Saturday, December 09, 2006
Bahagian 2-4
Dalil Kesepuluh :
Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam ketika menyebut kelebihan hari Jumaat dan menyenaraikan keistimewaannya : "Dan padanya (Jumaat) diciptakan Adam".
Dipetik daripada hadis ini kemuliaan sesuatu waktu yang padanya disabitkan kelahiran mana-mana Nabi Alaihimussalam. Maka bagaimana pula waktu atau hari kelahiran Nabi yang paling utama dan Rasul yang paling mulia?
Dan kemuliaan hari tersebut bukanlah dikhususkan pada hari tersebut sendiri, tetapi ia mempunyai sifat yang umum, yang mana sentiasa diulang-ulang kemuliannya setiap kali sampai hari tersebut, seperti kemuliaan hari Jumaat. Ini adalah sebagai mensyukuri nikmat, menunjukkan keistemwaan kenabian serta menghidupkan peristiwa-peristiwa sejarah yang amat penting.
Dalil Kesebelas :
Sambutan maulid ini adalah satu perkara yang dipandang baik oleh para ulamak dan kaum muslimin di semua tempat. Malah ia telah diamalkan di merata dunia Islam. Sesuai itu, hukumnya adalah dituntut dari segi syara' berdasarkan kaedah yang dipetik dari sebuah hadis Ibn Mas'ud yang mauquf : Apa yang dipandang oleh kaum Muslimin sebagai perkara yang baik, maka ia baik di sisi Allah. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
Dalil Kedua Belas :
Sambutan maulid dipenuhi dengan perhimpunan untuk berzikir, sedekah, serta pujian dan penghormatan kepada Nabi dan semua ini adalah sunnah, dan amat dituntut dari segi syara'. Nas-nas pada perkara-perkara ini amat banyak sekali dan diketahui umum.
Dalil Ketiga Belas : Allah Ta'ala telah berfirman
Dan kami telah mengisahkan kepada kamu kisah-kisah para rasul dari apa yang dapat mengukuhkan hati kamu
Di sini jelas bahawa hikmah kisah-kisah para rasul disebutkan di dalam Al-Quran adalah untuk mengukuhkan hati Baginda yang mulia. Dan tidak syak lagi, pada hari ini, kita amatlah memerlukan kepada pengukuhan hati dengan berita dan cerita Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam, malah keperluan kita tentulah lebih kuat lagi berbanding keperluan Baginda tadi.
Dalil Keempat Belas :
Bukan semua perkara yang tidak dilakukan oleh Salaf dan tiada pada kurun-kurun awal Islam adalah bid'ah sayyi'ah yang diingkari dan haram melakukannya. Inilah perkara yang selalu tidak difahami oleh mereka yang mengharamkan sambutan ini.
Sebenarnya perkara yang dibarukan dalam agama jika mempunyai maslahah maka ia wajib, jika mengandungi perkara haram maka ia haram. Begitulah juga jika mengandungi perkara makruh ia menjadi makruh, mengandungi perkara harus ia menjadi harus, dan jika mengandungi perkara yang mandub maka ia jua mandub.
Malahan para ulamak telah membahagikan bid'ah kepada 5 bahagian sesuai dengan 5 hukum taklifi (wajib, mandub, makruh, haram dan harus). Walaupun mereka yang anti-sambutan ini mengatakan bahawa ia adalah pembahagian bid'ah dari segi bahasa ataupun apa jua justifikasi mereka, tetap tidak dapat merubah hakikat perkara ini. Hakikat bahawa tidak semua perkara baru dalam agama atau tidak pernah dilakukan oleh generasi salaf merupakan bid'ah yang haram.
sambungan...
*dipetik dari blog Aljufri
No comments:
Post a Comment