Thursday, September 01, 2005

...Doa seorang penuntut Ilmu...

*Dibuat khas Sempena Hari Guru,ana hadiahkan kata2 ini khas untuk guru2 ana.

Ya Allah,
Tidak tahu rasanya bagaimana untukku lafazkan kata syukurku kepadaMu,
Syukurku kerana Engkau temukan aku dengan guru2 Rabbani,
Engkau titipkan rahmatMu melalui Insan2 istimewa seperti guru2ku,

Ya Allah,
Tiada yang lebih indah buat seorang pencinta ilmu itu,
Selain Engkau temukannya guru2 yang mengajar erti takut kepadaMu,
Merekalah Ya Allah,
Yang mengajar aku mencari cintaMu,
Mengenalkan ku erti manisnya menuntut ilmu,
Mereka yang selalu mengkhabarkan aku,
Akan cara ulama2 terdahulu menuntut ilmu,
Sehinggakan bertambah cintanya aku terhadap para kekasihMu,

Ya Allah,
Melalui merekalah,
Aku diajar supaya menyebarkan ilmu yang ada,
walau dengan seayat,
Cinta mereka terhadap ilmu,
Dan cinta mereka dalam menyebarkan ilmu,
Memberi kesan kepada hambamu ini,

Mereka Ya Allah,
Yang mengajarkan ku erti sebenar menuntut Ilmu,
Mereka selalu mengingatkan kami,
mengapa kami perlu menuntut ilmu,
Mereka selalu mengkhabarkan kami,
Akan khabar2 gembira untuk para pencinta ilmu,
Sehingga bertambah kecintaanku terhadap ilmu,

Ya Allah,
Sebak di hati ini bila mendengarkan,
Guru ku sentiasa mendoakan dalam setiap solatnya,
kebaikan para pelajarnya agar diberkati dan dikurniakan ilmu yang bermanfaat,

Ya Allah,
Ketaqwaan mereka,
Membuatkan aku ingin jadi seperti mereka,
Nur di wajah mereka,
selalu mengingatkan aku kepadaMu Ya Allah,

Ya Allah,
Engkau kurniakan mereka,
kesihatan yang baik,
Agar mereka dapat terus berkhidmat kepada madrasah,
Kerana kami amat memerlukan mereka,
Engkau berikan mereka kekuatan dan kesabaran dalam perjuangan ini,
Kerana kami tahu Ya Allah,
Betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul mereka,
Betapa payahnya mereka dalam mendidik kami,
mereka meninggalkan anak2 mereka,
semata-mata untuk menyebarkan ilmu dan mendidik kami,

Ya Allah,
Aku sanggup berkhidmat untuk guru2ku,
jika itulah caranya,
agar ilmu yang dicurahkan kepadaku,
lebih diberkati,

Ya Allah,
Engkau tempatkan mereka,
Syurga yang tertinggi disisiMu,
Bersama para AnbiyaMu,
Para kekasihMu,
Ya Allah,
Aku hambaMu yang lemah,
Yang tidak mampu untuk membalas segala ilmu dan kasih sayang yang dicurahkan,
Engkau jadikan aku seorang penuntut ilmu yang rabbani,
kerana Aku tahu,
Itu adalah impian setiap guru terhadap anak didikannya,
Jika itu sudah memadai untuk membahagiakan hati mereka,

Ya Allah,
Engkau Berikan mereka,
Kebahgiaan di Dunia dan Akhirat,
Engkau lindungi mereka,
sebagaiman engkau lindungi para Anbiya'Mu,
Kerana Mereka Pewaris para NabiMu,

Ya Allah,
Ingin ku nyatakan lagi,
Akan kesyukuranku yang tak terkira ini,
kerana Engkau tempatkan hambaMu ini di madrasah,
Dimana Engkau mempertemukan aku dengan para alim rabbani,
Yang apabila melihat sahaja wajah mereka,
Sudah diberikan ganjaran disisiMu.

"Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah"~UNIC

No comments: