
Kenapa kita tidak berkeinginan untuk pulang ke tanahair,
Bukan kerana,
Kita melupakan Keluarga tercinta,
Bukan kerana,
Mereka tiada difikiran kita,
Kita juga seperti insan yg lain,
Mempunyai perasaan rindu terhadap keluarga tika berjauhan,
Tapi perasaan tersebut,
Diubati dengan bersamanya kita,
Para ulama rabbani,Auliya' dan solihin,
Itulah merupakan kebahgiaan buat seorang mukmin,

Kerana itulah,
Rasulullah menyifatkan majlis ilmu itu,
Sebagai taman syurga,
Kita terlalu asyik dgn taman2 syurga,
Yang disediakan di Bumi Allah ini,
Tiada siapa,
Yang ada di muka bumi ini,
Apabila berada di syurga,
Ingin keluar kembali ke Dunia,
Tiada...

Tapi,
Dia selalu mengingatkan kita,
Kita mempunyai tanggungjawab,
Walau berat sebenarnya,
Untuk menerima kenyataan,
Bahwa kita perlu juga,
Keluar ke 'Dunia'...
Keluarnya kita,
Bukan untuk mengumpul kekayaan,
Tapi Da'waah ila Allah...

Teman,
Hargailah saat2,
Dimana dikau maseh bergelar sbg Penuntut ilmu,
Kerana,
Zaman menuntut ilmu,
Adalah zaman yg terindah,
Berapa ramai yg bekerja,
Tapi ingin kembali ke pangkuan sekolah,
Selagi Engkau bergelar Pemuda,
Rebutilah masamu itu,
Gunakan kekuatan mu itu,
Untuk mencari sebanyak mutiara yang ada....

Sunday, June 01, 2008


~Risalah buat teman2 yang ku sayangi...~

Teman,
Jauh disudut hati ini,
Merasai diri lebih baik dari kalian,
Malah,
Siapalah diri ini untuk mengatakan sedemikian,
Sedang diri ini sendiri,
Tidak tahu bagaimana keadaan penghujungnya,
Tidak Pasti lagi,
Adakah Saat2 akhir nya,
Adalah saat2 yg terindah tika bertemu dengan Rabbnya...
Adakah diri ini diterima menjadi Ummatnya...
Ummatnya yg teristimewa...
Ummat Rasulullah...

Teman,
Adakah aku dinamakan sbg seorang teman,
Membiarkan teman2nya yg lain,
Tersungkur di tengah jalan,
Ingin ku pohon kemaafan,
Atas segala kekuranganku,
Kerana tidak menjalankan kewajiban sbg seorang teman,
Tetapi kali ini,
Ku tidak akan berdiam lagi...

Teman,
Ku sedih atas segala yg berlaku,
Seolah-olah segala apa yang kita perolehi oleh guru2 kita selama ini,
Menjadi sia-sia belaka,
Dimanakah ilmu Agama yang selama ini kita pelajari selama berbelas-belas tahun?
Dimanakah perginya Ilmu Allah yg kita nobatkan dihati kita?


Malu sebenarnya Diri ini,
Menggelarkan diri sebagai penuntut ilmu syari',
Sedangkan adab2 Rasulullah,
Belum lagi menghiasi peribadi,
Perbuatan dan perkataan,
Semakin bercanggah dengan apa yg dipelajari selama ini,

Dimanakah Semangat kita selama ini,
Sbg Pejuang agamaNYA,
Sbg Penyambung Risalah Penyejuk hati kita ,
Rasulullah s.a.w,

Ya Rasulullah...
Kami terlalu zolim terhadap ummahmu,
Kami cuai terhadap hal2 ummahmu,
Sedangkan,
Itulah yang utama yg dikau risaukan,
Tika ajal menemuimu,

Teman,
Bagaimana diri ini,
Ingin memberi tahu bahawa perkara itu adalah salah,
Sedangkan,
Yang Halal itu jelas,
Dan yang haram juga jelas,
Walau disisi manusia itu,
Ia adalah perkara biasa,
Tapi,
Adakah kita ingin menyamakan diri KITA dengan Mereka ?
Dalam diri kita,
Tersimpan Ilmu yg tersangat mulia,
Ilmu yg diperbanggakan oleh para malaikat,
Hormatilah nilai ilmu yg ada di hatimu itu...

Lelaki bukan segala-galanya,
Cinta mereka itu tidak kekal,
Hidup dan mati kita,
Bukan untuk mereka,
Tapi hanya untuk NYA,

Jangan kerana Seorang lelaki,
Kita menjatuhkan maruah kita sbg seorang wanita muslimah,
Kenangilah Jasa Rasulullah,
Dia bersusah payah,
Mengangkat darjat kita,
Lalu kita memijak-mijak darjat yang selama ini,
Dia perjuangkan,


Kita semua tidak terlepas dari kesilapan,
Hatta diri ini,
Terlalu banyak silapnya,
Tapi,
Bukankah sebaik-baik orang yg melakukan kesalahan itu,
Adalah mereka2 yang bertaubat,
Kembalilah...
Kita tidak kemana...
Kita semua akan pulang kepada NYA,
Kita akan bertemu Rasulullah s.a.w...
Sanggupkah kita menyedihkan hatinya?



Allahumma Hawilna wa ahwal syababal muslimin ila ahsanil hal...

Saturday, May 03, 2008


~Mesir Gedung ilmu~

Teringatkan kata ustazah ana:
'Di mesir,niat saja nak belajar apa,insya Allah ditemukan jalan'.

Dan itulah keistimewaan Cairo,Mesir.Memang betullah kenyataan itu.Teringat dulu…diri berniatlah mahu talaqi kitab feqh dgn sheikh.Terus,apabila sudah ditunjukkan olehNYA maklumat2 tentang pengajian2 Feqh yg disediakan…sampai pening dibuatnya.Banyak sangat…dah tak tahu pulak nak pilih yg mana satu.Cume hanya MAHU atau TIDAK saja.

Selain dari itu...

Guru mentor ana (ke mesir),memberi saranan kepada ana:’Baik kalau anti dapat belajar dgn sheikh ini,’belajar orangnya dulu sebelum belajar ilmunya’.

Ana tidak mengenali shkh tersebut cume diberitahu kepada ana bahwa Beliau tinggal berdekatan dgn daerah kawasan dimana ana tinggal.Dan ana memang tidak tahu langsung bagaimana utk dapatkan maklumat tentang pengajian yg diadakan oleh skhh tersebut.Cume hanya letakkan harapan,moga Allah tunjukkan jalan.

Masa terus berjalan… suatu hari tika sedang menyalin jadual pengajian lain dari teman ana,bersebelahan apa yang sedang disalin itu,ditulis nama skhkh yang sedang ana cari2 itu.Subhanallah…Sudah tak terkata lagi betapa syukurnya ketika itu.Bile difikir2kan…memang pelik…suatu yg kita tak terfikir bagaimana untuk mendapatkannya…tapi atas BantuanNya,Segalanya boleh terjadi.Yang penting, pergantungan kita terhadapNya dan sangkaan baik kepadaNYA...


Kesimpulannya:
-Tanamkan niat2 yg baik dalam menuntut ilmu

-DIA hanya jalan keluar bagi segala kebuntuhan

-Berbaik Sangka denganNYa

-Perlu guru untuk sampai ke jalanNYA

-Duduk bersama dengan para ulama bukan hanya setakat kita mengambil ilmunya,tapi kita mengambil akhlaknya yg rabbani.Oleh itu,perhatikan akhlaknya dan insafi akan diri sendiri yang terlalu jauh dari adab2 Rasulullah s.a.w.

Ya Allah...
Mudahkan jalan2 kami dalam menuntut ilmu,
Kurniakan kami taufiq dan istiqamah untuk menghadiri taman2 syurga yg Engkau telah hadirkan di dunia ini,
Bantu kami untuk menjadi hamba2 yg bersyukur dengan apa yang Engkau telah bentangkan buat kami di Mesir ini,
Kami Hamba2MU yang Lemah YA ALLAH...