Sunday, April 24, 2005

...Dalih seorang remaja yang bercinta(2)...

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri
kepada penzinaan?


Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap
selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.


Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak dari awal penciptaan manusia. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan
pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji.Oleh itu, Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah:Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini.(jika kamu menghampirinya)maka kamu adalah orang-orang yang zalim(al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing2 akan berlakon dengan watak terbaik.Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila
dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking.Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang
kebahagian hidup nanti.


Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

NANTIKAN SAMBUNGAN SETERUSNYA..

2 comments:

DIARI HATIKU said...

betul tu apa yang diperkatakan .saye melihat zaman sekarang amat mencabar sekali.banyak manusia yang tidak mengetahui yang mana dihalalkan dalamn islam atau diharamkan dalam islam .saye berharap kepada remaja yang sedang hangat bercinta atau dilamun perasaan cinta antara manusia kembali lah ke pangkal jalan yang telah direadhai oleh ALLAH SWT.cinta kepada manusia hanya sementara waktu dan tidak pernah kekal abadi sebaliknya cinta manusia kepada ALLAH SWT adalah cinta yang abadi dan kekal buat selama-lamanya.cegah diri kita daripada menghampiri kearah zina,yang begitu dibenci olehNYA:-)

DIARI HATIKU said...

MEMANG CINTA ITU ADALAH LUAS TETAPI DALAM KONTEKS KEHIDUPAN REMAJA SELALUNYA HANYA TERBATAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN .SEBAGAI SEORANG ISLAM CINTA MESTILAH DIBINA ATAS DASAR IMAN ,DILAKSANAKAN MENGIKUT KAEDAH SYARIAT DAN KESAN YANG KITA AKAN DAPAT NANTI IALAH SEBUAH IKATAN PERKAHWINAN.CINTA JUGA TIDAK BOLEH DIDASARKAN OLEH NAFSU YANG TINGGI DAN PERASAAN YANG SEMATA-MATA.CINTA JUGA ADA MATLAMAT.DAN SEBENARNYA DIDALAM ISLAM TIDAK ADA ISTILAH BERCOUPLE ATAU PWE MWE .HUKUMNYA ADALAH HARAM .KERANA KITA JUGA MENGHAMPIRI ZINA