Saturday, December 30, 2006

...Selamat Berkorban...



BismillahiRahmaniRahim..
Allahumma Solli 'ala sayyidina Muhammad..

Selamat melakukan ibadah korban buat semua...tak kiralah samada yg korban kambing dan sewaktu dgnnya ato yg berkorban secara 'amnya.
Kalau di spore..hari raya haji..ziarah ke rumah nenek.kalau di mesr pula,cukuplah bertapa di rumah je.beraya dgn buku jek.Kali ni,Buat korban jgk disini..korban bukan sembarang..korbankan diri utk belajar..hehe.

Kata guru ana:
'AlImtihan imma yukrimuka aw yuhiinuk'
Maksud:peperiksaan ini samada memuliakan kamu atau menghina/merendahkan kamu.

Exam ana mula 11 jan ni.Mengharapkan doa dari kalian,khususan dari asatizah ana.Du'aikum matlubi...

Jadual peksa ana:

11/1/07-English

15/1/07- Tafsir Ayatul Ahkam(ayat2 yg mengandungi hukum hakam)

18/1/07-
Tarikh Tasyri'(Sejarah perkembangan Feqh)

22/1/07-
Ulumul hadis

25/1/07- Nahu N Sarf

Bagi mereka yg bakal menghadapi peperiksaan...
Buat yg terbaik yg termampu dari diri kalian...niatkan usaha kamu krn Allah dan khidmat pada Rasulullah s.a.w.

Jika perolehi kejayaan,hadiahkan kejayaan tersebut buat Rasulullah s.a.w.Jika sebaliknya,jgn bersedih krn niat anda yg baik itu iaitu utk menggembirakan Rasulullah s.a.w tetap mendapat perhatian Allah dan RasulNya.

Sekian,
Halimah 87

~Wa ufawwidu amri ilAllahi wa Rasulihi...

Saturday, December 23, 2006

Dia yg kenalkan ku siapa sebenarnya Rasulullah s.a.w



Ya Allah dekatkan hatiku dgn hati guruku Habib Umar bin Hafiz...

Saturday, December 16, 2006

...Mesr Gedung ilmu...



Rasenya mesr ini sesuai bagi pencinta ilmu dan yg mendahagakannya.Banyak sgt kelas2nya dan halaqah2 yg terdapat disini yg sehinggakan boleh membuat antum sendiri pening...aku ni nak belajar yg mana satu??sbb dah terlalu banyak..

Mesr ini bagaikan mutiara yg terselindung dan terpelihara...pada zahirnya nampak mcm tak ada apa2 tapi sebenarnya mutiara2nya berada dimana-mana.kene pandai mencari.Syuyukh(sheikh2)tak datang menggolek.Bagi mereka2 yg belajar disini,Rebutlah mutiara2 yg Allah taburkan pd bumi anbiya' dan auliya' ni.Jgn biarkan ia,kelak menyesal tak sudah.

Rasenya Kalau datang sini utk belajar ilmu,tak yah masuk universiti pun takpe.Tapi kerana zaman skrg ni yg perlukan cert,kita pun kene ikut rentak dunia skrg.Belajar tujuannya bukan cert tapi cert itu sbg wasilah.Guru ana beri perumpamaan:'Sedangkan Nabi Musa perlukan tongkat mukjizat utk melemahkan firaun,apatah lagi zaman kita ni yg banyak firaun.boleh saja Allah lemahkan Firaun dgn kekuasaanNYA tapi kenapa Allah berikan tongkat sbg mukjizat kpd Nabi Musa??begitu jugalah dgn cert .'

Membezakan kita org yg belajar krn cert dan belajar krn ilmu ialah orang yg belajar krn cert,mrk akan membataskan ilmu mrk hanya di kuliah dan hanya akan belajar apa yg akan dikeluarkan di kertas peperiksaan.tapi org yg belajar krn ilmu tidak membataskannya hanya di kuliah dan beliau akan membaca sehingga kamil walau tak masuk exam.Ya Allah,jadikan kami tolibul ilm yg hakiki yg menjd penyejuk mata bagi Rasulullah s.a.w.

Masjid Azhar sahaja telah siapkan jadual pelajaran2 yg diajarkan dgn menggunakan kitab2 turath dan ia terbuka pada sesiapa saja.Itu baru saja di masjid Azhar..belom lagi yg di luar2nya.Bumi mesr segalanya ada.Terpulanglah pd orang tersebut nak jadi Nabi Musa ato firaun.Doakan yg terbaik buat kami disini...

Saturday, December 09, 2006



Bahagian 2-4

Dalil Kesepuluh :

Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam ketika menyebut kelebihan hari Jumaat dan menyenaraikan keistimewaannya : "Dan padanya (Jumaat) diciptakan Adam".

Dipetik daripada hadis ini kemuliaan sesuatu waktu yang padanya disabitkan kelahiran mana-mana Nabi Alaihimussalam. Maka bagaimana pula waktu atau hari kelahiran Nabi yang paling utama dan Rasul yang paling mulia?

Dan kemuliaan hari tersebut bukanlah dikhususkan pada hari tersebut sendiri, tetapi ia mempunyai sifat yang umum, yang mana sentiasa diulang-ulang kemuliannya setiap kali sampai hari tersebut, seperti kemuliaan hari Jumaat. Ini adalah sebagai mensyukuri nikmat, menunjukkan keistemwaan kenabian serta menghidupkan peristiwa-peristiwa sejarah yang amat penting.

Dalil Kesebelas :

Sambutan maulid ini adalah satu perkara yang dipandang baik oleh para ulamak dan kaum muslimin di semua tempat. Malah ia telah diamalkan di merata dunia Islam. Sesuai itu, hukumnya adalah dituntut dari segi syara' berdasarkan kaedah yang dipetik dari sebuah hadis Ibn Mas'ud yang mauquf : Apa yang dipandang oleh kaum Muslimin sebagai perkara yang baik, maka ia baik di sisi Allah. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Dalil Kedua Belas :

Sambutan maulid dipenuhi dengan perhimpunan untuk berzikir, sedekah, serta pujian dan penghormatan kepada Nabi dan semua ini adalah sunnah, dan amat dituntut dari segi syara'. Nas-nas pada perkara-perkara ini amat banyak sekali dan diketahui umum.

Dalil Ketiga Belas : Allah Ta'ala telah berfirman


Dan kami telah mengisahkan kepada kamu kisah-kisah para rasul dari apa yang dapat mengukuhkan hati kamu

Di sini jelas bahawa hikmah kisah-kisah para rasul disebutkan di dalam Al-Quran adalah untuk mengukuhkan hati Baginda yang mulia. Dan tidak syak lagi, pada hari ini, kita amatlah memerlukan kepada pengukuhan hati dengan berita dan cerita Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam, malah keperluan kita tentulah lebih kuat lagi berbanding keperluan Baginda tadi.

Dalil Keempat Belas :

Bukan semua perkara yang tidak dilakukan oleh Salaf dan tiada pada kurun-kurun awal Islam adalah bid'ah sayyi'ah yang diingkari dan haram melakukannya. Inilah perkara yang selalu tidak difahami oleh mereka yang mengharamkan sambutan ini.

Sebenarnya perkara yang dibarukan dalam agama jika mempunyai maslahah maka ia wajib, jika mengandungi perkara haram maka ia haram. Begitulah juga jika mengandungi perkara makruh ia menjadi makruh, mengandungi perkara harus ia menjadi harus, dan jika mengandungi perkara yang mandub maka ia jua mandub.

Malahan para ulamak telah membahagikan bid'ah kepada 5 bahagian sesuai dengan 5 hukum taklifi (wajib, mandub, makruh, haram dan harus). Walaupun mereka yang anti-sambutan ini mengatakan bahawa ia adalah pembahagian bid'ah dari segi bahasa ataupun apa jua justifikasi mereka, tetap tidak dapat merubah hakikat perkara ini. Hakikat bahawa tidak semua perkara baru dalam agama atau tidak pernah dilakukan oleh generasi salaf merupakan bid'ah yang haram.

sambungan...

*dipetik dari blog Aljufri