Sunday, March 14, 2004

Renungan.....

Tinggi dan rendah iman hanya ditetukan Allah, hanya org yg berkenaan sahaja yg dpt merasai kelazatan iman dan org lain sama sekali tdk dpt melihat.


Allah Berfirman dalam surah Al-Anfal :2 yg bermaksud..
“Sesungguhnya hati org yg beriman itu sentiasa gementar apabila menyebut nama Allah dan apabila membaca (diperdengar) ayat2 Al-Quran semakin bertambah iman mereka.

Darjah iman terbahagi kepada 3 iaitu:
1)iman yang didasarkan atas pengetahuan dan ilmu yg disampaikan atau di ajar oleh guru agama.Keimanan seumpama ini belum pasti berkesan dlm sanubari.

2)Iman yg di iring dengan beberapa bukti amal salih .Seseorang dpt merasakan kesan dan pengaruh iman dlm kehidupannya.

3)Iman yg benar2 berkesan dlm hidupnya .Iman seumpama ini benar2 berkesan seumpama org lapar menikmati hidangan lazat.

Dalam hal ini,Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yg ada padanya 3 perkara,maka ia akan merasakan kemanisan iman:
1)Mencinta Allah dan Rasulnya melebihi cinta nya kpd yg lain.
2)mencintai manusia lantaran cintanya kpd Allah
3)Benci utk kembali kpd kekufuran dan kemungkaran”…riwayat Bukhari dan Muslim.



....wanita sejati.....

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.


Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Thursday, March 11, 2004

........................MUTIARA KATA..................

Apabila seseorang hamba mengembalikan urusannya kepada Allah, maka Allah yang akan mengajar ilmuNya yang halus-halus agar kehendak hamba itu bersesuaian dengan Iradat Allah, kuasa hamba tersebut sesuai dengan Qudrat Allah, hidupnya sesuai dengan Hayat Allah dan pengetahuannya sesuai dengan Ilmu Allah. Dengan itu jadilah hamba yang mendengar dengan "Sama'"Allah, melihat dengan "Basar"Allah dan berkata dengan Kalam Allah. Apabila semuanya terdapat pada seorang hamba maka jadilah hamba itu insan sirrullah (Rahsia Allah).

Keajaiban ilmu dan rahsia Allah yang hanya diketahui dan dirasai hanya bagi insan-insan pilihan yang benar-benar ikhlas menuju kepadaNya.Ilmu tasauf diletakkan sebagai tempat yang tinggi kerana sekiranya dikaji dan diteliti akan bertambah rasa rendah diri dan terangsang untuk memelihara dan mengamalkan ilmunya yang lain.