Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Zaman Kegemilangan Kembali



Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.



Firman Allah ta'ala:

يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ آمَنُواْ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat .

~Surah Al-Mujadalah:11.



Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

Barangsiapa yang Allah mahukan baginya kebaikan,maka dia akan difahamkan kepadanya dalam urusan agama.


Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.

Setelah lebih kurang 6 tahun,pengajian kitab bersama mufti terhenti kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.Selalu guru kami menceritakan kepada kami akan pengalaman mereka menghadiri majlis ilmu Mufti.Sehingga terdetik dalam hati:"Untungnya orang2 terdahulu yang Allah berikan mereka kesempatan itu."Dan alhamdulillah... Allah kembalikan zaman itu, malah mungkin lebih baik.

Imam besar ,Syeikh Al-Azhar juga akan kembali mengajar di Masjid Al-Azhar Al-Syarif dan ditambah pula dengan pembacaan kitab2 besar turath bersama ulama2 besar Al-Azhar Al-Syarif yang akan disemarakkan semula disana seperti tafsir Al-Kasyyaf oleh Imam Zamakhsyari dan banyak lagi.

Maka,jagalah nikmat ini agar ia ditambah dan berkekalan.Jika tidak,akan ditarik semula kerana tidak bersyukur.Tanda syukur adalah kita rebut peluang yang Allah telah berikan kita dengan sebaik mungkin.

Sheikh Ali pernah sebut dalam pengajiannya baru2 ini:

"Kebaikan ummat ini akan kekal berterusan hingga ke akhirya.Alhamdulillah kerana Dia telah mengkhaskan kami menjadi ummat ini."

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

مثل أمتي مثل المطر لايدرى الخير في أوله أو آخره

Perumpaan ummatku seperti hujan,tidak diketahui kebaikan itu di awalnya atau diakhirnya.


Riwayat Imam Al-Tirmizi dan Imam Ahmad.


Jadual Sheikh Ali Jumaah :-

Hari: Sabtu,Ahad ,Isnin.

Waktu: 8.00 -9.30 AM.

Kitab:
-Al-Ashbah wa Al-Nazoir oleh Imam Al-Suyuthi (qawaid).
-Al-Tamhid oleh Imam Al-Isnawi (usul + feqh).
-Ghayah Al-Wusul fi lubbi Al-Usul oleh Sheikh Zakaria Al-Ansori (usul feqh).

Pengajian Tafsir:-

Hari :Setiap Sabtu dan Jumaat.

Waktu: 10 PM

Tempat: Masjid Fadhil (Masjid Mufti) @ 6 october.
Add: مدينة (6) أكتوبر الحي المتميز منطقة غرب سوميد

Saya sangat mencintai Al-Azhar Al-Syarif dan para ulamanya.Moga ia juga mencintai saya sepertimana Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam mencintai jabal uhud dan jabal uhud juga mencintai Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam!!!

Ya Allah,Engkau peliharalah kaabah ilmu ini dan orang2 yang memperjuangkannya.

Bagaimana saya mahu balik ya Allah...dengan Al-Azhar sedang melalui zaman kegemilangannya?!Memang saya gila kerana tidak memahami perasaan orang lain dan mengutamakan perasaan cinta saya.

Engkau rahmatilah perasaan ini...
Sesungguhnya hanya Engkaulah pengubat jiwa yang lara...




Rakaman pengajian usul feqh oleh Sheikh Ali Jumaah @ Masjid Al-Azhar Al-Syarif.

Wednesday, May 18, 2011

Bintang Menyinari Bumi Mesir

Majlis Pembacaan Hadis Sunan Al-Tirmizi di lapangan Masjid Besar Al-Azhar Al-Syarif.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi.


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:


نضر الله وجه امرئ سمع مقالتي فحفظها ووعاها وبلغها من لم يسمعها

"Allah menyinari wajah seseorang yang mendengar kalamku kemudian menghafalnya dan memahaminya dan menyampaikannya kepada yang tidak mendengarnya..."

~Riwayat Imam At-Tabrani.


Alhamdulillah...

Al-Azhar kini kembali menghidupkan majlis pembacaan hadis.Yang dahulu dihidupkan semula oleh Sheikh Ali Gumaah(sebelum menjawat jawatan mufti),dan setelah beliau menjadi mufti,ia terhenti.Kemudian sekarang ini,diteruskan perjuangan itu oleh guru kami,Sheikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari,anak murid kesayangan Sheikh Ali Guma'ah.

Majlis Pembacaan Sunan Al-Tirmizi yang dibimbing oleh sheikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari setiap hari ahad jam 8.00 am,isnin dan selasa jam 7.30 am.Seronok!Bukan hanya membaca hadis tapi juga meyelami cara Imam Tirmizi meriwayatkan hadis.Allah..

Subhanallah...
Itulah kalimah yang tak terputus dari bibir ini setiap kali melihatnya dan mendengarkan ilmu yang disampaikan olehnya.Sungguh Ajib dengan keilmuan beliau.Yang apabila difikirkan,bagaimana beliau boleh menjadi seperti itu dalam usia yang sangat muda???Allah...

Kalau tidak melalui mereka awak mendapat inspirasi,Maka siapa lagi????Jadi...Bersamalah dengan para ulama!

Teringat kata Sheikh Ashraf Al-Mikawi ketika diundang dalam majlis tersebut:

"Hendaklah kamu melazimi guru kalian ini,Sheikh Usamah,yang Allah hadiahkan dia kepada kalian pada zaman ini.Bersyukurlah!sesungguhnya jika kalian bersyukur,maka Allah akan tambahkan nikmat tersebut."


Habib Umar Ibn zein pernah berkata dalam pengajiannya:

"Diantara ulama yang Allah berikan ilmu pada waktu muda adalah sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari."

Alhamdulillah diberi kesempatan alfaqir untuk bertemu pada zaman kegemilangan Al-Azhar ini.



Semoga jejaknya kaki kami di tempat dimana jejaknya para pembesar ulama Al-Azhar ini,kami dikurniakan asrar,nafahats mereka serta mengikut jejak langkah mereka....Amin!

Sheikh Usamah Al-Azhari kata:-

"Hakikatnya Al-Azhar Al-Syarif terdiri atas 3 ASAS :
1-Ilmu,
2-Ibadah,
3-Dakwah".


P/s:Jom para Azhariy...kita merealisasikan 3 asas ini dalam diri kita sepertimana ia merupakan asas bagi para ulama Al-Azhar Al-Syarif Rabbani.


Ya Allah bantu hambaMu ini dalam mensyukuri nikmatMu ini...

Tuesday, October 26, 2010

Program Sunnah Para Ulama Terdahulu

TENTATIF PROGRAM MAJLIS PEMBACAAN KUTUB SITTAH

Hari Rabu (27/10/2010)

06.30 - 07.30 am : Kehadiran Peserta

07.30 -07.45 am : Kehadiran VIP / VVIP

07.45 -08.00 am : Taklimat Disiplin dan protokol

08.00 -10-00 am :Perasmian majlis-Ucapan Aluan Pengerusi Majlis-Alunan ayat suci al-Quran-Ucapan Presiden PMRAM-Ucapan Perasmian

10.00 - 12.00 pm : Pembacaan hadis

12.00 - 01.00 pm : Solat Zohor Dan Makan

01.00 - 03.00 pm : Pembacaan hadis

03.00 - 03.30 pm : Solat Asar

03.30 - 05.30 pm :Pembacaan hadis

5.30 - 06.00 pm :Solat Maghrib

06.00 pm :Jamuan & Bersurai

Hari Khamis (28/10/2010)

06.30 - 07.30 am : Kehadiran Peserta

07.30 - 07.45 am : Kehadiran VIP /VVIP

07.45 - 08.00 am : Taklimat Disiplin dan protokol

08.00 - 10.00 am : Pembacaan hadis

10.00 -12.00 pm : Pembacaan hadis

12.00 - 01.00 pm : Solat Zohor Dan Makan

01.00 - 03.00 pm : Pembacaan hadis

03.00 - 03.30 pm : Solat Asar

03.30 - 05.00 pm : Pembacaan hadis

05.00 pm : Jamuan & Bersurai

Hari Sabtu (30/10/2010)

06.30 - 07.30 am :Kehadiran Peserta

07.30 - 07.45 am : Kehadiran VIP / VVIP

07.45 - 08.00 am : Taklimat Disiplin dan protokol

08.00 - 10.00 am : Pembacaan hadis

10.00 - 12.00 pm : Pembacaan hadis

12.00 - 01.00 pm : Solat Zohor Dan Makan

01.00 - 03.00 pm : Pembacaan hadis

03.00 - 03.30 pm : Solat Asar

03.30 - 05.30 pm :Pembacaan hadis

05.30 - 06.00 pm : Solat Maghrib

06.00 pm : Jamuan & Bersurai

Hari Ahad (31/10/2010)

06.30 - 07.30 am :Kehadiran Peserta

07.30 - 07.45 am :Kehadiran VIP / VVIP

07.45 - 08.00 am :Taklimat Disiplin dan protokol

08.00 - 10.00 am : Pembacaan hadis

10.00 - 12.00 pm : Pembacaan hadis

12.00 - 01.00 pm : Solat Zohor

01.00 - 03.00 pm :Pembacaan hadis

03.00 - 03.30 pm : Solat Asar

03.30 - 06.00 pm : Majlis Penutup

06.00 - 06.30 pm :Solat Maghrib Makan dan bersurai .

*Sumber: http://www.kutubsittah-pmram.blogspot.com/

P/s:Harap semua dapat mentally,physically,spritually prepared.Majlis ini tidak seperti majllis2 ilmu yang lain.Ia memerlukan sedikit pengorbanan dari kalian dan ini semua tiada lain kecuali Untuk RASULULLAH sollahu 'alaihi wasallam.

Sepertimana Sheikh Nuruddin selalu pesan:'Apalah sangat pengorbanan yang dilakukan oleh kita buat Rasulullah,paling kurang kita ambil perhatian dan beri komitmen apabila Hadis2 Rasulullah dibacakan...'

What to do:

1)Setiap kali hendak mula baca,memperbaharui Niat kerana Allah dan Rasulullah.

2)Memperbanyakkan niat2 yang baik;

Contoh: semoga dengan membaca hadis2 Rasulullah ini dapat

-menggembirakan hati Rasulullah disana

-menjadikan diri seorang yang menyejukkan hati Rasulullah

-membersihkan hati

-berakhlak dgn akhlak Rasulullah

-bertambah cinta kepada Rasulullah

-mengikut Rasulullah secara Total zahir dan batin

-bersama Rasulullah nanti

-mengampuni dosa2

-semakin istiqamah dan rajin dalam melakukan ketaatan dan menuntut ilmu dan sebagainya...

Boleh tambah niat2 yang baik itu mengikut creativity masing2. ;)

قيل:إنما يعطي الناس على قدر نياتهم

Maksud:Hanyasanya diberikan manusia itu atas kadar niat2 mereka.

Maka,

Semakin banyak niat2 yang baik,semakin banyak rahsia dan keistimewaan yang diperolehi...

3)Jaga ADAB ketika Majlis Pembacaan Hadis sedang berlansung.

Sebab...hanya kerana tidak beradab,kita diharamkan dari mendapat keberkatan,rahmat,nafahats dan rahsia majlis.

4)Take note perkara2 yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian khasnya sunnah2nya atau kata2 motivasi Rasulullah ,kemudian letakkan dalam note book.

Jadi,bile selesai nanti,tidak perlu mencari-cari point2 penting yang sudah di highlight dan take note dalam kitab itu.

من عمل بما يعلم ورثه الله تعالى علم ما لم يعلم

Siapa yang beramal dgn apa yg dia tahu,Allah akan mengurniakannya ilmu yang dia tidak tahu.



*Insya Allah selepas ini,ada silsilah post 'kutub sittah' ...Stay Tuned!

Ya Allah,Semoga hadirnya kami itu menggembirakan hati Rasulullah DISANA...

Tuesday, August 10, 2010

Peluang mendapat Kekayaan Hakiki!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi
.

Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:

لغدوة أو روحة في سبيل الله خير من الدنيا وما فيها

'Keluar di waktu pagi (selepas subuh hingga terbit matahari) atau keluar di waktu petang (selepas asar hingga Marghrib) di jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya'.

~Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.


1)Daurah Khas bersama Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari.


LIVE @ www.almuttaqin.tv

P/s:alfaqir suka sangat hadiri majlisnya kerana Sheikh Nur selalu cerita tentang Al-Habib Umar Ibn Hafiz.

Bagi yang mengikuti secara LIVE...

Waktu Pengajian: 10.00 PM n 3.30 AM ( Singapore Time)


2)Daurah Khas bersama Syeikh Rahimuddin An-Nawawi Al-Bantani.

Kitab?

Kitab Tafsir Al-Jailani.

Dimana?

Rumah Terengganu, Hay Asyir.

Bila?

Jam 8.00 AM. Bermula 1 Ramadhan 1431 H, dengan mingguan pada hari Sabtu sehingga Rabu.

Alhamdulillah...
Walau hati ini teramat rindukan Ramadhan di Tarim,
Moga kesibukan ini mengubat rindu ITU.
Terima Kasih Ya Allah,
Engkau hanya mahukan yang terbaik buat diri ini,
Engkau memberi hambaMu ini peluang merebut kekayaan yang dimaksudkan oleh kekasihMu sollahu'alaihi wasallam.


Ya Allah,Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali denganMu...

Tuesday, June 29, 2010

Tunaikan Haq Hatimu !

Jadual Dowrah Soifiyah Darul Mustafa Tarim Hadramaut,Yemen.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahumma Solli 'ala Sayidina Muhammad wa 'ala alihi.



Firman Allah ta'ala:

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا
Telah berjaya bagi yang menyucikan jiwanya.
~Surah As-Syams:9

~Dowrah Soifiyah Darul Mustafa 2010~

Acara Kemuncak!!!

Rowhah Asar Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz :

Kitab?

قوت القلوب للإمام أبي طالب المكي

P/s:Insya Allah akan sambung bab
أهل المقامات من المقربين

Sebelum membaca kitab,Sayyidi Al-Habib akan menerangkan beit2 syair ini yang bertajuk:

قصيدة: ما لذةُ العيشِ إلا صحبةُ الفُقَرا (Click!)

للشيخ القدوة الإمام العارف بالله شعيب بن أبي مدين التلمساني


Bila?

Setiap hari bermula dari 1 JULY 2010.

Jam?

3.45 PM (Mecca/Egypt), 8.45 PM (S'pore)


Dimana?

Boleh ikuti LIVE online from Darul Mustafa,Tarim Hadramaut,Yaman di link berikut:

http://alhabibomar.com/Broadcast.aspx?SectionID=11&RefID=1

Special !!!

With english translation.

P/s:Untuk ikuti selain dari pengajian Rowhah Al-Habib Umar (8.30-9.30 PM @ Mecca time),boleh lihat jadual diatas atau click
disini!

Terima kasih Ya Allah atas nikmat kemudahan ini....walau jauh beribu batu tetap terasa dekat.

Ya Allah,Golongkan kami diantara mereka yang hadir disana....

Sunday, April 04, 2010

1 Demi 1 Meninggalkan KITA

*Newly-Update on 10/4/2010!




Allah ta'ala berfirman:

يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat).

~ Surah Al-Hasyr:18


Bismillah al-Rahman al-Rahim

As-salamu alaykum wa rahmatullah

To Allah belong and to Him we return.

This is to inform everyone that to the great loss of this Umma,The Gnostic and Guide to Allah, the Successor of the Salaf, the Erudite Scholar, al-Habib AbdulQadir bin Ahmad al-Saggaf (Amy Allah have mercy on him) passed to Allah's mercy on the morning of April 4 (19th of Rabi'ul Thani, 1431H) prior to Fajr in Jeddah, KSA.

May Allah sanctify his secrets, shower him with mercy and raise him to the highest of ranks in Paradise, and may He allow us to continue to benefit by this great Imam in this life and the next, Amin.

The funeral prayer is scheduled for tonight after Isha at the Masjid al-Haram in Mecca. Those who are able should pray the salat al-Janaza (or salat al-Gha'ib for the one absent) for him following the Janaza prayer in Mecca.

We request that everyone reads what they are able of the Qur'an and adhkar and donate the reward to the soul of this great scholar.


BarakAllahufikum wa 'afwan minkum
Was-salam

Wayfarers Coordinators


SpECiAl InFo...

Allahyarham sezaman dgn Imam Ali Al-Habsyi,penulis kitab
سمط الدرر.Akhir generasi yang pernah bertemu Imam Ali Al-Habsyi.Beliau lahir pada 1331 H dan Imam Ali Al-Habsyi pula wafat 1333 H.



P/s:Untuk mendengar sedikit sebanyak tentang riwayat kehidupan Al-Habib Abd Qodir,sila click DISINI! (ceramah Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz)


Ya Allah,Kami hanya ingin bersama dengan para kekasihMU...

Monday, March 15, 2010

Habib Umar's Tazkiyah Lesson


*Dari Kiri: Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz,Sheikh Abdul Karim (Translator)


Imam al Haddad says
: "Were the seekers true, they would find the Shaykhs at their doors."


Dimana?

Boleh ikuti @ LIVE-TELECAST!(click!).

Bagi siapa yang tidak dapat ikuti secara LIVE, boleh download recording yang di upload @ www.alhabibomar.com.

Update!!!
---->Pengajian 1 sudah di upload di website tersebut.
Sila click!

Bila?

Setiap Ahad @ 11 AM (Mekkah),5 AM (S'pore).

Kitab?

الكبريت الأحمر

Istimewa?

With English Translation.

*************************************

Diberitahu kepada kami bahawa Sayyidi Al-Habib Umar sangat mengambil berat dan prihatin akan pengajian ini.Tujuannya adalah supaya terjalin hubungan antara beliau dan anak muridnya,ahbab yang berada di pelbagai negara.

Teringat kata-kata al-Habib Husain Al-Saqqaf dalam Pengajian Bidayatul Hidayah:

'Murabbi itu seperti seorang Ibu.kalau seorang ibu dapat memahami akan tangisan anaknya itu kerana lapar,begitu juga seorang Murabbi,dapat merasai akan apa yang sedang diperlukan oleh anak didiknya.'

Subhanallah...Sememangnya Dia merasai bahawa kami tersangat-sangat perlukan pengajian bersama beliau disaat-saat ini.Hubungan hati itu ajib...


P/s:Sekarang boleh ikuti Rohah Habib Umar LIVE from Darul Mustafa Tarim Hadramaut, setiap hari jam 2.45 PM (Egy)/8.45 PM (S'pore).


Terima Kasih Ya Allah !


Ya Allah,Jadikan kami hamba-hamba yang benar2 ingin menuju kepadaMU...

Wednesday, March 10, 2010

Dunia dan Seisinya Menangis



Al-Fatihah buat Sheikh Al-Azhar,Sheikh Mohammed Sayed Tantawi yang telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 10/3/2010...

Semoga Allah merahmatimu.


Allah Berfirman :

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ

Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati.

~Surah Luqman:34



Betapa beruntungnya beliau,
Dikebumikan di Baqi',
Berjiran dengan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,
Disisi para sahabat,tabi'in dan syuhada Radiyallahu 'anhum ....

Sayyidi..
Engkau telah ditempatkan oleh Allah bersama Mereka,
Di dunia lagi sebelum akhirat,
Sedang Kami,
Belum pasti lagi keadaan kematian kami,
Bersama siapa kami ditempatkan,
Dengan siapa kami akan dikumpulkan nanti...

Walaupun begitu,
Terselit di sudut hati ini,
Keyakinan akan janji Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,
Bahawa,
Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya...






Ya Allah,Kami sangat menantikan pertemuan KAMI bersama MEREKA...

Tuesday, March 09, 2010

Taman Syurga idaman hati



Bila?

Setiap hari RABU from 10-31 March @ 5 PM tepat.

P/s: Pengajian ditunda pada Rabu depan 17/3/2010 !


Dimana?

Markaz Singapura.

Alamat:Blok 6, Bilik 3 & 4, Nasr Khisru St, Hayyu Sabie', Madinet Nasr, Kaherah, Mesir.

Kitab ?


- الإلهام النافع لكل قاصد

* Kitab ini dikarang oleh Syeikh Salih Ja'fari rahimahullah (guru kepada Syeikh Ali Juma'h, mufti mesir).

* Dan akan dikelolakan oleh Syeikh Ashraf Hamid (anak murid kepada Syeikh abdul Ghani Solih Ja'fari).Syeikh Ashraf juga merupakan guru Qiraat dan Tajwid Al-Quran, Universiti dan Jamie' Al-Azhar.

- حقائق عن التصوف


* Kitab ini dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir I'sa rahimahullah.

* Dan akan dikelolakan oleh Syeikh Athiyya Mustafa Muhammad Hussein, Duktur akidah dan falsafah, Universiti Al-Azhar Assyarif.

Pengumuman!!!

-Kedua-dua syeikh akan meringkaskan konsep kedua buku itu dan pembelajaran akan lebih berbentuk interaktif.

-Program tahsin Qiraah Al-Quran Al-karim yang akan dikelolakan oleh Syeikh Asyraf Hamid sebelum memulakan pengajian kitab.

-Makanan ringan akan disediakan

*Semua dipersilakan hadir.Harap sebarkan pada lain.Terima Kasih!!!


Ya Allah,manfaatkan ilmu yang kami pelajari...

Saturday, February 20, 2010

Pengajian Tafsir Al-Jailani

*Updated on 21/2/2010

Dari kiri:Sheikh Rohimuddin Nawawi,Sheikh Fadhil Al-Jailani dan Moderator.

TERBUKA UTK UMUM!!!

Insya Allah akan dibacakan kitab TAFSIR SYEIKH ABD AL QADIR AL JILANI RA. dengan sanad yang bersambung oleh: Syeikh Rohimuddin Nawawi.

Bila?

Akan dimulai pada hari Isnin 22 Februari 2010.

Setiap hari Isnin, Selasa ,Rabu dan Khamis pagi @ 8.00-10.00 AM.


Dimana?

Di Rumah Negeri Terengganu @ Hay Asyir.

Perkara yang perlu INGAT sebelum mempelajari Tafsir Kalamullah!!!


Kata Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz:(bermaksud)

'Kibr'(merasai diri 'lebih' dari orang lain) itu adalah penghalang untuk kamu memahami rahsia Al-Quran.


Dan kemudian beliau membacakan ayat ini...

Firman Allah yang bermaksud:

'Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya'.
[7:146]


Sheikh Ali Gum'ah menceritakan kepada kami tentang perbincangannya dengan seorang Saintis yang bukan Islam tentang Ilmu sains dan AlQuran dalam Pengajian Tafsir @ Masjid Al-Azhar ....


Akhir sekali sheikh memberikan conclusion kepada saintis tersebut:

'Bagi saya,apa yang membuatkan kamu tidak dapat menerima kebenaran adalah kerana merasakan diri kamu adalah TUHAN,merasa diri berkuasa (Kibr).Jadi,apabila kamu menghadapi satu kuasa yg tiada penghujungnya,kamu tidak boleh menerima kebenaran dariNYA.Cuba kamu merasakan diri kamu itu lemah,nescaya kamu akan menerimanya....'


Ya Allah,Jadikan ilmu yang dipelajari semakin menambahkan rasa kehinaan diri...

Tuesday, February 16, 2010

LIVE from Cairo bersama sheikh Nuruddin!!!

*Newly Updated on 18/2/10

*Double click untuk lihat lebih jelas!!!



Dimana???

Boleh ikuti Secara LIVE bagi mereka yang berada diluar Cairo @ www.almuttaqin.tv

P/s:Bagi mereka yang berada di Cairo,Sheikh tidak izinkan ikuti secara Online.Harap maklum.

Bila???

Sesi (1) : Selepas Asar @ 3.45 PM (Egy time)/9.45 PM (SIN time)

Sesi (2) : Selepas Isyak @ 7.30 PM (EGY time)/1.30 AM (SIN time)

Kitab Dowrah:

1)الأدب المفرد Oleh Imam Bukhari.
Kumpulan Hadis2 berkenaan dengan Adab dan Akhlak.

2)الخيرات الحسان في مناقب الإمام أبي حنيفة النعمان Oleh Imam Ibn Hajar Al-Haitumi

INFO TERKINI!!!

Pengajian bersama Syeikh Muhammad Nuruddin khas buat AKHAWAT pada hari SABTU 20 Feb 2010 @ 8.30 pagi di Dewan At-tasamuh Waa Ikha' @ Rumah Kedah Baru,Hay Sabi'.




Ya Allah,
Jadikan kami diantara hamba2Mu yang sangat bersungguh-sungguh dalam menghadiri majlis2 Rasulullah sollalhu 'alaihi wasallam...

Wednesday, February 03, 2010

Peluang bertemu Ulama







Perjumpaan bersama Pentahqiq Kitab Tafsir Al-Jailani:

Dr. Al-Syarif Fadhil Al-Jailani


Muhadarah (1):
Bahas Ilmiah

Penerangan akan kitab tersebut tentang usaha yang dibuat untuk menghasilkan kitab tersebut kerana beliau orang yang pertama menisbahkan kitab tersebut kepada Al-Imam Abdul Qodir Al-Jailani.Beliau mengambil masa selama 30 tahun untuk menghasilkan kitab tersebut.

Tempat: Markaz Indon Griya @ Bur Saed
Masa: Selepas Asar
Tarikh: Sabtu 6/2/2010


Muhadarah (2):

Pembacaan Kitab Tafsir Al-Jailani dan Majlis Pengijazahan.

Tempat: Rumah Selangor @ Hay 'Asyir
Masa: Selepas Marhgrib
Tarikh : Ahad 7/2/2010




P/s:Boleh bertemu Sheikh di Ma'arad @ Ganah Kanada (sebelum ganah Dar Al-Salam) @ Maktabah Dar Ar-Rukun wa Al-Maqam.Jangan tak minta signature nya!!!Beliau kata:'Signature beliau itu sebagai tanda 'Ijazah Ammah' buat kitab itu.'

Thursday, January 28, 2010

Pengajian Syarah Hadis 40 Imam Nawawi oleh Sheikh Ali Guma'ah



Ucapan Seorang Sheikh mengingatkan kami sebelum mulanya pengajian Rauhah Habib Umar Ibn Hafidz @ Darul Mustafa:

السعادة كل السعادة أن تجد الشيخ امامك

'Puncak segala kebahgiaan adalah kamu dapati sheikh itu didepan matamu.'

Pengumuman buat Penuntut ilmu @ Mesir...

Sheikh Ali Jumaah (Mufti Mesir) mengadakan pengajian tafsir @ Masjid Al-Azhar Al-Syarif setiap selasa dan rabu, selepas asar.Biasanya sheikh datang sejam sebelum margrib.

Syukurilah nikmat terbesar ini dengan kita menghadiri majlisnya.

Boleh ikuti Channel Khas Mufti @ You tube: Click!

or website @ http://alimamalallama.com


Setiap Pengajian tafsir sheikh akan di'upload'kan disana.Berita gembira juga bagi yang jauh beribu batu yang tidak dapat hadir.

Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau hadirkannya dalam hidup kami...:)

Tuesday, December 29, 2009

Kenapa dengan hati ini Ya Allah...

* LAST Updated on 5/1/2010



1) LIVE from Jakarta @ MajelisRasulullah.org !!!

Date: 31/12/09 n 4/1/2010


Time : JAM 8 mlm WIB @ 10 mlm S'pore time @ 4 pm Egypt time.


2) LIVE Multaqa Ulama (Perjumpaan Ulama Indonesia) bersama Habib Umar Bin Hafidz !!!


Bila?

5 hb - 7 hb Jan 2010.





Tarikh : Selasa, 05hb Januari 2010
Masa : 5.00 petang - 6.00 petang & 8.00 malam - 9.00 malam.

Tarikh : Rabu, 06hb Januari 2010
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tarikh : Khamis, 07hb Januari 2010
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi


* Jadual mengikut TIME M'sia/S'pore



Dimana?

Ikuti secara langsung LIVE from Puncak, Bogor Indonesia @ almuttaqin.tv!!!



Ya Allah,
'Hadir'kan kami walau jasad kami jauh beribu batu,
Kami yakin,
Jarak tidak memisahkan hati orang mukmin,
Ya Allah,
Jangan Engkau haramkan kami untuk menghadirinya,
Kerana dosa yang ada pada diri kami...

Ya Allah,
Hati-hati kami ini sangat merindukan majlis2 seperti ini,
Engkau saja pengubat rindu kami,
Hanyasanya kepadaMu,
Kami serahkan hati kami....

Sunday, November 01, 2009

Pengumuman: Pengajian Sheikh Ali Guma'ah!




Bila?

Setiap Sabtu @ 12 pm tengahari.


Dimana?

Kuliah Dakwah Islamiah University Al-Azhar @ Masjid Az-Zahra'.

(Depan Anwar Sadats bersebelahan Nadi-sikkah)


Buku?

Al-Syifa Bita'arif Huquq Al-Mostofa
oleh Al-Imam AlQodhi 'Iyad .

Istimewanya buku
ini adalah kerana ia berkenaan dengan Rasulullah dan disebutkan lebih terperinci lagi akan haq-haq Rasulullah yang perlu ditunaikan sebagai ummatnya.

Untuk ikuti perkembangannya di facebook,sila klik
disini!

Status Pengajian:

Kelas ini baru mula.Terbuka pada ikhwah dan akhawat.Masih dalam bab yang pertama.Rugi yang teramat siapa tak datang.Bukan senang nak dapat pengajian khas bersamanya apatah lagi beliau seorang Mufti Mesir.Dulu agak jarang dengar beliau adakan pengajian sejak menjadi Mufti.Baru pada tahun ini,sering diadakan pengajian tafsirnya di Masjid Al-Azhar,paling banyak seminggu sekali.

Alhamdulillah...tahun ini adalah tahun mubarak!

Ia lebih menguatkan lagi semangat dan pendirian alfaqir untuk sambung pengajian MA di Mesir.

Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau melembutkan hati mereka!Engkaulah yang mengolak-balikkan hati manusia...

Kesimpulan:

Kalau mahu sesuatu,yang walaubagaimana susah sekalipun,lagi2 jika perkara itu berkaitan dengan hati manusia,minta padaNYA.Jangan bergantung pada diri sendiri,kelak kita akan kecewa!


Moga2 dengan usaha yang tak seberapa ini untuk mengenali dirinya,
Menggembirakan hatinya disana serta diberi peluang untuk berjumpanya di dunia lagi sebelum akhirat.
Amin Ya Rabb!
Engkau tidak pernah mengecewakan hati hamba-hamba Mu...

Wednesday, January 14, 2009

~Pengajian ONLINE Bersama AlHabib Salim Ibn Umar As-Syatiri~


Ikuti Secara LIVE dari Rubat Tarim Hadramaut Yaman!!!

Siapa?


Al-Habib Salim Ibn Umar As-Syatiri adalah merupakan Mudir di Rubat Tareem Hadramaut di Yaman


Bila?

~JADUAL PENGAJIAN~


-Khamis
---->4.30 PM - 6.30 PM (Mesir)/10.30 PM - 12.30 AM (S'pore)

-Jumaat---->4.30 PM - 6.30 PM (Mesir)/10.30 PM - 12.30 AM (S'pore)

-Sabtu ---->5.35 AM - 7.45 AM (Mesir)/11.35 PM - 1.45 PM (S'pore)

-Rabu ---->5.35 AM - 7.45 AM (Mesir)/11.35 PM - 1.45 PM (S'pore)

Dimana?

http://rubat-tareem.net



Kitab2 yang Digunakan:

1) Sohih Al-Bukhari Oleh Imam Al-Bukhari

2)Tafsir Al-Ma'alim wa At-Tanzil Oleh Imam Al-Baghawi

3)Tasbit Al-Fuad Oleh Imam Abdullah Al-Haddad

4)Al-Majmu' Oleh Imam Abdullah Bin Husain Bin Tohir

5)Kalam Muhammad 'Ali As-Saqqaf

6)Lawaqih Al-Anwar Al-Qudsiah Oleh Imam As-Syarani

Keistimewaannya:

Bacaan Qosidah selepas pengajian!!!Dan menggunakan berbagai kitab dalam satu Majlis;Hadis,Feqh,Adab etc.


Ya Allah...Engkau tidak putus2 memudahkan jalan2 kami menuntut Ilmu,
Oleh itu,
Kurniakan kami taufiqMU untuk menghadirinya...